Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Travelog Umrah Pertama: Hari Keempat


Assalamualaikum dan hai semua....



Kalau ikutkan pakej umrah yang kami ikut ni, kami akan duduk kat Madinah selama 6 hari dan lagi 7 hari selebihnya kami akan berada kat Mekah. Hari ni adalah hari yang keempat untuk umrah pertama kami pada tahun 2015 yang lepas. Cepat je masa berlalu kan.



Aktiviti kami pada hari ni santai-santai je iaitu dengar ceramah umrah dengan ada bacaan tahlil arwah kat dewan makan tingkat M ni. Semua kumpulan ada kat sini. Tapi bukan mutawif kami, ustaz Barr yang bagi ceramah. Tapi wakil Andalusia lain.








Aku rasa kan, ustaz yang bagi ceramah ni orang Indonesia la. Dapat tau pun dari slang percakapan dia. Asyik gelak je dengar ceramah ustaz ni. Dia pandai main emosi jemaah semua sampai ada sorang kakak tu yang menangis teresak-esak. 







Nak gelak pun ada tengok gelagat ustaz dengan kakak yang nangis kuat-kuat tu. Ustaz tu bukan menangis pun. Suara dia je macam nak nangis. Saja je menyakat jemaah agaknya. Ustaz Barr pun kena sakat jugak πŸ˜„ Ada la rasa keinsafan tapi berpada-pada. Takde la sampai nak menangis. Malu uiiii ramai tengok πŸ˜‚



Semasa ceramah ni, kami semua diberi peluang untuk tulis nama ahli-ahli keluarga yang dah meninggal dunia untuk dibacakan tahlil buat mereka. Lepas selesai bacaan tahlil, ustaz terangkan sekali lagi pasal perjalanan umrah yang bakal kami lakukan tak lama lagi. 






Selesai je aktiviti ni, aku nampak orang-orang tempatan sini ada buat sedikit jualan kat situ. Aku beli jugakla sikit madu habbatus sauda dan lain-lain. Selesai, kami naik ke bilik.



Ok. Tunggu aktiviti kami apa pulak selepas ni untuk hari kelima. Stay tuned 😎







Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap