Assalamualaikum dan hai semua...
Apa azam tahun baru korang untuk tahun ni? Ke sambung azam tahun lepas yang tak jadi-jadi tu π€
Aku pun.. Sambung balik azam tahun lepas. Macam biasala. Nak turunkan berat badan secara sihat. Bukan nak kurus semata-mata.
Bagi aku elok berisi sikit jangan sampai keding. Tapi kalau dah memang asalnya orang tu kurus keding nak buat macam mana kan. Kena tetap syukur. Yang penting sihat. Tak kisah gemuk ke kurus ke.
Tapi aku lagi suka nak jadi kurus berisi. Orang jawa kata just nice ππ½ Tapi kalau tak dapat jugak, takpe, syukuri apa yang ada.
Ok la. Aku siap berdoa mintak dapat turunkan berat badan secara sihat. Bagi aku matlamat akhir (nak kurus) tu nombor 2. Yang utama adalah prosesnya.
Bukan aku tak pernah cuba kuruskan badan. Semua tak menjadi. Lagi-lagi masa bulan Ramadhan. Bukan makin turun. Makin naik berat ada la π
Masa tu la, dalam fikiran aku "alahh takpe, sebulan sekali je beli makanan bazar". Dek sebulan sekali tu la hancur lebur semuanya dan terus tak jadi diet seterusnya.
Tapi kali ni, sejak berat badan aku boleh turun 5 kilo dalam masa 4 bulan. Aku terkejut beruk. Sebab boleh kurus sikit tanpa aku buat apa-apa diet.
Bayangkanlah. Sedikit je perubahan dari cara pemakanan aku, hasilnya macam tu. Mana beruk tak terkejut kan.
Berbalik semula kat tajuk post aku ni. "Inch Loss Atau Berat Turun? Mana Lebih Penting?" Bagi aku....bab ni aku tamak. Tamak yang aku approve. Mestila nak dua-dua kan.
Tamak kan aku π
Sebenarnya hujung tahun lepas aku dah mula dah cuba usaha nak turunkan berat badan secara sihat ni. Aku fokus kat rutin pemakanan aku. Aku tak kisah sangat hasil dia berapa lama boleh aku capai. Takde keperluan mendesak pun.
Dan aku buat ni bukan sebab cliche yang biasa kita dengar.."nak kawen". Tak tak. Bukan ni sebab dia. Lagi pun takde orang pun nak kat aku. Ok. Abaikan.
Aku suka fokus kat progress. Bukan pada matlamat akhir. Aku jadikan rutin. Susah jugak nak buat awalnya. Tapi aku nekad sebab aku tertanya-tanya macam mana la aku kalau aku berjaya berada dalam range berat sekian sekian. Aku betul-betul nekad kali ni.
Rutin aku apa ye? Nak kongsi pun, belum capai hasil yang memuaskan lagi. Malulah nak cerita. Aku cerita progress je la ye.
Buat masa ni, bila timbang berat ada naik tapi tak lari dari 1 nombor tu. Dia naik turun pun sekitar tu je. Pagi tadi timbang, berat ada turun sikit. Tapi yang best, aku dapat rasakan inch loss. Tak mendadak turun. Tapi ada. Haaa ni la yang aku nak.
Kalau ikut buku Atomic Habit karya James Clear, habit yang kita jadikan rutin ni sangat penting. Dia macam snow ball.
Progress dia awalnya memang kecik atau tak nampak langsung, tapi dalam jangka masa lama dan konsisten bergolek akan jadi bola salji yang besar akhirnya. Impaknya boleh nampak kat akhir nanti. Awal-awal memang tak berapa nak nampak.
Lagi contoh dia bagi macam kiub ais yang dibiarkan pada suhu bilik. Pada suhu 3°C, 5°C kita nampak dia macam tu je kan. Beku. Tapi pada suhu 20°C baru nampak dia mula mencair. Suhu ni aku bagi contoh je ni.
Apa yang kita nampak hanyalah kiub ais yang mula mencair pada suhu tertentu tersebut. Tapi apa yang berlaku adalah, kiub ais sebenarnya dari 3°C tu dia dah "bekerja" untuk mencair. Habit tu menjadi rutin yang terkumpul dan hanya pada suhu 20°C baru menampakkan hasilnya.
Ia nampak macam takde apa-apa pada mulanya, tapi mampu beri impak yang "wow" kat hasilnya sekiranya konsisten.
Kena konsisten rutin dan bertahan sebab nanti akan sampai satu tahap berat tu dia akan kekal macam tu je.
Masa tu James Clear tu panggil tengah berada dalam Valley of Dissappointment. Berapa lama tak pasti. Tapi ikutkan kajian dia, lepas fasa ni, berat tu akan sambung turun semula. Boleh rujuk gambar bawah ni.
Yang penting kena konsisten. Alhamdulillah aku masih kekal buat rutin ni. Baru nak mula je pun. Bila nampak ada sikit inch loss, ni sebabnya aku tergerak nak tulis post ni.
Satu lagi aku nak kongsi. Baru terbaca ni. Rupanya memang ada orang yang alami inch loss tapi berat badan dia sama je. Ni disebabkan lemak dia berkurang dan dalam masa yang sama jisim otot dia bertambah.
Ini bermakna orang tu berada dalam jalan yang betul untuk turunkan berat badan π. Korang boleh rujuk website ni. Mudah-mudahan la kan π..aamiin π€²π½
Aku suka makan tau. Lagi-lagi kudap-kudap. Waktu petang ada je nak mengunyah. Lapar. Sejak aku buat je rutin ni, nafsu makan aku dah boleh dikawal. Jajan kat dapur tu, semalam je baru aku usik. Kerepek-kerepek yang ada atas meja tu pun aku tak makan.
Sungguh tak sangka dan tak jangka dengan diri sendiri mampu kawal. Keinginan nak makan macam-macam tu yang dah berkurang. Aku boleh je nak makan tapi aku pilih tak nak.
Ok la semoga aku dan korang semua berjaya dengan perancangan penurunan berat badan masing-masing ya π Takyah fikirkan sangat hasil. Yang penting buat je sampai boleh jadi rutin. Kalau kurus alhamdulillah. Kalau macam tu je pun alhamdulillah.