Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Makan Ikan Patin Di Saiful Patin Gulai Masam Di Temerloh


Dalam perjalanan kami balik ke rumah dari menghantar anak buah ke Dungun tempoh hari, kami singgah kat Temerloh untuk makan ikan patin. Abang ipar nak sangat belanja kami makan sini. Katanya sedap. 




Dari Terengganu ke sini tak ingat pulak berapa jam. Kami bertolak dari Dungun dalam pukul 10 lebih pagi macam tu. Sampai ke Temerloh ni lebih kurang pukul 2 petang kot. Bukan apa. Risau mak je. Tapi alhamdulillah mak ok perut tak masuk angin. 

Kedai ni dekat je dengan tulisan Temerloh yang besar tu. Ramai sangat orang kat sini dan tempat ni luas. Ada 2 tingkat dan kami makan kat bawah je. Sebab nak layan angin dan suasana Sungai Pahang. 

Tapi jenuh sikitlah nak ambil makanan tu sebab kena naik tangga ke atas. Dengan nak bawak turun dulang besar berisi mangkuk-mangkuk makanan lagi.



Kat sini kalau nak makan, konsepnya kena ambil sendiri makanan tu dan bayar. Ini kerana untuk lauk-pauk, memang ada pekerja yang akan tuang siap-siap dalam mangkuk. Ada disediakan dulang besar, kita boleh ambil dan letak lauk-pauk yang kita nak. Kemudian boleh beratur dan bayar di kaunter disediakan sebelum makan. 

Di tepi restoran ini pulak, ada jambatan gantung yang menghubungkan antara kedai ni dengan seberang. Kadar bayaran lalu jambatan ni RM3 seorang. Seberang sana tu boleh la buat aktiviti naik bot dan pemandu bot akan bawa jalan-jalan kat Sungai Pahang



Aku baru je ingat nak layan suasana, nak naik jambatan ni tapi ramai pulak aunty-aunty kat atas tu. Lain kali je la aku fikir. Tapi kan elok jugak aku tak naik tau sebab rupanya kena tunggu giliran. Dahla ramai. 

Korang bayangkanlah kalau aku dah berada kat seberang sana lepas tu nak balik kena tunggu giliran. Tak ke masak dibuat kena bebel sebab lambat nak balik. Perjalanan dah la jauh lagi nak balik rumah. Memang nasib baik la. 



Naya je kalau aku tersangkut kat seberang sana. Jenuh keluarga aku nak tunggu aku balik. Takkan aku nak berenang ke seberang pulak...hahaha. Takpelah. Jambatan dan bot ni, kalau ada peluang lain nanti boleh explore lain kali.

Dalam pukul 3 lebih macam tu kami balik. Macam biasa jalan sesak kat highway masa balik nak menghala ke KL. Oyen pun kami tak sempat amik masa balik tu sebab kedai tu tutup pukul 7 malam. Hurmmm...sian Oyen. 

Akhirnya kami sampai juga kat rumah dalam waktu maghrib. Alhamdulillah syukur perjalanan semuanya berjalan lancar, selamat dan baik-baik aja. Lepas solat semua, kami bergerak ke kedai mamak pulak. Haihh perut lapar la. Mana sempat nak masak banyak-banyak untuk semua. Makan luar je la.



Tapi itu la. Entah kenapa balik je dari Dungun ni, muka aku jadi bengkak. Dah tak macam muka aku tau sebab dia bengkak sikit kat kawasan mata. Kulit muka jadi kasar. Hanya muka je la. Badan semua ok. 

Doktor kata aku kena alergik kosmetik. Pelik. Apa penyebabnya? Sebab aku pakai alat kosmetik yang sama je. Takkan aku tak boleh kena angin laut kot 🤔. Takpelah anggap la benda dah nak jadi. Syukur tak melarat. Sekarang alhamdulillah dah kembali kepada asal. 





Gadis kampung yang cintakan ketenangan dan damai. Mudah terhibur. Masih dalam fasa memperbaiki diri. Salam dan hello kepada semua 👋🏼

Ulasan

© 2020 Farah Manap