Assalamualaikum dan hai semua. Syukur alhamdulillah, akhirnya hari yang kami semua nanti-nantikan dah pun tiba. Tanggal 14 April 2015, kami sekeluarga berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah buat pertama kali dalam hidup kami.
Malam sebelumnya dah siapkan segala kelengkapan baju dan beg semua, jadi pagi ni kami sekeluarga bertolak ke KLIA 2 lebih kurang pukul 7 pagi.
Along tak dapat pergi sekali, jadi dia sekeluarga sama dengan abang ipar seorang lagi ni yang tolong hantarkan kami ke lapangan terbang. Abang pulak datang dari Seremban bersama-sama dengan keluarga belah isteri dia.
Kat lapangan terbang kami yang sampai dulu. Masa abang sekeluarga sampai, terus kakak ipar bagi reben warna merah jambu dot dot kat kami sebagai penanda untuk semua bagasi yang kami bawa. Maklumlah, kami pertama kali pergi buat umrah dan untuk makluman, kalau ikut agensi umrah ni, beg semua sama. Haa jadi memang perlulah reben tu untuk menyenangkan kami masa nak ambik beg nanti. Penerbangan kami dijangka pada pukul 12.30 tengahari.
Jadi, sebelum kumpulan umrah kami ni diminta untuk berkumpul setempat, terlebih dahulu pihak Andalusia mengagihkan kepada kami door gift dengan tag nama masing-masing.
Door gift ni diaorang bagi biskut sekotak dengan Surah Yasin. Aku tak pernah jumpa biskut camni. Agak rare dan sedap la bagi aku. Sebab dalam biskut tu ada kuaci. Lupa nak snap gambar bungkusan plastik biskut tu. Kalau ada boleh la cari kat online ye tak.
Untuk pengetahuan korang, kumpulan kami ni semua beg warna dia sama, biru dan kuning. Sebab tu la walaupun semua orang tak berkumpul setempat lagi, pihak Andalusia dah boleh cam kami kat sana. Samalah jugak macam agensi umrah yang lain. Masing-masing ada warna beg tersendiri. Senang nak cam lagi-lagi bila dah kat sana nanti.
Ok, sebelum aku sambung cerita, minta sedekahkan pahala Al-Fatihah buat ibu mertua abang aku (2 dari kiri). Moga diampuni dosanya dan moga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin....aamiin π€²π½
Baiklah. Sambung cerita semula. Kami kemudiannya dipanggil berkumpul setempat untuk proses check-in beg. Untuk urusan ni, semua beg tarik kumpulan kami yang besar-besar saja dikumpulkan dan disusun dalam 2 barisan oleh pihak Andalusia.
Haa, masa ni la baru tau bergunanya reben yang kakak ipar bagi tu. Ada reben tu, senang nak cam beg kami dari jauh sebab beg kumpulan kami kan semua sama. Setakat tulis nama kat beg dengan marker, jenuh nak belek satu persatu. Ikat reben je senang.
Selepas urusan check-in beg dah selesai, kami pun cari tempat strategik nak bersarapan. Sarapan nasi lemak pagi ni dibekalkan oleh kakak ipar sekeluarga. Kata dia masa ni je la kami boleh dapat makan masakan Malaysia. Nanti bila dah kat sana nanti masakan Arab je semuanya. Lagi pulak lama kami nak pergi tu. 13 hari.
Ermm, sampai jugak hajat aku nak pergi kerjakan umrah tahun 2015 tu. Ingatkan dah tak dapat sebab banyak halangan yang mencabar. Berkat selalu berdoa, alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.
Nak mintak cuti pun punyalah senang. Kisahnye HOD aku ni orang Cina. Sebelum pergi jumpa dia tu dah selalu aku berdoa mintak dipermudahkan urusan nak mintak cuti. Risau kan sebab lama sangat nak cuti tu. Siap aku susun ayat nak bercakap lagi. Takut dia tak faham umrah tu apa. Memang dia tak faham pun π. Bila cakap nak pergi sembahyang baru dia faham dan terus dia kata "ok...ok".
