Filem Almarhum (The Deceased) merupakan sebuah filem seram Indonesia tahun 2025 di mana ia mengisahkan sebuah keluarga yang hidup aman damai di kampung. Anak-anaknya semua dah besar dan boleh dianggap berjaya. Mereka juga memiliki sebuah ladang. Selain mereka sekeluarga, saudara mereka yang bernama Ajeng pun ada tinggal sekali di rumah tersebut.
Pada suatu hari, bapa mereka mengalami sakit dada dan mengalami kemalangan di rumah lalu meninggal dunia. Kebetulan hari itu jatuh pada hari Selasa Kliwon.
Menurut masyarakat di kampung itu, sekiranya seseorang meninggal dunia pada hari Selasa Kliwon, ia dianggap akan memberikan petanda sial pada ahli keluarga si mati. Mereka percaya dalam masa 5 hari, seorang demi seorang akan mati dibawa pergi si mati.
Jadi, untuk mengelakkan ianya terjadi, mereka disarankan melakukan ritual pecah pinggan yang pernah digunakan si mati. Ritual ini harus dilakukan oleh setiap ahli keluarga.
Namun, seorang ahli keluarga enggan melakukannya kerana hal ini dianggap merepek dan dia pun mengajak ibunya sekali supaya jangan melakukannya.
Sebagai orang Islam, kita jangan mempercayai dan mengamalkan perkara khurafat seperti ini kerana ianya bercanggah dengan ajaran agama Islam. Sebagai muslim, kita wajib percaya yang ajal dan maut itu hanya Allah yang tentukan kerana ianya merupakan salah satu dari Rukun Iman.
Anggap sajalah filem ini sebagai hiburan semata-mata dan hal-hal khurafat tu jangan pulak diambil sebagai amalan.
Ok sambung balik. Selesai je pengebumian, ibu mereka mulai berperangai pelik dan mula nampak gula-gula (pocong) serta sering terdengar suara suaminya memanggilnya. Dan ternyata dia pun meninggal dunia selepas itu.
Satu hal yang sama, bagi sesiapa yang akan mati, petandanya sebelum itu, mesti dia akan rasa seram sejuk badan dan akan alami penampakan. Inilah hal yang dirasai oleh kedua ibu dan abang mereka sebelum masing-masing meninggal dunia.
Selepas kematian keduanya, anak perempuan mereka menemui barang dalam kain yang diikat. Untuk mengenalpasti apakah itu, mereka membawanya kepada bomoh yang tinggal di dalam hutan.
Bomoh tersebut memberitahu mereka bahawa kain tersebut mengandungi tanah kubur dan ia bukan perkara yang baik. Barang ini dijumpai ada di dalam setiap bilik di rumah tersebut.
Seseorang telah meletakkannya di situ. Tapi siapakah dia. Siapa pun dia, niatnya hanya ingin mereka sekeluarga mati. Jadi bagi menyelamatkan mereka berdua, bomoh ni menyuruh mereka melakukan ritual.
Khurafat lagi ye 🤦🏻♀️
Jadi ritual apa yang mereka lakukan, dan mereka berdua ni selamat ke? Korang kena tengok sendiri. Hujung cerita ni ada plot twist. Yang ni aku malas nak fikir sebab ni kena fikir sendiri.
Aku tak boleh bagi rating seram sebab aku tengok waktu siang dan tengok bersama ahli keluarga. Mana maunye datang seram 😂 Jump scare tu ada cuma bagi aku biasa je sebab dah boleh agak akan ada kejutan. Dah boleh agak yang sesuatu akan muncul.
Ni trailer dia. Selamat menonton.




