Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Ulasan Filem Kupilih Jalur Langit (2026)


Kalau korang gemarkan genre cerita yang bertemakan kisah cinta selepas nikah, cerita ni wajib korang tonton. Filem dari Indonesia ni baru keluar tahun ni tau.


Mengisahkan Amira yang dilamar Ustaz Furqon sejurus sahaja selesai pengajiannya. Mereka berdua ni belajar di tempat pengajian yang sama. Dipendekkan cerita, lamaran Ustaz Furqon diterima baik oleh Amira dan keluarganya.



Sejak dari awal lagi Amira memang mengimpikan menjadi seorang isteri yang baik sama seperti ibunya. Jadi apabila sudah sah menjadi isteri, peluang ni digunakan sebaiknya. 


Namun yang menjadi masalahnya apabila Ustaz Furqon selalu saja mengelak apabila isterinya ajak bersama. Amira pula seorang yang selalu bersangka baik dan sentiasa berusaha untuk kebahagiaan rumahtangganya. 



Namun disangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Saat Ustaz Furqon sedang cuba melupakan kisah cinta lalunya dan hatinya sudah mulai tumbuh bibit-bibit cinta kepada isterinya, kisah lalunya terbongkar. 


Pergaduhan tercetus dan Amira patah hati betul kerana segala puisi dan luahan hati suaminya yang disangka untuknya dulu rupanya dikarang untuk wanita lain. Wanita dari masa lalu suaminya. Dan paling tak disangka, wanita itu adalah orang terdekat yang dikenalinya. Patutlah suaminya selalu mengelak sejak malam pertama sebab masih teringatkan wanita tersebut.


Jadi kenapa Amira pula yang dipinang oleh Ustaz Furqon? 


Kerana semuanya sebab salah faham yang terjadi antara Ustaz Furqon dengan Dara. Itulah orang kata kalau bukan jodoh, ada je halangannya. Ustaz Furqon yang pergi dan menghindar, tak pernah kembali ke dalam hidup Dara semula. Dan Ustaz Furqon terus kemudiannya memilih meneruskan hidupnya berkahwin dengan Amira walaupun tanpa cinta antara mereka. 


Walaupun bergaduh, mereka tetap hadir berdua ke majlis perkahwinan sahabat mereka. Di sana Amira bertembung dengan Dara. Amira terus meminta cerai selepas itu dengan suaminya kerana dah tak sanggup menahan luka. Selama mereka berjauhan, Amira ada bertemu dengan Dara meminta penjelasan kisah lalu suaminya. 


Tanpa disangka, Ustaz Furqon pun sebelum itu ada berjumpa juga dengan Dara. Ustaz Furqon meminta maaf kepada Dara atas salah faham sebelum ini dan menjelaskan hatinya hanya memilih Amira seorang.


Happy ending geng. Korang kena tengok. Best cerita ni. Jika pada awalnya hati kita memilih untuk mencintai, kita kena belajar jugaklah nanti untuk memaafkan kesalahan dan menerima kekurangan pasangan kita demi membina rumahtangga yang bahagia sampai ke syurga bersama. 


By the way, muka heroin ni macam Janna Nick kan?....









Gadis kampung yang cintakan ketenangan dan damai. Mudah terhibur. Salam dan hello kepada semua 👋🏼

Ulasan

© 2020 Farah Manap