Yeehuuu!! Alhamdulillah...π€²π½. 1 beban aku akhirnya dah berjaya lepas!
Soal Letter of Consent tu pulak yang sebenarnya tak perlu pun sebab aku yang belum berkahwin ni pergi sekali dengan abang kandung. Staf Andalusia Melaka tu la yang bagi salah info π€.
Lepas tu senang-senang macam tu je dia mintak maaf kat abang aku. Dia tak tau aku punya la susah payah nak cuba setelkan hal tu sendiri sampai hampir-hampir nak susahkan pakcik aku sendiri yang sakit tu.
Akhirnya aku berserah dan tawakal je la. Tiba-tiba aku terfikir nak call Andalusia HQ kat Maluri tu. Aku tanya balik puan tu betul-betul, perlu ke surat tu untuk kes macam aku ni yang mana ayah aku dah meninggal dunia dan aku pergi dengan abang kandung.
Tup! Info aku dapat tak sama dengan info yang abang aku bagi. Apa lagi, aku suruh abang call pihak Andalusia Melaka tu semula untuk pengesahan kali terakhir. Usaha yang terakhir kan yang aku mampu buat. Akhirnya dapat berita gembira. Selepas tu segala urusan dokumen semua dipermudahkan. Alhamdulilah π€²π½.
Mungkin Allah nak uji sejauh mana aku betul-betul nak pergi sana buat umrah. Nama pun ujian Tuhan. Memang menduga kesabaran aku. Tapi alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik π.
Ok, berbalik semula kepada cerita asal. Lepas sarapan kami dipanggil lagi untuk mendengar taklimat. Ramai yang pergi umrah haritu rupanya. Kami dengar taklimat sambil berdiri kat depan sekali. Senang nak tangkap apa ustaz tu nak sampaikan.
Untuk batch kali ni, ada 3 kumpulan yang pergi dan kami dibahagikan mengikut kumpulan Bas 1, Bas 2, dan Bas 3. Kami sekeluarga dalam kumpulan Bas 1 di bawah jagaan Ustaz Abdul Barr. Ustaz Barr ni merupakan ketua bagi ketiga-tiga kumpulan yang bergerak pada hari tu. Ok sangatlah kan, ketua yang jadi mutawif kami masa tu.
Berdasarkan taklimat yang diberi, kami semua kena berkumpul kat Pintu P6. Dan nak berjalan kaki pergi ke sana dari Balai Berlepas je dah memakan masa hampir 40 minit untuk orang yang sihat dan muda macam kami. Bayangkan yang tak sihat tu lagilah kena bergerak awal kan.
Dan ustaz pesan elok amik wudhu' siap-siap kat P6 tu memandangkan waktu Zuhur nanti kami semua dah ada kat dalam kapal terbang. Ustaz sarankan kami semua buat solat jamak taqdim je masa dalam kapal terbang nanti.
Dalam taklimat ni jugak, memandangkan banyak kes influenza yang boleh membawa maut (MERS-coV) terutama di kawasan Timur Tengah, pihak Andalusia sarankan kami beli Nosk (personal filter untuk hidung) khusus guna masa buat umrah sebab perempuan tak boleh pakai pelitup muka (tutup muka) masa nak buat tawaf nanti. Purdah pun kena buka.
Lagi pun Mekah dengan Madinah sekarang ni tengah sibuk dengan kerja-kerja pengubahsuaian, jadi habuk memang banyak. Memang kena pakailah untuk elakkan penyakit-penyakit berkaitan habuk pembinaan.
Nosk ni boleh dipakai ketika kita ada wudhu' sebab ia tak batalkan wudhu'. Kalau berpuasa, ye boleh jadi batal sebab tu dikira memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Kami pun ada beli sekotak tambahan untuk kegunaan kami berempat.
Sebelum bersurai, kami diberi semula passport masing-masing mengikut keluarga. Kebetulan nama aku atas sekali. Bila ustaz tu panggil nama aku, ada Hajah pulak kat depan tu...hihi aamiin π€²π½. Hajah Farah...hehehe...kalau lelaki diaorang akan panggil Haji kat depan pulak.
Lepas bersurai terus kami bergegas nak pergi Pintu P6 tapi sebelum tu sesi bersalam-salaman dengan ahli keluarga. Sedih jugak la berpisah walaupun sekejap. Aku pun sekali keluar air mata bila tengok yang lain menangis-nangis. Mana tahan. Hati senang touching ni π’.
Selesai semua tu kami pun pergi la menuju Pintu P6 tu. Ermm memang jauh. Betullah ustaz tu cakap. Dalam anggaran 40 minit berjalan. Duduk kejap je kat situ, tak sempat nak amik wudhu' pun, terus dengar pengumuman yang penerbangan kami dipanggil masuk.
Kami menaiki penerbangan AirAsia X. Aku ni pertama kali pergi luar negara tau. Teruja sikitla...hehehe. Lepas semua dah selesai naik, kapal terbang kami berlepas pukul 12.46 tengahari. Kumpulan kami semuanya akan masuk ke Madinah dulu. Kumpulan lain tak tahulah. Mungkin ada yang akan masuk Mekah dulu. Tapi tak nampak pulak ada orang yang pakai kain ihram.
Duduk sekejap je dah masuk azan Zuhur. Jadi, ni memang pengalaman pertama bersolat dalam kenderaan. Buat solat duduk kat tempat duduk masing-masing. Selesai je solat, terus tiba waktu makan. Pihak AirAsia X bagi kami 2 kali makan. Semua ni dah termasuk dalam pakej yang kami bayar tempoh hari dengan pihak Andalusia.
Makan mula-mula ni diaorang bagi nasi lemak tau. Sedaap π. Memang habislah makan sebab lapar...hahaha. Dah sudah tu semua berehat la. Ada yang tidur termasuklah kami ni...hihi.
Perjalanan mengambil masa selama 10 jam. Sepanjang penerbangan ni, abang aku ada order air kopi dengan air coklat panas. Ni lah masa nak pau dia...hahaha. Takpe la kan belanja adik sendiri, murah rezeki nanti. Harga makanan dan air kalau naik kapal terbang memanglah mahal. Biasalah tu. Sebab tu aku pau abang suruh belanja π.
Dipendekkan cerita, 1 jam sebelum kapal terbang mendarat, kami diberi makan untuk kali kedua pula. Kali ni sate ayam pulak. Sedaplah jugak. Alhamdulillah...π€²π½
Pesawat kami mendarat lebih kurang jam 10.46 malam waktu Malaysia di Lapangan Terbang Jeddah (Terminal Tabung Haji). Arab dengan Malaysia perbezaan waktu adalah 5 jam ke belakang. Jadi waktu sebenar kami mendarat masa tu adalah dalam pukul 5.46 petang waktu Arab. Sunyi kat sini. Kalau musim haji barulah penuh rasanya.
Setahu aku, kat Jeddah ni ada beberapa lapangan terbang lain. Orang Malaysia dengan Indonesia semua turun kat sini aku rasa. Akan datang, kalau ada rezeki nak naik Saudi pulak lah...in sha Allah. Suasana dalam kapal terbang Saudi lagi seronok ustaz kata tapi kalau naik Saudi lagi mahallah.
Ermm setakat ni perubahan musim takde memberikan kesan buruk pada aku. Semuanya ok. Agaknya sebab aku bersemangat nak buat umrah kot. Allah yang bagi kesihatan baik tu. Alhamdulillah.
Selepas semua selesai check-out, kami semua berkumpul setempat sebelum menaiki bas mengikut kumpulan masing-masing. Walaupun lain-lain bas, tapi kat Madinah ni hanya 1 je arah tuju kami semua iaitu ke Hotel Mubarak Silver, tempat kami semua akan menginap.
Pihak Andalusia bahagikan kami kepada 3 kumpulan kecil berdasarkan kepada tempat penginapan kami masing-masing di Mekah nanti. Macam kumpulan Bas 1 kami ni nanti akan menginap di Hotel Hilton Tower di Mekah. Kumpulan lain pula akan tinggal di hotel lain pulak. Hotel kami ni dekat je jaraknya dengan Masjidilharam. Tak silap aku, 50 meter je. Alhamdulillah dapat duduk hotel dekat.
Selepas semua dah selamat menaiki bas, rombongan bas kami pun segera memulai perjalanan ke Madinah. Perjalanan ni memakan masa selama lebih kurang 6 jam. Semasa dalam perjalanan, bas kami singgah di R&R. R&R di sini tak sama keadaan macam di Malaysia punya. R&R di sini macam tempat persinggahan biasa je. Ada masjid dan tempat bas nak parking. Tu je.
Kat sini kami buat solat jamak takhir untuk Isyak dan Maghrib dahulu, kemudian baru makan. Makanan masa ni kami dapat nasi putih bersama tempe, ayam goreng dan kuah sikit. Cukuplah. Alhamdulillah.
Memang betul cakap ustaz, sejuk sangat sampai ke tulang cuaca malam kat Madinah ni. Menggigil rasanya. Tak tipu. Masa makan kat R&R ni pun, terketar-ketar aku mengigil nak menyuap makanan π.
Kat sini ada 1 peristiwa terjadi tau. Tapi bukan terjadi pada kamilah. Kisahnya mak kepada seorang kakak ni dia tersalah masuk tandas. Mak dia termasuk tandas lelaki. Lepas tu anak dia kata kat kami yang mak dia dah terlepas masuk tandas lelaki. Dia tanya kami apa nak buat niii... Alaa sian sebab takleh bayang bila mak dia terdengar suara lelaki kat dalam tu nanti. Mesti gelabah kan.
Buat pengetahuan, sekali imbas, gambar kat signage tandas kat sini lebih kurang je antara lelaki dan perempuan. Lelaki arab kan ada pakai kain tutup kepala tu kan. Cuma kalau perhati betul-betul, barulah nampak beza antara lelaki dan perempuan. Orang tua manalah nak perasan kan. Yang anak makcik tu pun mungkin dia pun pertama kali ke Arab. Macam kami juga. Jadi tak perasan semua tu. Lagi-lagi bila dah rasa menyenak nak membuang kan π
.
Selesai je makan, kami semua menaiki bas semula. Sepanjang dalam bas, ustaz Barr ada bagi tazkirah dan penerangan tentang negeri Madinah ni. Setiap tempat yang kami singgah kalau perlu ustaz akan bercerita pada kami kisahnya.
Apabila masuk je ke kota Madinah (Tanah Haram), kami diajak berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. Kota Madinah ni yang aku perasan stesen minyak kat sini ada letak lampu warna-warni. Cantik. Kat lori pun ada letak. Bila malam je la baru nampak semua ni. Tak sempat nak ambil gambar sebab bas dah mula bergerak. Aku perasan semua tu masa bas dah mula bergerak π€¦π»♀️.
Akhirnya sampai jua kami ke destinasi yang dituju iaitu Hotel Mubarak Silver, di Madinah. Rasa kagum melihat keindahan Masjid Nabawi. Terang benderang cahayanya. Madinah ni kota yang dicintai Rasulullah S.A.W. dan ustaz ada ceritakan yang Rasulullah S.A.W. mendoakan untuk Madinah, manakala Mekah pula didoakan oleh Nabi Ibrahim.
Mekah dan Madinah digelar sebagai tanah haram kerana keduanya tidak boleh dimasuki oleh orang kafir sehingga hari kiamat. Tapi masalahnya sekarang ni dah ada dengar yang bukan Islam sudah pun ada yang menjejakkan kaki mereka ke sana. Dan baru-baru ni di Madinah telah turun hujan yang sangat lebat sampaikan boleh banjir.
Sebab sepanjang kami kerjakan umrah tahun 2015 tu, tak pernah sekali pun hujan turun. Sekarang je baru selalu dengar hujan turun di kawasan sana sehinggakan boleh munculnya air deras yang kemudian membentuk air terjun di Jabal Uhud disebabkan jumlah hujan yang turun terlalu banyak.
Apakah ada perkaitannya dengan yang bukan Islam menjejakkan kaki ke sana. Wallahua'lam.