Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Cara Dapatkan Nombor TIN Tanpa SSM


Aku baru je berjaya daftar Tiktok affiliate tapi sayang sebab tak dapat nak tunjuk produk kat Showcase tu. Aku kena tunggu ada 1000 followers dulu kemudian barulah Tiktok bagi orang nampak apa produk-produk yang aku jual. 


Takpelah. Post ni aku nak cerita macam mana nak dapatkan TIN number. Sebab kalau nak daftar Tiktok Shop ni dia akan mintak maklumat ni. Bukan guna untuk Tiktok je. Biasanya urusan maklumat pembayaran online yang lain pun akan mintak jugak.


TIN number ni adalah nombor cukai peribadi. Macam mana cara nak dapatkannya? Senang je. Takde SSM pun boleh dapat nombor ni. 



Tapi sebelum tu, kena daftar MyDigital ID dulu. Setelkan ni dulu, barulah boleh teruskan dengan langkah seterusnya.



Ok, caranya masuk website mytax. Klik kat ruangan Carian TIN.



Akan keluar kod QR. Korang kena klik kod ni dan dia akan terus bawak ke MyDigital ID. Klik YA.



Pilih INDIVIDU.


Kemudian pilih ikut mana yang berkaitan. Biasanya akan pilih MyKad sebab kita orang Malaysia kan.



Lepastu kat ruangan 12 digit No. tu, masukkan nombor kad pengenalan korang tanpa sengkang.



Nanti akan terpapar TIN number korang IG01010101010 (contoh). 



Senang je kan. Tak perlu klik kat e-Daftar tu. Sebab ni untuk yang ada SSM je. Yang takde niaga apa-apa, korang klik kat Carian TIN tu ye.


Moga bermanfaat ☺️






Gadis kampung yang cintakan ketenangan dan damai. Mudah terhibur. Salam dan hello kepada semua 👋🏼

Ulasan

© 2020 Farah Manap