Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Azam Ke Laut


Assalamualaikum dan hai semua πŸ‘‹πŸΌ


Seminggu lebih lagi akan masuklah tahun baru 2025. Macam mana dengan azam masing-masing? Dah tercapai ke belum? Ke....azam-azam tu dah nak ke laut semuanya πŸ˜„πŸ˜‚


Aku la tu salah seorangnya. Buat masa ni la. Tapi dah sedar diri dah bila dah terbentuk "telur" sekarang ni. Jadi aku buat la apa yang patut. Mesti tak faham kan telur apa yang dah terbentuk tu.





Macam ni. Awal tahun hari tu, bulan Mac kot, secara tak sengaja aku terturun berat badan tau. Tak perasan. Memang baju lama kebanyakan muat dah. Dan baju yang selalu pakai ketat dah longgar. 


Ada la aku buat. Aku tak diet tapi berat aku turun dan ada inch loss. Jadi aku set la target nak turunkan berat badan secara semulajadi. Tapi malangnya berat macam tu je. Sebab aku tak jaga makan. Lama-lama makin naik ada la πŸ˜…. Sampai la terbentuk "telur".



Ok ok. "Telur" ni adalah tahap berat badan aku yang aku target nak capai. Kalau aku berjaya turunkan berat badan kurang dari berat target tu, aku kira dah berjaya "pecah telur" la. Sekiranya melebihi, jadinya "telur" tu dah terbentuk semula la. 





Tapi tengahari tadi pecah telur balik. Seolah-olah berat tu atas pagar. Sekarang ni bila cuba timbang dah terbentuk telur balik. Nampak tak macam dia atas pagar je. 



Aku pakai penimbang ayam je. Tak pakai penimbang biasa tu. Haaaa special kan. Ni penimbang arwah abah aku guna buat niaga ayam dulu ni. Lama dah dulu masa aku sekolah menengah rasanye. 





Bersih lagi penimbang ni walaupun dulu arwah abah pakai untuk niaga. Dari biar berdebu dalam stor tu lagi baik aku ambik buat harta letak dalam bilik πŸ˜„ Takyah fikir nak tukar bateri dah.


Jadi, setiap orang ada cara dia masing-masing nak turunkan berat badan kan. Walau apa pun caranya, buatlah secara sihat ye. Dan yang paling bagus, jadikan ianya suatu tabiat supaya berterusan. 


Dalam banyak-banyak video perempuan turun berat badan, aku paling terkesan 1 video ni. Singkat je videonya. Tapi bagi impak kat aku  sampaikan aku nak set target berat badan yang aku nak. Kalau dulu, azam aku dulu-dulu, nak turunkan berat badan sekadar nak kurus je tapi takde target. Sekarang aku dah ada target dah. 


Aku cuba la ye. Oleh sebab aku nak buat ikut cara aku ni mungkin lambat sikitla penurunan dia. Aku tak diet tapi aku ada cara dia. Memang boleh turun pelan-pelan. Cara yang sama yang telah buat aku terturun berat tanpa sengaja tu. Dan ada kena disiplin jugak la. Kena kurangkan portion makan dan kena workout. 


Masa anak buah aku kahwin haritu aku ada berborak dengan sepupu aku ni. Dulu dia gemuk weh. Muka gelap padahal masa kecik dia cerah. Sekarang dah kurus dah dia. Muka pun dah cerah macam asal. Dia bukak rahsia kurus dia. Tak sangka tu la cara sama yang aku buat haritu. 


Cuma bezanya aku tak jaga portion makan aku. Aku tak pasti dia ada workout ke tak. Tapi haritu aku suka buat squat. Sekarang tak buat πŸ˜… Takpe lepas ni aku cuba disiplin buat. Memang ada inch loss haritu. Terkejut aku tiba-tiba boleh muat pakai baju yang aku tak pernah muat. 


Mindset tu penting kan. Betul, sebab tu yang akan mempengaruhi tindakan kita. Aku dah tak nak makan banyak dah. Kalau dulu asyik nak makan je seolah-olah sensor kenyang tu rosak. Yeah memang ada ujian. Masa aku nak makan kurang ni la aku terpaksa makan banyak. Ada la hal-halnya. Semuanya sebab aku tak nak membazir. Kan tak elok. 



Tapi disebabkan mindset tu, aku masih stay on track. Takde rasa pun nak makan banyak. Pendek kata boleh kawal la. Kalau tak dulu, asal terasa nak makan je terus aku pergi beli. Sekarang tak macam tu. 



Aku share je la ye apa aku buat haritu yang boleh turun berat badan tu. Macam ni. Waktu pagi aku tak makan langsung. Hanya minum air manis (Hershey coklat...ni yang aku minum). Dan bila rasa lapar, aku minum air kosong. Bukan air sejuk.






Waktu tengahari, aku makan nasi macam biasa. Aku tak kurangkan pun. Petang-petang pulak aku tak makan apa-apa. Hanya minum air kosong je. Bila malam, aku makan tak lewat sangatla. Lepas maghrib tu makan. 



Dan aku jugak buat squat. Sandar kat dinding, tangan dua-dua kat depan dan turun badan separuh. Tahan. Sampai terasa gigil bahagian pinggang dan kaki semua tu. Tahan sikit lagi. Lepas tu lepas. Buat lagi 2 kali ke macam tu. 



Kat tempat kerja pulak, sambil duduk, saja la angkat kaki dua-dua. Tangan biar kat sisi.  Angkat sikit je kaki pastu tahan sampai terasa kat perut tu. Pastu lepas. Aku buat je la beberapa kali. Rasa bahang jugak la lepas buat walaupun kerja dalam ekon. 



Aku cuba je la. Sebab sekarang ni dah ada matlamat. Bukan sebab nak kahwin. Selalu orang macam tu kan. Tapi matlamat aku bukan sebab nak kahwin. Calon pun takde. Ke korang nak jadi calon aku πŸ˜‚...gurau je.



Aku ada target certain berat. Ada la kan range dia. Jadi matlamat aku yang sebenar, aku teringin nak tengok macam mana la rupa aku kalau aku berjaya capai range berat yang aku nak tu. Sebab video yang aku kata bagi impak kat aku tu, perempuan tu berat dia lebih kurang aku je. Bila dia capai range berat tu, dia jadi lawa weh. 



Sebab tu aku nak turunkan berat badan ni. Bukan sebab nak jadi lawa. Tapi rasa teringin nak tau aku pulak jadi macam mana nanti. Ni je sebab dia. Tapi cukup kuat untuk buat aku kekal kurangkan makan. 



Jadi kepada yang tengah diet dan nak turunkan berat badan tu semoga berjaya ye. Doakan aku jugak tau. Kita usaha masing-masing ye πŸ˜‰





Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap