Aku baru ada masa nak menulis. Aku join kursus ni pun last minit bulan lepas. Sebab syarat nak join kena bengkung putih ke atas, sedangkan aku masih bengkung hitam. Jadinya seminggu sebelum kursus, cikgu kami setkan ujian untuk aku dan kawan-kawan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan kami semua akhirnya lulus 🎉.
Pagi-pagi aku dah sampai dah kat tempat kursus di PLKU ni sebab tak nak park kereta jauh. Ye betul tekaan aku. Tempat parking cepat penuh. Kursus ni dibuat kat padang. Kebetulan tempat latihan kami memang ada padang berdekatan. Kalau hari latihan, biasanya bangsa-bangsa asing suka guna padang ni untuk main kriket.
Untuk waktu pagi kami tak disediakan sarapan tapi cikgu kami ada buka meja jualan untuk menu sarapan pagi. Siapa yang lapar boleh pergi beli buat lapik perut. Sebab pukul 10 lebih tu nanti akan disediakan makan dan minum pagi jugak. Menunya kuih-muih dan air panas.
"Menu" untuk kursus pemecahan ni tak cerita lagi ni. Sebelum tu nak cerita yang kursus ni dipecahkan kepada basic dan advanced. Tak disyaratkan bengkung apa nak masuk group mana. Kalau dah bengkung atas tapi kalau rasa tak yakin, boleh je masuk group basic tu. Cikgu tak paksa pun. Sebab untuk advance ni takkan diajar kaedah yang asas lagi dah. Haa jadi kena pilih cara ukur baju di badan sendiri.
Ok "juadah" kami untuk pemecahan pada hari ni betul-betul "melazatkan" 🤭 Juadah yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah atap genting simen dan atap genting tanah yang biasa dijual kat kedai-kedai hardware untuk buat bumbung tu. Kami tak pakai kayu plywood.
Sebelum kursus bermula, kami buat senaman dulu. Ramai join kursus kali ni. Dekat 100 orang dari pelbagai negeri dan pelbagai kelab gayong.
Selepas senaman, bagi kami kumpulan basic ni, kitaorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ada lelaki dan perempuan. Untuk kursus ni, lelaki dan perempuan diasingkan sebab lelaki pakai atap genting jenis lain. Untuk kami yang perempuan ni pakai genting jenis lain. Tapi dua-dua tetap pakai atap genting yang sama macam dijual kat kedai hardware tu 💪🏽
Kami kena buat 4 kali pemecahan dengan cara yang berbeza. Alhamdulillah dari 4, aku berjaya pecahkan 3 kali. Yang tak berjaya tu aku rasa sebab tersalah teknik. Takpelah. Lain kali cuba lagi.
Luka-luka, lebam dan benjol-benjol tu aku anggaplah macam adat buat pemecahan. Aku kena sikit je. Ada yang lain kena lagi teruk. Teruk sebabkan dia tersilap langkah. Genting ni serpihan dia tajam. Jadi kena hati-hati.
Habis kursus ni dekat tengahari. Memang masa ni panas terik. Selesai dapat sijil dan bergambar beramai-ramai, kami makan tengahari dan balik selepas itu. Syukur dapat ilmu baru 😊.









