Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal Terengganu

 

Ni sambungan akhir jalan-jalan kami kat Terengganu. Kat Kuala Terengganu ni, selepas seesai membeli-belah kat Pasar Kedai Payang, kami pergi melawat Jambatan Angkat tu. Aku duduk dalam kereta je. 



Gambar ni pun aku minta kat anak buah aku je. Dia rajin keluar amik gambar. Aku malas sebab panas sangat kat luar tu. Ireng dah mukaku...


Sekejap je kami kat jambatan ni. Lepas ni kami terus ke Masjid Kristal. Sebelum sampai ke parkir masjid ni, kami lalui simpang ke jeti untuk ke Pulau Redang. Bestnye. Tapi pulau ni takde dalam senarai trip kali ni. Lain kali je la. 

Kat masjid ni aku tak jalan jauh sangat ke semua tempat. Sekadar kat pintu masuk ni je. 


Sempat ambik gambar mak berlatarbelakangkan kubah masjid ni. Tak bawak mak jalan-jalan sekitar masjid sebab cadang nak singgah kejap je. 


Lagi pun semua dah kepenatan dan belum makan tengahari lagi.


Balik dari masjid ni je, terus kami ke Cendol King kat Dungun. Kami ke sini pun sebab Along aku teringin nak makan. Ikut je la. Macam aku bagitau tadi, lepas sejam setengah baru sampai. Kami risaukan mak je. Risau mak lapar sebab biasanya mak kena makan on time. Nasib baik mak ok cuma mak penat berjalan je la. 

Kat sini, cendol dia menggunakan santan biasa. Entahla. Aku taktau beza santan sawit dengan santan biasa. Ada macam-macamla jenis cendol sini. Aku order cendol biasa je. Tapi biasa punya pun ada pulut jugak. Yang merah ni, tu pulut la tu. Nasi pun ada dijual kat sini. 

Abang ipar aku kata diaorang pakai santan biasa, bukan santan sawit. Pendapat aku, rasa kalu guna santan biasa, rasa sedap biasa je. Sedap, tapi biasa je sebab takde rasa berlemak santan. 



Yang aku kata 1 tempat yang sedap tu, dia guna santan sawit dan cendol dia rasa lemak-lemak santan dan rasa manis gula melaka. Bukan rasa manis air gula tau. Ok cukup la pasal cendol 😅



Lepas balik hotel berehat dan solat semua, sebelah malam pulak kami makan kat restoran Singgang Ulam Budu/ Ikan Bakar Petai kat Dungun ni. Entah. Kedai ni ada 2 nama pulak.  Setakat yang kami order ni, semua sedap. Lupa pulak nak ambik gambar makanan kami.


Awal-awal lagi pekerja dia dah bagitau kami yang kalau order biasa macam goreng-goreng kena tunggu lama kecuali kalau kami order Set.. Set pun ok. Kami pilih set yang ada ikan  siakap tu. Lauk boleh tukar. Kuantiti pun boleh tambah. Ok la kan order yang Set tu. Mak pun suka. Semua lauk habis. Bukan sebab kami lapar tapi sebab semua lauk secukup rasa. Air sirap pun termasuk set. Air pun manis secukup rasa. Memang recommended sini kalau korang nak makan malam yang sedap. 


Abang sekeluarga pulak tak ikut kami makan sekali sebab diaorang ada nak cari barang yang tak cukup untuk anak dia tu lagi. Kami jumpa kat hotel je. Borak-borak la kejap kat luar hotel, lepas tu kami semua masuk bilik dan tidur.



Esoknya, seawal pagi anak buah aku tu kena datang awal kat universiti dia sebab kena daftar masuk hostel Uitm. Pagi tu, sempatlah kami berjumpa kejap kat bilik hotel sebelum kami semua bertolak balik.  Ingatkan kat Uitm ni boleh la cop katil kalau datang awal. Rupanya ada nombor kena ikut. Kalau dapat kawan sebilik yang boleh lebih kurang takpela. Tak perlu tukar katil dah. Dapat jenis cengil, nasibla. 


Alhamdulillah urusan anak buah semua cepat selesai. Dia dapat 1 bilik 4 orang. Katil sana double-decker. Dan sebabkan nombor tu, dia kena duduk katil atas. Tapi untungla dia sebab sebenarnya katil atas la best sebab dekat boleh rasa angin kipas sedangkan kalau duduk katil bawah, tak rasa angin. Panas. Haha. Ada hikmah dia kena tukar katil.


Sebelum balik, kami semua sempatla bertemu kat hotel dan bergambar ramai-ramai. Oh ye. Anak buah aku ni ambik bidang Kulinari. Nanti-nanti kalau ada datang singgah rumah abang aku, boleh la nak rasa air tangan bakal chef 😁


Ok. Tunggu post seterusnya pulak. Balik rumah dah kami tapi kami tak balik rumah terus. Nak tau kami singgah mana? Stay tuned 😎









Gadis kampung yang cintakan ketenangan dan damai. Mudah terhibur. Masih dalam fasa memperbaiki diri. Salam dan hello kepada semua 👋🏼

Ulasan

© 2020 Farah Manap