Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Travelog Umrah Pertama: Hari Ketujuh


Assalamualaikum dan hai semua....πŸ‘‹πŸΌ


Ok. Ini sambungan dari post yang lepas di mana sesudah sampainya kami kat hotel di Mekah, lepas check-in dan letak beg dalam bilik masing-masing, terus kami kerjakan umrah yang pertama kali dalam seumur hidup kami sekeluarga semasa tahun 2015 tu.


Setelah berniat umrah di tempat miqat, sesampainya di Mekah, terus kena buat dan selesaikan rukun umrah bermula dari tawaf, sai'e dan berakhir dengan bertahlul. Dan selepas itu, barulah boleh lepas dari larangan-larangan ihram. 


Tawaf


Orang memang ramai walaupun ni bukan musim haji. Hanya kat Mekah ni je masa nak buat tawaf nanti boleh tersentuh lelaki dan perempuan (asalkan tak datangkan syahwat). Wudhu' tak batal. Bila di sini, auto kita ikut mazhab lain rasanya. Sebelum buat umrah ni jemaah mestilah dalam keadaan berwudhu'. 


Masa pertama kali nampak Kaabah di depan mata... "Ya Allah..." Hanya Dia je yang memahami perasaan aku. Gembira dan terharu sebab terpilih nak datang sini di usia semuda aku. 


Di sini, bagi yang ada bawak orang tua tu, peganglah diaorang erat-erat. Sebab jemaah luar negara akan tolak-menolak je semasa nak buat tawaf ni. Belum lagi kalau terjumpa sekumpulan jemaah yang nak keluar dan masuk nak pergi ke batu Hajarul Aswad tu. Memang rasa macam kena langgar "keretapi" sebab diaorang berpegangan tangan. Main rempuh je lalu depan kita.


Selesai tawaf Kaabah 7 kali pusingan, kami sekeluarga bersolat sunat tawaf berhadapan pintu Kaabah. Lepas selesai solat, aku pusing belakang. Tengok-tengok ustaz dan kumpulan kami dah hilang. Abang cuba call ustaz tapi tak dapat. Cuak jugaklah.


Sai'e


Erm kami teruskan je la perjalanan ke tempat Sai'e. Kami ingatkan ustaz dah tinggalkan kami. Rupanya dia ada je dengan jemaah lain menunggu kami kat tempat masuk Safa. Bila ternampak kami, dia senyum. Sahlah memang tunggu kami je. Syukurlah terjumpa semula. Kami pun teruskan ibadah umrah kami. Belum habis lagi.


Kat tempat Sai'e ni, kena bermula kat Bukit Safa dan akan berakhir di Bukit Marwah sebanyak 7 kali pusingan. Safa ke Marwah dikira 1 dan dari Marwah ke Safa dikira 2. Sampai lah 7 kali. 


Kat sini, untuk orang yang pakai kerusi roda, ada tempat khas disediakan untuk bersai'e kat ruangan tengah. Macam kat tempat tawaf tadi, jemaah berkerusi roda digalakkan bertawaf di ring 2 tingkat yang disediakan. Kat sinila kami sekali lagi terpisah dengan kumpulan kami. Sebab mak sakit kaki, takkan la nak paksa mak berjalan laju pulak. Lagipun kami dah tau nak buat apa. 


Sebenarnya kan, rasa ralat betul tak sewa kerusi roda untuk mak masa ni. Sian betul kat mak kena jalan kaki. Tapi kami tak paksa dia jalan laju. Memang ikut rentak dia. "Maaf ye mak, kitaorang tak terfikir masa ni..." Insya Allah....segala kesusahan demi beribadah tu ada ganjarannya yang besar buat mak...aamiin 🀲🏽 


Kalau ada rezeki nak pergi lagi, memang takkan susahkan dia lagi dah jalan kaki jauh-jauh. Tolak guna kerusi roda je. Kalau rasa nak jalan kaki, jalan je lah. Kalau penat, duduk kerusi roda biar kami tolak.


Kat tempat Saie' ni ada disediakan deretan air zam zam kat tepi. Kalau penat dan haus bley berhenti minum kejap. Sedap air zam zam ni. Berkhasiat tinggi lagi tu. 


Tahlul (Bergunting Atau Cukur Rambut)


Semasa nak daki Bukit Marwah (perhentian terakhir), kami terjumpa balik kumpulan kami. Kami pun berdoa bersama-sama. Apabila selesai Sai'e, maka tibalah masanya untuk jalankan rukun umrah terakhir iaitu bertahlul (bergunting).


Bagi orang perempuan, terus bergunting kat Bukit Marwah ni. Sekadar gunting rambut sikit je. Yang lelaki pulak tunggu balik hotel dulu sebab diaorang akan bercukur botak. Tapi tak cukur botak pun takpe. Cukup sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Untuk perempuan, haram bercukur botak ye... Gunting sikit je cukup.


Selesai bertahlul maka lepaslah kami semua dari larangan ihram. Daripada tempat miqat siang tu, kami terikat dengan larangan-larangan ihram. Boleh google apakah dia. 


Jemaah Period


Bagi jemaah yang datang bulan, leceh sikitlah buat diaorang. Rambut jangan terlihat gugur. Jadi apa diaorang buat, diaorang pakai serkup kepala je sepanjang dalam bilik sepanjang tempoh datang bulan tu sebab diaorang masih dikira dalam ihram lagi. 


Bila dah suci dari period, diaorang boleh terus buat umrah, iaitu bermula dari tawaf sampailah ke bertahlul macam kami buat tadi tu. Dah selesai ni, barulah boleh nak cuci rambut dan tak perlu pakai serkup kepala lagi dah dalam bilik masing-masing sebab dah terlepas dari larangan ihram. Kesian kan kalau kena macam ni. Takpelah. Ujian buat diaorang.  


Selesai Umrah


Dengan bertahlul, maka selesailah umrah pertama kami. Masa ni dalam lebih kurang pukul 3 pagi jugaklah tapi tak terasa sebab masih ramai orang. Selesai je umrah semua balik ke bilik hotel masing-masing untuk tidur beberapa jam sementara tunggu waktu Subuh pulak. Memang penat tapi seronok. 


Masa buat umrah tadi tu, memang takde gambar untuk aku kongsikan sebab memang nak fokus buat umrah. Entahlah, rasa tak kena pulak kalau nak ambil-ambil gambar sebab tengah beribadah. Gambar-gambar yang ada ni pun semua masa aku dah selesai kerjakan umrah dan masa aku teman jemaah yang period lakukan umrah pertama dia. Dan jugak gambar masa kat luar Masjidil Haram je. 


Spot-Check Kat Pintu Masuk


Kat sini kalau nak berjemaah dengan imam kat Masjidil Haram ni, korang kena masuk masjid 1 jam awal. Sebab kalau lewat nanti polis situ tak bagi masuk. Haaa kat sini yang jaga pintu masjid polis lelaki ye. Polis perempuan diaorang jaga kat tempat solat perempuan.



Sini pun sama macam kat Madinah, ada spot-check kat pintu masuk. Sesiapa yang bawak beg besar mesti akan ditahannya. Begnya akan dibuka dan diperiksa. Setahu aku botol air besar sepatutnya tak boleh bawak masuk. 



Sebab diaorang nak elakkan jemaah ni ambik air zam zam kat dalam masjid tu. Biasanya bila ramai yang ambil, air zam zam tu akan berlecak kat atas lantai masjid. Kotor kan nanti jemaah nak lalu-lalang situ.


Bersihnya Masjidil Haram



Satu hal yang aku tabiklah dengan pekerja pembersihan kat sini, lantai memang sentiasa bersih walaupun tempat ni tak pernah lekang dengan lautan manusia. Cuma sikit-sikit kotor tu biasala la. Memang terbaik la pekerja-pekerja kat sini. 


Nak kenalpasti mereka ni, diaorang berpakaian seragam hijau. Sesiapa yang nak bersedekah tu boleh jugak sedekah kat diaorang. 


Dalam 1 minggu akan ada 1 hari pihak pengurusan buat kerja pembersihan secara besar-besaran. Sebab tu dalam masjid dan kawasan perkarangan masjid bersih je. 



Jemaah Bermastautin Di Masjid



Kat Mekah ni, waktu antara solat tak jauh. Patut la ramai aku tengok bermastautin kat dalam masjid. Sebab diaorang tak nak terlepas solat jemaah. Bukan setiap hari dapat datang. Rugi sebab boleh dapat pahala 100,000 kali ganda. 



Mereka ni pada pendapat aku mesti jemaah yang duduk hotel jauh dari Masjidil Haram. Memang tak sempat kalau nak balik hotel. Sedangkan ramai yang tinggal hotel jarak 50 meter ni pun terkial-kial nak kejar solat jemaah kat masjid.



Aktiviti Sendiri



Lepas selesai je solat Subuh, takde aktiviti buat kami harini. Ustaz cakap tentatif Andalusia memang jenis 1 hari umrah dan 1 hari rehat. Bagi sesiapa yang nak pergi buat umrah lagi boleh je. Cuma kena buat sendiri la. 



Ambil teksi dan pergi tempat ke tempat miqat berdekatan. Tempat miqat yang ada kat sekitar ni adalah di Ja'ranah, Tanaim dan ada beberapa tempat lagi. Tempat miqat ni kita panggil Tanah Halal. Tak boleh berniat umrah di Tanah Haram.







Disebabkan sabun basuh baju dah habis, jadi aku dengan kakak aku pergi jalan-jalan kat shopping kompleks kat bawah hotel ni. Mak aku tak ikut. Dia sakit kaki sudah. Masa ni tak terfikir nak hantar dobi. 


Takpelah basuh sendiri je. Gantung kat tingkap je dalam bilik. Tapi cepat kering tau. Mungkin sebab cuaca sini panas kering. 


Akhirnya jumpa jugak dengan sabun tu. Kami beli kat pasaraya Bin Dawood. Macam-macam barang keperluan ada dijual di sini. Sama je macam kat Malaysia. Kam beli apa yang perlu je.


Temankan Jemaah Period Buat Umrah Pertama Dia


Pada malamnya, aku temankan ada sorang ni untuk dia buat umrah wajib. Sebab dia tak tau cara. Ustaz kata boleh temankan. Aku tak perlu nak pergi tempat miqat lagi untuk berniat ihram. Lagipun aku bukan nak buat umrah sebab dah selesai dah pun umrah wajib aku haritu. 



Yang dia ni memang belum selesai lagi umrah dia sejak jejakkan kaki kat Mekah. Takpela, temankan aje. Dia mintak tolong aku temankan dia sebab dia risau kalau dia tersalah atau tertinggal buat salah 1 rukun.  


Macam kat Kaabah ni, bertawaf takde masalah bagi dia. Tapi bila kat tempat Sai'e. Agak keliru sikit jumlah pusingan dia tu. 


Dan ada 1 kawasan di mana kat situ ada lampu hijau. Lelaki kena berlari-lari anak. Perempuan jalan je pun takpe. 





Sai'e ni tak semestinya jalan je tak berhenti sampai habis. Kalau penat boleh berhenti tepi kejap tapi lepas tu kena habiskan lah lengkap pusingan 7 kali tu. Sambil-sambil berhenti tu, bolehlah minum air zam-zam di tempat yang dah disediakan. Gelas pakai buang ada disediakan buat jemaah. 



Kan buat dengan kawan lagi mudah kan. Dari buat sorang-sorang. Dahlah pertama kali. Aku haritu pun ada mutawif yang tunjuk ajar kami walaupun tertinggal-tinggal.


Selepas selesai bersaie, aku temankan dia bertahlul pulak kat Bukit Marwah. Bertahlul ni merupakan rukun terakhir umrah. Bertahlul tu bermaksud kena gunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Memang campur sini lelaki dan perempuan. Pandai-pandailah nak gunting tu. Sorok-sorok sikit. 3 helai je pun.



Bergambar Sebelum Balik Ke Hotel


Lepas kakak ni selesai buat umrah dia, aku sempat jugaklah bergambar berlatar belakangkan Kaabah. Sungguh. Comel sangat Kaabah tu. Cuma niat nak pegang tu tak kesampaian sebab orang terlalu ramai. Mungkin lain kali je bila datang lagi sini. Insha Allah.



Masa tahun 2015 ni, tengok belakang aku ni ada ring lagi. Ring tu kawasan bulatan untuk jemaah buat tawaf. Jadi boleh pilih samada nak tawaf kat bawah ke atau kat ring ni. Terpulang. Sekarang dah takde dah ring ni sebab kat kawasan ni dah habis kerja-kerja pengubahsuaian. 



Selepas kami balik ni dalam bulan September tahun sama, ada kren jatuh kat kawasan ni. Ada jemaah yang meninggal dunia sebab terhempap kren tu. Al-Fatihah buat mereka semua.



Lepas selesai bergambar, kami baliklah ke bilik masing-masing. Sampai je bilik waktu dah tengah malam. Aku pun terus tertidur lepas dah bersihkan diri. Kat dalam bilik hotel ni boleh dapat wifi percuma. Tak payah kena duduk kat lobi sebab kat bilik pun dah boleh dapat. Tapi  khas untuk pelanggan hotel ni je la.






Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap