Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Travelog Umrah Pertama: Persediaan - Bahagian 2


Assalamualaikum dan hai semua. Ini merupakan sambungan dari kisah persediaan umrahku di Bahagian 1 di mana sebelum ini aku tak nampak jalan keluar bagi masalah aku tu. Segala-galanya jadi buntu.



Tapi macam mana aku boleh pergi jugak umrah ni? Apa yang dah aku buat dan apa yang dah aku lalui? Haaa jom baca secebis perkongsian aku ni. Aku tulis ni harap-harap takkan ada la orang lain yang akan alami masalah macam aku kena ni. Letih weh otak nak fikir. Stress tahap gaban. 


Alamak! Makin Stress


Segalanya bermula apabila abang aku tiba-tiba je kata dia nak pilih tarikh pergi umrah tu sekitar bulan April 2015. Masa tu kira tak berapa lama lagi je tu. Lepas tu dia cakap aku kena cuba selesaikan jugak hal cop pengesahan yang melibatkan pakcik aku tu secepat yang mungkin sebab nak cepat-cepat selesaikan permohonan visa umrah. 


Naya Pak Karim. Mantap Pak Abu. Tahap stress aku masa ni kalau boleh digambarkan...dah ibarat keluar asap kepul-kepul macam asap keretapi tu dah πŸ˜‚

 


Ok la perkara pertama aku buat, aku cuba hubungi anak pakcik aku tu. Tapi tak ada respon. Mungkin dia terlalu sibuk kot. Aku fikir baik je la kan. 



Lepas tu aku usaha keras cari maklumat kat internet pula. Pun tak jumpa jugak. Banyak tempat Pesuruhjaya Sumpah yang aku dah cuba hubungi. Banyak yang dah tutup atau berpindah ke pejabat lain. Ada yang aku dapat hubungi, tapi orang tu dah tak buat kerja tu la pulak. 



Aku dah hampir putus asa tau. Aku bagitau abang pasal hal ni. Dia suruh aku hubungi pakcik aku tu lagi. Kemudian, aku terus terduduk. Bukan duduk diam je tapi tengah fikir dalam-dalam macam mana lagi cara nak selesaikan hal ni.



Ada 2 pilihan. Samada putus asa atau aku cuba je la hubungi HQ Andalusia. Ini memang cara terakhir kalau tak aku terpaksa hubungi pakcik aku tu. Dan maknanya terpaksalah susahkan dia dengan hal aku ni. Kesian pulak kat orang tua tu nanti. 



Tapi aku tak boleh putus asa sebab nanti kesian pulak kat mak. Mesti dia berat hati nak pergi punya kalau aku tak jadi pergi. Jadi nak tak nak aku kena usaha jugak la sampai selesai masalah ni.

 

Memang terasa otak aku berkerja keras lebih dari biasa sebab kena fikirkan pasal hal ni. Ok, maklumat pasal HQ Andalusia ni aku berjaya dapatkan sekejap je sebab cari kat internet. 

















Dapat je nombor telefon pejabat Andalusia ni, aku terus je telefon. 2 kali jugak aku telefon tapi tak berangkat. Mula-mula aku tanya pihak Andalusia tu sekiranya diaorang tahu kat mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah kat sana yang terdekat. Sebabnya, rumah pakcik aku tu dekat kawasan sana jugak. 



Adalah aku berjaya dapatkan info tempat Pesuruhjaya Sumpah tu kat mana, cumanya aku tak dapat maklumat nombor telefon diaorang je.



Jumpa Jalan Keluar



Masa semakin suntuk. Kalau nak survey tempat tu kena tunggu hujung minggu sebab kena pergi dengan kakak. Lepas tu kalau dah jumpa, nak kena pergi rumah pakcik tu pulak sebab nak kena bincang setkan masa nak bawak dia pergi sana. 



Hurmm... banyaknya hal nak kena setelkan dan nampaknya macam kena mintak cuti lagi je.



Lepas tu kan, tiba-tiba aku dapat ilham. Apa kata aku tanya balik HQ Andalusia tu pasal syarat-syarat pergi umrah untuk kes macam aku ni. Yang mana ayah aku dah meninggal dunia dan aku pula belum berkahwin. 



Rupanya untuk kes aku ni tak perlu pun Letter of Consent tu sebabnya aku pergi dengan abang kandung sendiri. 



Larrrhh!! 



Senang je prosedurnya. Lagi mudah sebenarnya daripada prosedur untuk perempuan yang dah berkahwin. Bila surat tu dah tak perlu, jadi secara automatik aku tak perlu libatkan langsung pakcik aku tu. 



Ya Allah...leganya. Alhamdulillah....Allah dah dah tolong permudahkan. Dia uji aku dengan berat sebelum dapat pergi sana. 



Apa lagi. Dengan pantas aku telefon abang bagitau dia. Aku suruh dia tanya staf Andalusia Melaka tu betul-betul sebab HQ cakap lain, yang Melaka pulak cakap lain. Geram aku 😀



Rupanya memang betul pun aku tak perlu sediakan surat tu. Leganya rasa hati dan fikiran, Allah je yang tahu. 



Jadi, semua hal dokumen sekarang dah selesai. Abang pun dah boleh hantar untuk proses permohonan visa. 



Tinggal 1 hal je lagi nak kena uruskan iaitu pasal suntikan vaksin Influenza (untuk paru-paru). Yang vaksin Meningococcal tu untuk otak. Ni pun susah jugak nak cari tapi alhamdulillah dipermudahkan jua akhirnya. 



Doktor cakap suntikan ni sepatutnya dah jadi wajib sebab banyak sangat dah kes MERS-coV kat negara-negara Timur Tengah sekarang ni. 



Baiklah. Sekarang ni tinggal tunggu keputusan je la samada visa lepas atau tak. Dari segi blacklist, kami semua memang lepas untuk pergi ke luar negara. Walaupun masa tu aku masih lagi ada hutang PTPTN. Syukurlah boleh lepas pergi. 



Alhamdulillah visa umrah lulus juga akhirnya 🀲🏽. Ermm tak sabarnya nk pergi!! πŸ˜ƒ 




Kursus Umrah



Berkat usaha carian kat internet, akhirnya aku jumpa jugak tempat nak pergi kursus umrah untuk kami semua kat cawangan Andalusia ni. Yang abang pula berkursus kat Melaka je. Alhamdulillah dipermudahkan jua dapat cari tempat ni. Dekat sangat dengan rumah. 



Semuanya last minit cari sebab tak sangka jadi nak pergi umrah bulan April tu. Ingatkan lambat lagi sebab nak tunggu abang selesaikan study dia dulu.







Ok, kalau nak dikirakan, dah beberapa kali kami bertiga pergi berkursus umrah kat Bangi ni. Kursus umrah oleh cawangan Andalusia ni diadakan pada setiap hari Sabtu. Masuk percuma. Memang staf mereka tak check kami pun masa nak masuk dewan tu. Ini bermakna sesiapa saja pun boleh datang mendengar ceramah ni. 



Walaupun percuma, tapi makanan ada disediakan juga tau. Kadang-kadang tu dapat nasi, kadang tu pula dapat
kuih-muih, bergantunglah. Makanan-makanan tu semua dah siap berbungkus. Tinggal siap nak ambil je. 







Setakat ni setiap minggu akan ada 2 orang ustaz yang berbeza bergilir-gilir untuk bagi ceramah. Dewan ni besar cuma kekurangannya takde kerusi. Orang muda-muda ok la. Tapi kesian pula kat orang-orang tua. Macam mak aku, sekali sekala dia terpaksa la melunjur kaki sebab lenguh. 














Kursus umrah ni bagi yang tak pernah buat umrah lagi, eloklah pergi beberapa kali supaya faham. Kalau hanya pergi sekali je selalunya lambat sikit nak faham. Memang kat buku yang pihak Andalusia bagi tu ada tulis semua tu, tapi kalau dengar ceramah baru cepat sikit nak faham. 











Kat Bangi ni selalunya kelas memang penuh la 1 dewan. Tingkat atas pun ada tapi orang tak ramai. Tingkat atas kurang feel sebab korang hanya akan tengok skrin je. Lepas tu lampu tutup pulak tu...macam tengok wayang la. Buat  rasa nak tidur je nanti tu πŸ˜„. 





























Kalau nak duduk depan, seeloknya datang awal-awal. Kami ni setiap minggu sampai sana lebih kurang kul 8.30 pagi. Kelas bermula pukul 9 pagi. Masa ni pun dah mula penuh dah. 









Ramai orang datang awal sebab nak cop duduk kat dinding menyandar. Kami pula setiap minggu lebih suka duduk kat belah depan. Kalau duduk belakang nanti tak nampak pula slide presentation ustaz tu nanti. 






Ceramah ni dibuat sampai setengah hari je. Bergantung pada ustaz la, ada yang berhenti rehat pukul 10.30 pagi, dan ada pula ustaz yang lain lebih suka bagi ceramah terus sampai ke tengahari dan lepas tu baru makan. Kami lagi suka dengar daripada kedua-dua ustaz. Seronok tu memang seronok. 






Kebanyakan yang datang dengar ceramah ni rasanya semua yang mendaftar dengan Andalusia kat Bangi sini. Rasanya cuma kami je yang mendaftar kat tempat lain. Abang aku yang tolong daftarkan untuk kami kat Melaka. 



Dalam ceramah umrah ni, kedua-dua ustaz bagi penerangan secara teori dan amali. Banyak amali untuk lelaki la sebab senang ustaz nak ajar orang lelaki cara macam mana nak pakai kain ihram kan. Selain tu ustaz terangkan jugak apa perlu dibuat apabila dah berada kat Madinah dengan Mekah nanti.












Nak tahu lebih lanjut korang boleh cuba sendiri join kursus umrah ni. Walk-in je. Takpe walaupun tak mendaftar umrah lagi. Mana tahu kemudian nanti korang akan ada rezeki kan boleh dijemput Allah ke sana. In sha Allah. Aamiin 🀲🏽😊.









Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap