Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Kenduri Kahwin Anak Buah Ameera & Syamir ~ Persiapan


Assalamualaikum dan hai semua. Minggu ni adalah minggu yang sibuk buat kami sekeluarga. Apa taknya. Anak buah kami yang sulung tu nak kahwin dahhh... By the time aku post ni, anak buah aku tu dah selamat pun diijabkabulkan petang tadi. 



Ok, memandangkan dia anak tunggal, jadi semua keluarga terdekat kena turun padang membantu la. Tak banyak pun nak tolong sebab semuanya anak buah tu yang buat sendiri. Yang banyak perlukan pertolongan kami nanti adalah semasa majlis nikah dan majlis kenduri pada hari ni.  



Ini pengalaman pertama kami semua uruskan majlis kenduri kahwin di dewan. Selalunya kami akan buat kenduri kat rumah je. Jadi dari segi masa memang fleksibel dan santai sedikit bila dibuat di rumah. Tapi bila melibatkan dewan, jadi akan terikat dengan tempoh masa yang pihak dewan dah tetapkan. Oleh itu, kerjasama dari semua ahli keluarga amat diperlukan bagi melancarkan majlis. 



Macam kerja-kerja merebus telur, kami sekeluarga yang tolong buatkan. 100 biji kesemuanya. Nak kena rebus telur tersebut dan kena pastikan telur menjadi dan kulit telur tak pecah. Makcik kat Kedah ada bagi tips kena letak cuka sedikit. Aku dan kakak pun ada buat carian kat internet juga macam mana nak merebus telur yang banyak untuk kenduri kahwin. Selain cuka, aku dapati kena tambah garam juga. 2 sudu teh masing-masing.





























Bukan mudah ye. Risiko telur pecah atau rebus tak sempurna boleh terjadi. 100 biji kena pastikan direbus sempurna untuk diikat kemudiannya pada bunga pahar. Dari teknik pakai rice cooker, rebus, hinggalah stimkan, kami berdua dah baca dan lihat cara-caranya. 



Jadi kami pakai teknik macam biasa kami buat selalu tu je iaitu dengan cara merebus telur. Lepas Maghrib Khamis tu kami dah mulakan kerja-kerja merebus telur. Hanya 8 biji saja yang pecah. Syukurlah tak banyak sangat pecah dan menjelang pukul 10 malam, siap dah kerja kami berdua. Alhamdulillah. Bolehlah kemudian aku sambung tengok live paranormal kegemaran aku 😁



Sambil-sambil tu malam ni juga kat dewan untuk kenduri hari Sabtu ni, anak buah dah hantar gambar-gambar kerja-kerja mereka  tengah sibuk susun goodies kat rak. Cuma tinggal hanya beberapa kotak sahaja yang belum dibuka.



Baju untuk kenduri pula kami dah tempah supaya warnanya sama atau lebih kurang sama. Hanya ibu bapa pengantin dan pengantin saja warna lain. Kami punya warna champagne. Tempah Disember tahun lepas, ambil awal bulan Mei. Kemas jahitannya. Kebiasaannya kami ni beli baju siap je. Tapi kali ni, kain ela kakak dah belikan, jadi kami kena tempahlah. Alhamdulillah dah pakai baju yang dah siap jahit hari tu dan semuanya nampak ok. Terletak je di badan. Tak ketat dan tak longgar sangat seperti yang dimahukan. 












Tiba hari yang dinanti-nantikan iaitu hari nikah anak buah. Selepas bersarapan, kami sekeluarga terus bergerak ke rumah Along kami. Sesampainya di sana, terus kami mulakan kerja-kerja mengikat telur pada bunga pahar. Nak ikat pun ada caranya bak kata kakak ipar. Kena ikat 2 kali lepastu lilit bagi kemas. Bukan pintal-pintalkan. Sebab kalau tak buat macam tu, telur tu boleh melurut jatuh. Naya nanti. 


























Ni sajalah persiapannya. Takde apa sangat yang kami tolong pun. Kat rumah Along pun dia ada sediakan makanan buat saudara mara dan sahabat handai. Sedap. Dan katerer tu pun sebenarnya saudara kepada abang ipar jugak. Senang kan. Berikut ni gambar-gambar di rumah Along yang sempat saya ambil.





























































Dalam pukul 4 petang kami semua bergerak ke tempat majlis nikah. Acara nikah selepas Asar. Tapi memandangkan kat situ ada acara lain dekat 100 orang, jadi risau kalau-kalau buggy tu nanti lewat ambik kami kat tempat parking kereta. Bak kata orang, awal tak kaluuttt. Sampai sana pun cun cun je tak cepat sangat dan tak lambat sangat. 
































Ok, untuk majlis nikah, saya tak nak cerita kat sini. Saya akan menulis di post yang seterusnya. Tapi apa yang boleh bagitau, alhamdulillah majlis petang tadi dah berjalan dengan lancar. Lega. Tinggal majlis resepsi je siang nanti. Moga-moga lancar urusan kami sekeluarga nanti. Aamiin...🀲🏽





 
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap