Assalamualaikum dan hai semua ππΌ
Kali ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku mintak refund dan return barang yang penjual Shopee tersalah hantar kat aku. Murah je pun. Tapi saja je nak mintak refund memandangkan takde rasa nak cari yang baru pada awalnya. Tapi harini aku nekad nak cari yang baru. Asalnya memang tak nak tukar sebab sayang, tapi biarlah. Tukar je la yang lain.
Mulanya aku tak perasan tau dapat salah barang. Design barang yang aku dapat ni sama dengan design barang yang pertama aku buat carian. Tapi masa tu aku macam "tak minat la...". Jadi aku survey-survey yang lain sampailah aku terjumpa design yang aku betul-betul berkenan. Terus beli.
Nak dijadikan cerita, tak sangka design tu rupanya sama dengan kakak aku punya. Tak kurang tak lebih π. Apa lagi...membebel dia "kenapa beli sama?"π€¨. "Eh eh...manala aku tau.." aku jawab. Memang aku tak tiru dia pun. Kebetulan tu nampak paling cantik, aku beli la.
Tiba la hari barang tu sampai. Dah tengah malam tu baru aku nak bukak bungkusan tu. Nak bukak pun malas sebab dah tau sama dengan akak aku punya.
Bila bukak...."nahhhhh..ambik ko. Salah design" Aku tak perasan lagi tau masa tu. Nasib la aku belum tekan "Received" lagi kat Shopee.
Aku pun chat dengan penjual tu. Ok la dia layan customer dengan elok walaupun aku nak mintak pulangkan balik duit. Dia mintak bukti bergambar dan aku bagi. Lepas tu dia minta maaf dan dia suruh aku klik je butang Return/Refund tu.
Masa tu dalam fikiran aku hanya fikir yang rider akan datang rumah ambil barang yang salah tu je. Rupanya aku boleh je drop barang tu kat tempat terpilih yang berdekatan ye. Senang je.
Return/Refund Parcel Yang Salah Hantar
Meh aku ceritakan langkah-langkah dia:
1) Kat barang yang korang order kat Shopee tu, klik Return/Refund. Ikut je semua arahan dia bagi.
2) Untuk gambar, kena muatnaik 6 gambar. Ambiklah gambar pelbagai sisi barang tu termasuk alamat kat parcel. Dan untuk video tunjuk je barang tu berlatarbelakangkan plastik parcel. Hanya 1 video je kena upload.
3) Pilih samada nak drop barang kat tempat dia cadangkan tu atau korang nak rider datang rumah ambik.
4) Lepas confirm, langkah seterusnya dia bagi kod bar. Dan korang akan diberi masa selama beberapa hari untuk drop barang tu kat Pejabat Pos atau proses return ni akan terbatal.
5) Pergi Pejabat Pos. Tunjuk kod bar shopee tadi tu kat kaunter bila nombor dipanggil. Staf akan scan barkod tersebut dan dia akan keluarkan sticker yang tertera alamat penghantaran ke penjual. Serahkan parcel yang nak pulangkan tu kat kaunter. Nanti dia akan lekatkan benda tu kat parcel tadi.
6) Selesai sudah drop parcel. Seterusnya akan dapat notifikasi Refund Approved kat Shopee tak lama selepas itu.
7) Dan hari berikutnya akan dapat notifikasi Refund Processed, pending credit. Ini bermakna proses refund dah approve oleh pihak Shopee dan hanya menunggu masa duit masuk kat bank je dalam 2 hari camtu.
Duit aku masuk 10 haribulan tu jugak. Cepat je kan sampai aku tak perasan duit dah masuk. Punyalah tunggu sampai 14 haribulan. Lepas tu tergerak nak check 10 haribulan punya.
"Dah masuk rupanye...π
"
Aku yang tak check betul-betul. Hampir-hampir je aku nak chat dengan penjual tu semula. Phewww...nasib baik tak tanya dia. Kalau tak, buat malu aku je π
Ok. Korang pun dah tengok. Mudah je kan rupanya proses nak return dan refund. Cuma terpulang pada korang samada nak chat penjual bagitau salah hantar atau tak.
Aku hari tu sebab tak tau nak buat macam mana jadi aku tanya je la dia. Dapat pulak penjual yang layan dengan baik. Lancar je semua urusan.