Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Cara Downgrade Dan Terminate Line Postpaid Celcom


Assalamualaikum dan hai semua.



Kali ni aku akan kongsi cara nak terminate line postpaid Celcom ye. Celcom ni bukan tak bagus. Banyak data dia bagi. Berpuluh-puluh data (ikut pelan yang korang masing-masing langgan ye). Cumanya tak boleh guna data tu secara maksimum sebab line internet Celcom tak stabil. Aku rasa mungkin sebab line dan telefon  aku 4G. Sebab kakak aku 5G guna Celcom takde masalah.



Kat tempat kerja sepatutnya line ok la kan. Tapi tak ok jugak. Pernah line jadi "E" tau. Menyampah la bila jadi camni. Kalau kat rumah tu lagi la teruk. Senang cakap, internet takde langsung. Kalau ada pun, ada kat tempat tertentu je dan tak stabil. Susah kan. Dah tahun 2024 ok. Dulu² ok tau. Sekarang taktaula kenapa jadi macam tu.



Walaupun macamtu aku masih tak tukar ke telco yang lain. Sebab rasa macam kalau tukar pun nanti sama je. Aku simpan 2 line postpaid Celcom. 1 tu memang aktif yang aku pakai sekarang ni. Dan 1 lagi tu sebenarnya simkad dari dongle yang aku tukarkan ke saiz yang boleh muat kat telefon aku kat cawangan Celcom.



Cara Downgrade Pelan Celcom Postpaid



Tapi tak pakai pun. Aku turunkan ke pelan paling murah sekali. RM10 sebulan...hihi. Ni internet takde tau dan kalau nak call kena caj la nanti. Sebab tu aku tak pakai. Aku saja je biarkan. Lagipun tak terfikir pun nak terminate sebab bukan mahal pun. 



Sebelum aku cerita macam mana nak terminate line postpaid Celcom tu, aku nak cerita dulu macam mana nak downgrade pelan Celcom postpaid korang. Hanya telefon nombor 1111 je. Pastu ikut je arahan. Cakap dengan operator. Ni je. Senang sangat. 



Tapi selalunya sebelum pelan korang tu didowngradekan, biasalah, operator akan tanya macam² dan sebolehnya macam aku haritu dia nak pujuk aku supaya tak turunkan pelan. Tapi sebab dia tau aku ada line Celcom 1 lagi, jadi tak banyak sangatlah cakap dia πŸ˜„.



Cara Terminate Pelan Celcom Postpaid



Dan aku ingatkan, nak terminate tu bolehlah melalui telefon je. Rupanye kena pergi kat Celcom Bluecube pulak. Macam rumah aku yang terdekat kena pergi kat Kajang la. Atau Bangi. Korang hanya perlu bawak kad pengenalan je (memangla bawak kan). 














Sampai sana nanti staf sana akan bagi nombor giliran kat telefon korang. Takde dah nombor giliran pakai kertas. Bila sampai giliran nanti, cakap je kat kaunter tu.. 



"Cik..saya nak terminate line postpaid"



Kalau nombor korang ada banyak, nanti dia akan tanya..



"Nombor yang mana satu ye?.." 



Haa yang ni pastikan semak nombor tu betul². Jangan salah nombor pulak ye. Naya. Tak sampai setengah jam, sepatutnya dah boleh selesai dah urusan korang ni. 



Dan untuk bil pertama, nanti akan prorate. Biasanya akan kena caj lebih sikit untuk bil pertama sahaja. Dan untuk bulan seterusnya, bil akan dicaj dengan caj yang baru. 



Haaa....mudah je kan. 





Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap