Semalam ada la 1 kejadian. Bagi aku kira kurang ajar dah orang tu dengan aku. Kawan pun kata yang sama. Tak patut orang tu bercakap macam tu kat aku walaupun dia level tinggi. Aku cuma tersilap menyahut je. Patutnya dia nak panggil kawan dia. Tapi aku yang spontan jawab sebab kebetulan nama kami sama.
Tapi yang tak sedapnya sebab dia sound aku dengan nada tinggi. Tanya yang aku ni Farah ke?? Aku macam terkejut la. Takkan la tu pun nak sound kan aku fikir. Aku jawab la ye. Siap dia tanya nama penuh aku lagi. Lepastu dia sound lagi nada tinggi yang aku ni cikgu ke???
Bila dia tanya camtu aku macam ohhh...sedarla aku level bawahan je. Bukan level cikgu pun. Dia kata kawan dia tu cikgu. Ok la aku diam je la. Ye la dah aku dan kawan-kawan semua level beginner lagi. Takpela. Tapi terasa jugak ni. Terus rasa tak seronok nak berlatih.
Lepas tu yang kenot brainnye, aku ingat kawan dia tu cikgu yang itu. Rupanya cikgu sekolah 🤦🏻♀️ Laaa cikgu sekolah jeeeee. Ingatkan kawan dia yang mengajar. Dia pulak yang ajar kawan dia tu. Dan kawan dia tu pun berlatih terkial-kial.
Sampai beria-ria sound aku masa aku tersilap sahut tu. Apa kess???
Orang tu pun pembantu cikgu je. Bukan cikgu. Kerek je lebih. Tu pun dia bukan pembantu cikgu level yang tinggi tu. Level rendah je pun. 1 calit je. Bila dia kurang ajar macam tu aku belek la bengkung dia calit berapa.
Biasanya camtu la. Yang baru-baru naik ni kerek. Kalau cara dia berborak dengan kita tu kan, bley rasa jurang perbezaan. Tapi tak semua la. Ada yang ok. Tapi cikgu semua ok. Humble je semua padahal level tinggi tu sebab cikgu. Bila berborak tak sangka pun diaorang cikgu sebab humble betul. Yang pembantu cikgu pulak yang kerek 😏
Memang betul la kan. Pernah dengar yang ilmu ni ada 3 tahap. Jelas dah kan. Kenapa cikgu-cikgu semua humble dan yang pembantu cikgu tu kerek.
Peringatan jugak untuk diri sendiri ni supaya tak jadi macam tu. Dan bila terjumpa orang macam ni, ada ilmu tapi kerek, maafla aku tak hormat langsung. Kalau lalu sebelah pun aku buat tak nampak je. Termasuklah yang takde adab dan palau aku tanpa sebab.
Kerana "respect is earned, not given".
