Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Kenduri Kahwin Anak Buah Ameera & Syamir ~ Majlis Nikah



Assalamualaikum dan hai semua. Bertemu lagi di sambungan cerita kenduri kahwin anak buah aku. Kali ni aku nak tulis pasal majlis akad nikah dia kat Impian Golf & Country Club tu.



Semasa aku mula nak mengarang pasal ni, kami sekeluarga baru je selesai bantu uruskan majlis resepsi anak buah pada hari 25 Mei yang lepas. Semuanya kepenatan. Baru pukul 10 malam tapi semua orang dah tidur πŸ˜„. Punyelah penat semua orang. Aku seorang je yang masih berjaga. Aku penat jugak. Tapi belum rasa nak tidur lagi. Alang-alang tak mengantuk lagi, aku lunjur-lunjur la kaki sambil menulis blog ni. 




















Ok sambung semula berkenaan majlis nikah anak buah aku ni. Pukul 4 petang hari Jumaat 24 Mei tu, kami semua bergerak serentak ke tempat acara akad nikah berlangsung. Kereta kami semua letak kat tempat letak kenderaan yang dah disediakan. Ada buggy disediakan sebab agak jauh kalau nak berjalan kaki ke tempat tu. 




















Sebenarnya semua orang nak merasa naik buggy πŸ˜„. Bukannya selalu kan. Hahaha. Yang mak aku ni pun, aku saja biarkan dia merasa naik buggy. Kalau nak diikutkan, boleh je aku turunkan mak aku kat perkarangan pintu masuk tempat tu je. Tapi biarlah dia rasai pengalaman naik buggy tu.



























Kat tempat parking tu ada pengawal keselamatan yang jaga. Jadi tak perlu risaulah. Dia tu lah yang akan panggil pemandu buggy tersebut untuk ambil tetamu yang hadir di tempat letak kenderaan. Servis diaorang kan. Tapi dulu pernah jugak datang kenduri kahwin sepupu aku kat kelab golf yang lain. Kami parking jauh tau. Jalan kaki je. Takde pun buggy nak datang jemput dan hantar. Jadi yang kat sini ni baguslah ada sediakan servis macam tu.























Sesampainya kami kat sana, terus kami naik tangga menuju ke tingkat atas menuju ke dewan yang diberi nama Negara Room. Tak pasti kakak aku jemput berapa orang tetamu, tapi yang tahu dia tak jemput semualah. Keutamaan dia orang-orang tua je untuk majlis akad nikah secara kecil-kecilan ni. 































Tok Kadi datang dalam pukul 5 lebih lepas Asar macam tu bersama dengan orang-orang dia. Pada mulanya abang ipar nak suruh abang aku dengan abang dia duduk meja nikah tu sekali. Tapi disebabkan kerusi ada 6 je, tak jadilah diaorang berdua tu. Tempat mereka digantikan dengan bapa pengantin lelaki dan pembantu Tok Kadi tadi. 












Dah lama aku tak tengok akad nikah orang. Rupanya sekarang ni proses dia ringkas je ye dan takdelah sampai boleh menangis pengantin perempuan tu. Sebab aku teringat drama bersiri Kisah Tok Kadi lakonan Beto Kusyairy tu. Ada scene masa dia nikahkan pengantin, dia ada bacakan serangkap ayat. Aku tak berapa nak ingat sangatlah. 











Tapi secara keseluruhan maksudnya adalah bapa pengantin perempuan dengan ini serahkan segala tanggungjawab jaga anak perempuan dia kat pengantin lelaki. Adalah ayat dia yang betul-betul. Sedih tau kalau dengar ayat dia. Aku sampai jadi sebak bila tengok scene tu 😒.



















Mudah dan tak lama proses akad nikah zaman sekarang ni. Baguslah. Lagi-lagi pengantin, mesti gugup kan kalau lama sangat πŸ˜‚.







































Selepas majlis akad nikah selesai, semua tetamu dijemput untuk menjamu selera di tempat yang disediakan kat luar dewan. Manakala pengantin kat dalam bergambar. Memang pengantin tak sempat nak makan pun sebab sibuk bergambar. Dekat pukul 7 malam macam tu, pramusaji dah kemas-kemas semua makanan kat meja tadi. Pengorbanan kan jadi raja sehari. Terpaksalah sebab acara dibuat kat dewan. Kalau buat kat rumah, bolehlah nak simpankan makanan untuk pengantin. 












Dalam pukul 7 lebih macam tu kami semua beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing. Lepas semua dah siap makan kali kedua kat rumah Along ni, kami pun mula bergerak ke dewan untuk tengok tempat majlis resepsi keesokan harinya kat Veillaris Bangi. 











Masa sampai sini takde apa kerja nak buat dah sebab goodies tu semua dah disusun pada malam yang sebelumnya. Jadi kami tinggal datang tengok je la. Besar dewannya dan cantik dekorasi pelamin. Suami anak buah ni cakap asalnya dekorasi pelamin lain. Dan diaorang berdualah yang minta adjust sana sini supaya jadi minimalist macam tu. Tak sarat dengan bunga-bunga. Simple je tapi cantik. 











Tak lama kami kat situ, terus balik rumah lepas tu. Memang penat la. Dan tak biasa. Sebab ni pertama kali keluarga kami buat majlis kenduri kahwin kat dewan. Selalunya kat rumah je dan lebih santai. Lepas-lepas ni kalau ada lagi nak buat kenduri kahwin kat dewan, kiranya kami semua dah ada pengalaman la. Dah tau flow, senang. 



Ok, untuk majlis resepsi aku akan tulis kat post berikutnya pula ye. 











Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap