Assalamualaikum dan hai semua....
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba (hari pergi ke Mekah untuk buat umrah). Pagi ni lepas Subuh kami bawak turun semua beg-beg besar dan beg tarik letak kat lobi ikut nama bas, nama mutawif (Ustaz Abdul Barr) , nama jemaah (nama masing-masing) dan nama tempat penginapan kat Mekah nanti (Mekah Hilton Tower).
Mutawif kami ni dia ketua bagi semua kumpulan untuk batch sesi April 2015 yang pergi kali ni di mana ada beberapa kumpulan kecik di bawah dia. Dan setiap kumpulan kecik tu ada mutawif masing-masing yang menjaganya.
Sakit Perut
Selepas Zuhur, kami semua buat ziarah wida' (ziarah selamat tinggal) kepada Rasulullah S.A.W. kat luar kubah hijau tu dalam keadaan aku tengah sakit perut π
π
. Sakit woo perut aku campur dengan ada butterfly kat perut lagi sebab teruja nak pergi Mekah.
Sebenarnya ubat semua dah bawak dah dari rumah. Boleh dikatakan sebeban jugaklah. Ubat sakit perut tu pun ada. Tapi aduhaii nak jadikan cerita, kami simpan dalam beg besar tu pulakkk. Dan beg tu pulak dah masuk pun dalam perut bas. Takkan nak keluarkan balik. Tak boleh buat apa dah. Sakit betul perut aku π«
Akhirnya abang aku la yang kena tolong cari dan beli kat farmasi ubat untuk aku tu. Mahal betul. Maklumlah...kat sini kan kami semua ni warga asing. 1 papan ubat tu je orang Arab ni caj 50 Riyal. "Fuh! Mahal!" Harga kecuaian yang terpaksa dibayar. Masa ni matawang MYR kita lebih sikit je dari RIYAL.
Patut ubat tu semua letak kat beg galas masing-masing. Nak tak nak kena beli jugak la kan dah aku sakit sangat-sangat. Meremang dia takleh bawak bincang wehh... Dahla nak naik bas. Jauh perjalanan. Meremang 1 badan.
Perjalanan Ke Mekah Bermula
Lepas makan tengahari kat hotel dan lepas makan ubat, bas kami semua terus bergerak memulakan perjalanan ke kota suci Mekah dengan keadaan kami semua berpakaian ihram.
Yang lelaki pakaian ihram diaorang kena pakai kain tak berjahit manakala untuk perempuan pulak pakai telekung je. Untuk perempuan tak kisah pun pakai baju kurung pun takpe tapi kami sekeluarga pakai jubah.
Singgah Tempat Miqat
Sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah, dalam perjalanan, kami singgah dahulu di masjid Bir Ali (tempat miqat) untuk tunaikan solat sunat ihram dan berniat ihram. Niat ihram kami ini dipimpin oleh ustaz Barr sebab dia mutawif kami kan.
Ustaz ajarkan 2 jenis niat. 1 niat yang biasa. 1 lagi jenis niat bersyarat (khas untuk perempuan yang datang haid dengan yang risau akan datang haid). Terbaik la ustaz ni ππ½ Ada jemaah perempuan yang tak turun bas masa kat masjid ni sebab diaorang datang bulan. Jadi sementara kami solat kat masjid, ustazlah yang ajarkan diaorang secara one to one niat bersyarat tu kat dalam bas. Bagusla dia alert ada jemaah-jemaah perempuan yang tak turun.
Sepanjang perjalanan bas, kami diajarkan bertalbiah dan berzikir sambil dipimpin oleh mutawif kami. Sayu je tengok pemandangan luar sepanjang perjalanan. Sayu je bila bertalbiah. "Labbaikala humma labbaik..."
Tak sangka aku boleh datang sini dalam umur muda macamni. Alhamdulillah. Semua tu rezeki kurniaanNya dan dah diaturkanNya pun sejak dari luh mahfuz. Segala urusan Dia yang permudahkan walaupun aku berdepan dengan kebarangkalian tak dapat join keluarga aku pergi umrah pertama ni haritu disebabkan ada salah faham tentang Letter of Consent.
Sepanjang perjalanan pun kami semua sihat alhamdulillah semuanya walaupun aku ada alami sakit perut, tapi taklah sampai menyusahkan masa kat dalam bas. Perjalanan ke Mekah ni mengambil masa yang agak lama jugak tau. Syukurlah semua ok. Mak aku pun steady je cuma kaki dia je la sakit. Biasalah tu.
