Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Travelog Umrah Pertama: Hari Kelima


Assalamualaikum dan hai semua πŸ‘‹πŸΌ


Ini sambungan berkenaan umrah pertama aku pada tahun 2015. Hari ni kami aktiviti sendiri je. Seronok rasa sepanjang berada kat sini. Ustaz cakap kalau nak shopping sebaiknya kat Madinah ni la sebab kat Mekah harga barang mahal.



Kat sini, majoriti orang Arab akan panggil orang Malaysia dengan panggilan Hajah (perempuan) atau Haji (lelaki) tak kiralah samada kami ni dah pernah buat haji ke atau belum. Bukan orang Arab je, mutawif pun akan panggil kami semua dengan panggilan tu. 



Mudah-mudahan apa yang disebut-sebut tu suatu hari nanti akan menjadi kenyataan...aamiin 🀲🏽



Ribut Pasir



Pengalaman sepanjang berada kat Madinah ni, pernah la rasa pengalaman dengan ribut pasir tapi sempat la balik hotel. Rasa angin kuat dengan pasir-pasir berterbangan semua. Tapi tak rasa kuat sangat mungkin agaknya sebab terhalang oleh bangunan-bangunan hotel ni kot. 



Jenuh kami menahan telekung dengan baju daripada terbang-terbang. Kejadian berlaku pada waktu siang masa dalam perjalanan nak balik ke hotel. Betul-betul kat seberang jalan depan hotel. Tiba-tiba je rasa angin kuat. Mata pun jenuh tutup sebab tak nak bagi pasir dan debu masuk mata. 



Ustaz cakap ni ribut pasir. "Ooo...camtu rupanya ribut pasir..." Angin bertiup memang kuat.



Ziarah Kubah Hijau



Malam ni, lepas solat Isyak, aku dengan kakak aku pergi ziarah ke kubah hijau. Tengok dari luar je. Mak tak ikut. Dia nak rehat. Masa masuk Raudhah haritu hanya nampak kubah hijau tu daripada dalam je. Kat bawah kubah hijau ni lah tersemadinya jasad Rasulullah S.A.W. Dan di sekitar situlah terletaknya kawasan Raudhah. 





















Kalau pandang dari bahagian luar masjid ni, ada nampak kubah warna kelabu sebelah kubah hijau ni. Yang ni aku tak pasti kubah apa. Tak sempat tanya kat ustazah. 











Suasana kat sekitar perkarangan Masjid Nabawi ni pada waktu malam boleh nampak payung-payung gergasi tu dah tertutup dengan sendirinya manakala pada waktu siang payung tu akan terbuka semula. 













Lepas selesai berdoa, sebelum kami balik ke hotel, kami pusing keliling Masjid Nabawi dulu. Luasnya kawasan masjid ni. Rupanya ada banyak lagi hotel kat keliling masjid ni dan oleh itu ada banyak lagi kedai-kedai yang tak pernah kami kunjungi. 



Tak berani pergi masa ni, takut. Lagi pun waktu dah lewat malam. Nanti mak kami risau pulak sebab tak balik-balik. Nanti dah jadi 1 kerja abang kami pulak nak cari kami nanti. Bukannya kecik tempat ni. Lagipun esoknya kumpulan kami semua dah nak ke Mekah dah.



















Kat sini ada banyak pagar dan semuanya ada nombor. Jadi bila masuk perkarangan masjid tu kena ingat kita masuk ikut pagar yang mana supaya tak sesat. Nak mudah, ambil gambar je nombor pagar tu.



Balik dari masjid kami shopping ole-ole sikit la kat kedai sekitar yang ada sebab ni adalah malam terakhir kami semua berada kat Madinah. Sayu rasa sebab tenang bila berada kat sini...taktau nak terangkan rasa dia macam mana.










Sampai je kat hotel kami duduk sekejap kat lobi layan internet. Wifi percuma ada kat lobi je. Kat bilik takde. Masa ni aku jenis tak berapa kisah sangat nak simkad ada internet ni. Bagi aku, cukup dapat hubungi ahli keluarga aku cukuplah kalau-kalau aku tersesat kat sini. 



Internet masa zaman ni aku banyak guna untuk tulis blog je. Nak tulis blog tunggu balik Malaysia nanti pun boleh. Kat sini aku cuma catat kat apps je untuk rekod apa yang dah berlaku. Balik Malaysia nanti aku karanglah.



Zaman ni adalah zaman aku tak berapa layan sangat internet. FB ada cuma aku tak berapa up to date sangat dengan apps tu. Akaun Twitter lagi la aku takde masa tu. Jadi masa ni internet memang bukan keutamaan aku. Nak layan apa-apa macam berita ke, aku duduk kat lobi je la skrol tengok apa yang patut.



Dah hilang penat tu, kami naik ke bilik untuk kemas semua pakaian dan beg malam ni jugak sebab esok nak gerak ke Mekah dah nak buat umrah. Seronoknyee....πŸ˜ƒ 



Mudah-mudahan kami semua mendapat umrah yang mabrur...aamiin 🀲🏽






Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap