Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Travelog Umrah Pertama: Hari Ketiga


Assalamualaikum dan hai semua.



Untuk hari ketiga ni, kalau ikutkan tentatif, kami semua akan dibawa keluar untuk tujuan Ziarah Luaran. Bermakna kami semua akan melawat tempat-tempat di luar dari kawasan  Masjid Nabawi ni.



Bagi yang belum membaca posting saya sebelum ni, ini merupakan secebis coretan saya dan keluarga ketika umrah pada tahun 2015 lepas.



Aktiviti ziarah kami ni bermula pada seawal pagi. Sebab Subuh kat sini kan awal kan. Boleh tengok waktu-waktu solat di Madinah ni kat posting saya sebelum ni. Pukul 7.15 pagi kami semua dikehendaki berkumpul di lobi hotel dalam keadaan berwudhu'. Kena siap-siap ambil wudhu' sebab kami akan singgah kat masjid nanti. Masjid apa? Haaa...kalau nak tahu, teruskan lagi pembacaan.



Pengalaman bersolat Subuh berjemaah ni Masjid Nabawi ni, sejuk dan nyaman je rasanya. Sebab apa tau. Apabila cuaca dah gelap, bahagian atas masjid tu akan terbukak. Bukan semua syiling terbuka, ada bahagian tertentu yang akan slide supaya terbuka dan membiarkan angin sejuk dan angin panas bertukar. Sebab tu nyaman rasa. 












Kebetulan kami dapat tempat bersolat kat saf yang betul-betul di bawah syiling yang terbuka tu. Dingin dan tenang rasa. Bila kita dah ramai-ramai dalam masjid ni, faham-fahamlah dengan rasa bahang dia kan. Adanya ciri-ciri rekabentuk bangunan untuk angin keluar masuk macamni, memang selesa la rasa nak bersolat walaupun sesak dengan orang.



Dan kalau kita dongakkan kepala, tengok atas, boleh nikmati kehalusan seni ukiran dalaman Masjid Nabawi ni yang indah. Dan masjid ni sentiasa bersih tau walaupun ramai orang keluar masuk setiap hari. Terima kasih kepada pekerja-pekerja pembersihan yang bertungkus lumus jalankan kerja mereka dengan baik bagi menjamin kebersihan masjid suci ni.



Cara Wakafkan Al-Quran



Dah namanya masjid, sudah tentu ada banyak Al-Quran untuk kegunaan para jemaah kan. Dan mungkin ada dari kalangan kita yang ada niat nak wakafkan Al-Quran dan letak kat Masjid Nabawi ni. Tapi, nanti dulu. Hanya Al-Quran yang dicetak oleh Madinah Munawwarah je yang dibenarkan diletak di dalam Masjid Nabawi. 



Kalau kita perhatikan pun, Al-Quran sini memang nampak 1 jenis je. Jadi sesiapa yang berminat nak wakafkan Al-Quran, bolehlah berurusan dengan mutawif masing-masing ye. Untuk Andalusia la. Kalau agensi umrah lain saya tak pasti macam mana caranya.



Bagi yang dah terletak Al-Quran dengan niat wakaf kat situ, setahu saya Al-Quran tersebut akan dikutip setiap hari oleh para pekerja pembersihan dan kemudian akan diletakkan di tempat yang lain. Jika berniat nak wakaf, boleh jumpa dan bagi duit kat mutawif Andalusia tu untuk mereka uruskan. Seingat saya senaskhah Al-Quran tu berharga sekitar bawah 100 Riyal. 



Seusai solat Subuh berjemaah, kami ada  membeli sedikit barangan kat luar perkarangan masjid. Hanya sempat beli coklat dan celak je sebab kami nak mengejar masa untuk aktiviti seterusnya.









Aktiviti Ziarah Luaran Bermula




Kalau ikutkan jadual, hari ni kami akan dibawa keluar dari kawasan Madinah untuk aktiviti  ziarah luaran. Kami akan pergi ke Masjid Quba', ladang kurma, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, dan akhir sekali akan singgah ke pasar kurma. 






Untuk ziarah luaran ni kami diminta bersiap sedia dalam keadaan berwudhu' sebelum berangkat pergi. Ustaz Barr cakap sesiapa yang berwudhu' di tempat penginapan dan kemudian bersolat di dalam Masjid Quba', in sha Allah akan dikurniakan pahala umrah. Wallahua'lam. Bagi kaum perempuan, untuk ziarah luaran ni kami semua dikehendaki memakai telekung.





Masjid Quba'


Sesampainya bas kami di perkarangan Masjid Quba', kelihatan banyak bas dan padat dengan orang ramai. Kami hanya diberi masa setengah jam je kat sini dan selepas tu kena kembali semula ke bas masing-masing. Memang kena rushing. 





Dalam masjid ni ada ruangan solat di tingkat bawah dan tingkat atas. Kami pilih bersolat kat tingkat atas sebab situ tak ramai sangat. Tingkat bawah tu memang ramai dan sangat padat. 







Selesai je bersolat Dhuha, kami pun segera keluar dari masjid dan tak sempat nak beli apa-apa kat sekitar masjid ni. Ingatkan nak usha la apa-apa yang boleh dibeli dan dibawa balik ke hotel. 





Kat sini kacang pistachio murah tau. Lain kali kalau ada rezeki singgah sini lagi, akan aku borong banyak-banyak kacang tu sebab dia mahal dan sedap...hehehe.







Ladang Kurma



Destinasi kami seterusnya adalah ke ladang kurma. Sini memang la tempat jual macam-macam kurma. Tapi ustaz kata mahal. Kalau nak murah kata dia elok beli kat pasar kurma je. 







Kat sini aku tengok hanya ada beberapa batang pokok kurma je dalam kawasan kedai ni. Mungkin untuk display je. Ladang kurma tu mungkin kat belah belakang kot. Tak tanya pulak kat mutawif tu. 







Kat sini kami memang tak beli apa-apa pun. Coklat pun mahal kat sini. Jadi kami hanya habiskan masa bergambar je la.






Jabal Uhud



Selesai di sini, kami bertolak ke Jabal Uhud pulak. Mutawif ceritakan, kat sinilah suatu ketika dahulu pernah terjadinya peperangan Uhud dan jasad para syuhada semuanya disemadikan di sini. Bukit Uhud ni bukan macam bukit biasa. Ianya nampak bercantum antara satu sama lain dan merupakan bukit di syurga katanya. 



Wallahua'lam. 





Masa sampai di Jabal Uhud ni, ustaz Barr ada bagi sedikit penerangan berkenaan tempat ni.





Dia jugak ada terangkan pasal Jabal Ruhmah (Bukit Pemanah). Sesiapa yang berminat boleh panjat bukit tu. Tak tinggi pun. Kalau nak merasakan sendiri pengalaman, bolehlah panjat, tapi masa ni aku tak naik sebab masa yang diberi singkat je kat sini. 






Kat sekitar tempat ni jugak ada jual macam-macam barang. Ada la beli sikit-sikit buat kenangan. Aku beli beg silang. Beg tu pun sekarang dah tak boleh pakai dah sebab dah lama sangat. Mungkin cara penyimpanan aku tak kena cara, dia jadi rosak.




Sebenarnya Bukit Pemanah ni ada ceritanya tau. Aku pernah terbaca haritu selepas aku balik dari umrah. Tapi tak ingat apa dia. Ustaz kata kalau berdiri atas bukit tu boleh nampak apa entah. Maaf la aku lupa nak catat haritu. Seingat aku ustaz kata dulu bukit ni tinggi la, sekarang bukit ni dah jadi rendah. Boleh je nak daki tapi kami kesuntukan masa. 







Sebelum kami semua pulang ke bas, aku nampak la ustaz Barr tu makan aiskrim. Duhhh....terliur pulak tengok. Apa lagi, kami pau la abang suruh dia belanja...hihihi. Bila sorang dah nampak, semua jemaah dalam bas tu berjangkit nak beli aiskrim....hehehehe. 






Sporting betol diaorang ni. Takde la skema jek. Awal-awal haritu je semua orang muka serius. Maklumlah, masing-masing belum kenal lagi.



Masjid Qiblatain Dan
Masjid Tujuh



Sambil makan aiskrim sambil tu bas pun meneruskan perjalanan ke masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat). Rasanya kat sini mulanya arah kiblat bertukar ke Masjidil Haram. Asalnya kiblat menghadap ke Masjidil Aqsa. 



Wallahua'lam. 



Dan masjid Tujuh, sekarang ni tinggal 5 je pada masa ni sebab yang lain tu dah musnah. 




2 tempat ni kami tak turun, hanya dengar ustaz Barr bagi penerangan dalam bas je.



Pasar Kurma



Akhirnya sampai juga kami kat pasar kurma. Semua jemaah turun nak borong kurma. Nama je pasar. Tapi bukan macam pasar kat Malaysia seperti yang aku bayangkan. 



Kat sini, pasar yang ada semua merupakan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis kurma. Bukan seperti apa yang aku bayangkan. Aku bayangkan keadaan macam pasar malam kat Malaysia. 



Tak sempat nak ambik gambar pun sebab sibuk beli kurma. Lagipun macam biasa, masa yang diberikan singkat. 



Ok. Selesai sudah hari ketiga. Tunggu post yang seterusnya ya.










Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap