Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Ulasan Filem Wanita Ahli Neraka (2024)


Wanita Ahli Neraka merupakan sebuah karya psikologi seram dari Indonesia yang dikeluarkan pada tahun 2024. Filem ni mengisahkan seorang wanita yang tersalah pilih suami. 


Disangkakan hidupnya selepas berkahwin akan merasa seperti berada di alam syurga. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya dan tak ubah seperti dia sedang berada di dalam neraka.


Kisah bermula di sebuah tempat pengajian di mana Farah teruja nak segera berkahwin sebaik saja dia terdengar perbualan seorang lelaki dengan pengetua tempat dia belajar ni. Lelaki tersebut datang ke situ untuk mencari calon isteri. 


Tanpa berfikir panjang, Farah dengan cepatnya beritahu kepada isteri pengetua tersebut yang dia dah bersedia nak berkahwin dengan lelaki itu.



Keterujaan Farah untuk berkahwin ini didorong oleh faktor mudahnya seseorang wanita itu masuk syurga iaitu dengan hanya mentaati suami. Jadi dia tak sabar nak jadi wanita syurga kerana dia  merasakan yang dia sudah mampu dan bersedia.


Di awal perkahwinan, segalanya kelihatan tenang dan damai. Menjadi isteri yang taat tu bukanlah suatu hal yang sukar bagi dia. 


Namun, setelah sekian lama berkahwin, Farah merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia sering diganggu oleh susuk misteri wanita berpakaian hitam yang menyeramkan. 


Farah risau sekiranya pesaing suaminya dalam dunia politik menggunakan cara yang kotor terhadap suaminya untuk tujuan memenangi undian pilihanraya.



Cerita ni ada plot twist. Kerana suami Farah yang dianggap sempurna itu tidaklah seperti yang dibayangkan. Ini kerana sikapnya tak ubah seperti syaitan yang bertopengkan manusia. Semuanya demi kerana ketamakan pangkat dan kuasa. 


Bagaimana yang dikatakan seperti tajuk tersebut wanita ahli neraka? Sedangkan Farah wanita yang baik-baik dan jenis taat pada suaminya dan agama. 



Mentaati suami itu memang dituntut agama. Tetapi haruslah tahu setakat mana ketaatan itu harus diberikan selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang dilarang agama.



Cerita ni ada unsur-unsur keganasan. Jadi kalau kanak-kanak nak tengok biarlah di bawah pengawasan ibu bapa ye. Bab jump scare tu ada tapi takde apa sangat la.



Macam biasa, ni trailer dia. Selamat menonton.










Gadis kampung yang cintakan ketenangan dan damai. Mudah terhibur. Masih dalam fasa memperbaiki diri. Salam dan hello kepada semua 👋🏼

Ulasan

© 2020 Farah Manap