Dalam pertengahan perjalanan, bas kami semua singgah di Wadi Qudaik untuk berhenti makan dan solat jamak. Di sinila kami merasai sendiri pengalaman makan dalam dulang beramai-ramai. Orang Jawa biasa macam ni makan dalam talam. 1 dulang kongsi dengan 6 orang. Makan sama-sama. Jemaah lelaki makan sama dengan jemaah lelaki manakala jemaah perempuan makan sesama jemaah perempuan. Sedap jugak lauknya.
Lepas makan kami semua terus ke bilik air untuk berwudhu' dan seterusnya nak bersolat maghrib jamak la ingatnya. Tengok-tengok ramai betul orang yang tengah tunggu giliran nak masuk bilik air. Aku pun beratur jugak dan cadangnya lepas tu nak ambik wudhu' la ingatnya. Mak dengan kakak aku tunggu aku kat luar bilik air tu. Punyalah lama beratur akhirnya dapat turn.
Dah selesai, aku tengok jam, "tak sempat nak jamak taqdim ni..." sebab bas dah nak gerak. Lagi pulak, kat surau terlalu padat dengan lautan manusia sampaikan ada yang solat kat luar-luar tu. Kat tempat makan tadi pun ada orang yang solat kat situ. Abang je la yang dapat solat Maghrib. Kami bertiga ni terus naik bas dan tunggu situ sampai semua kawan-kawan sampai.
Memang betul. Aku duduk kejap je, dalam kurang 10 minit macam tu, bas nak gerak dah. Kami buat jamak ta'khir je la bila sampai kat Mekah nanti. Kalau aku tak pergi bilik air tadi sempat je nak solat sebenarnya.
H
F
Setelah semua dah naik, bas kami pun meneruskan perjalanan ke bumi kota suci Mekah. Masa ni waktu dah malam dah dan aku pun tertidur. Penat. Celik mata je bas dah berhenti kat depan hotel dalam pukul 11 malam (waktu Arab Saudi). Sekitar kat luar hotel ni memang ramai orang. Semuanya nampak berjalan menuju ke Masjidil Haram. Hotel Hilton Tower ni nama lain dia Tower 3. Dah turun dari bas, semua tarik beg masuk ke lobi.
Sampai Hotel Di Mekah
Wakil Andalusia kat sini berikan penerangan sikit pasal hotel ni. Dia bagi nasihat supaya jangan makan makanan ringan yang diletakkan atas meja kat bilik hotel tu nanti. Sebab 1 keping tu hotel akan caj kitaorang dalam 5 Riyal, kalau aku tak silap. Padahal kat luar boleh je dapatkan dengan harga yang murah.
Selepas sesi taklimat, kami diberi masa selama 1 jam je sebelum meneruskan ibadat umrah pertama kami. Sempatlah nak solat jamak ta'khir.
Kat hotel ni, kami 1 bilik 4 orang dan cara hotel ni, kalau bilik berempat kena naik tangga sebelum sampai ke bilik. "Fuhh!" Lif hanya hantar kami sampai ke tingkat yang kami kehendaki je. Tapi nak naik ke bilik kena naik tangga.
Faham tak? Ke nak kena lukis? Hehehe takla aku nak lukis. Korang tengok je gambar ni.
Ermm boleh bayangkan tak? Bila difikir-fikir kan, takpe la. Anggap je la ni semua ujian buat kami kat sini. Kat Tanah Haram pulak tu. Fikir positif je. Cuma mak aku je la. Sian dia. Susah nak turun naik tangga tinggi tu. Lutut dan kaki dia dengan tangga macam tu, naik turun lama-lama memangla akan sakit...ye tak. Orang tua lagi pun. Nak buat macam mana. Takde pilihan lain.
Kerjakan Umrah Pertama
Untuk buat umrah pertama ni, kami diberi pilihan samada nak ikut mutawif atau nak buat sendiri je. Tapi kami dinasihatkan untuk ikut mutawif dulu sebab masjid kan tengah dalam proses pengubahsuaian. Jadi, jalan nak masuk masjid tu mungkin dah berbeza. Dikhuatiri sesat je.
Dalam pukul 11.45 malam, kami pun teruskan aktiviti ibadah umrah kami yang pertama. Nak masuk Masjidil Haram, kasut kena simpan kat dalam plastik yang disediakan. Dan plastik ni kena bawaklah bersama sepanjang ibadah umrah. Tak nampak pula rak untuk letakkan kasut kat pintu masjid. Tak seperti di Masjid Nabawi.
Ok. Sekian saja kisah untuk hari ni. Akan sambung ke post yang seterusnya. Memang takde rehat. Jejak kaki je kat Mekah, terus buat umrah pertama sekaligus dapat kami semua terlepas dari larangan-larangan ihram.