Assalamualaikum dan hai semua. Post kali ni berkisar pengalaman umrah pertama aku pada tahun 2015. Dan aku akan mulakan dengan persediaan untuk umrah.
Sebelum pergi umrah ni, macam biasa kena pergi kursus umrah dulu dan kena sediakan dan hantar dokumen-dokumen yang berkaitan ke pihak ejen umrah. Masa ni kami sekeluarga ikut pakej Andalusia punya.
Sebenarnya kan, tak pernah terfikir dapat jejakkan kaki ke sana dalam usia tu. Kebetulan mak aku masa tu dia dah berniat nak bawa anak-anak dia pergi buat umrah. Memang rezeki kami semualah masa tu. Cuma along je tak dapat pergi sebab kekangan kerja.
Sedih jugak, nak buat macam mana kan. Dan urusan nak pergi umrah ni abang kami yang uruskan semuanya dengan pihak agensi umrah. Jadi kalau ada apa-apa dokumen yang perlu, akan kitaorang sediakan dan akan bagi kat abang untuk dia uruskan.
Kalau nak diikutkan, aku pun kategori susah jugak nak dapat cuti tau. Sebab kerja aku masa tu hari-hari stress. Tapi tu lah, Allah mudahkan segalanya. Ada pulak kawan bley tolong backup kerja. 2 minggu lama kot.
Yang HOD tu pulak, aku tak bagitau dia awal-awal aku nak cuti lama. Bila aku dah dapat surat dan dah ada tarikh penerbangan, barulah aku bagitau dia pasal nak cuti 2 minggu tu. Dia memang terkejutlah masa tu. Sedangkan nak cuti 1 hari pun dah kecoh...inikan pula nak cuti 2 minggu. Sebab dah kawtim dengan kawan aku tu....sebab tu lah cuti aku tu mudah je lulus. Syukur sangat masa tu.
Sepatutnye bulan Februari 2015 cadangnya nak buat umrah tapi terpaksa tangguhkan sebab abang nak tunggu selesaikan urusan study master dia dulu.
Betapa hampanya kami Allah je yang tau. Erm tapi takpela, faham sebab semua yang terjadi tu mungkin ada hikmah di sebaliknya ye tak.
Ok, sini aku nak cerita sikit pasal persediaan dokumen yang perlu untuk buat umrah tahun 2015 ni. Tahun semasa ni tak tau la kan kot² berubah pulak. Boleh rujuk gambar ni untuk Andalusia punya.
Disebabkan abah kami dah meninggal dunia, jadi kena sediakan sijil kematian arwah abah juga untuk bagi kat petugas umrah ni bagi tujuan proses permohonan visa umrah.
Suntikan Vaksin
Selain kena sediakan passport dan gambar berukuran saiz umrah terkini, kena juga ambil suntikan vaksin Meningococcal. Benda ni wajib ye sebab pihak Arab Saudi yang tetapkan pada masa tu. Tahun ni punya saya tak pasti wajib ke tak. Untuk makluman, gambar untuk umrah ni besar sedikit dari gambar ukuran saiz passport biasa.
Selain suntikan di atas, vaksin Influenza pun kami ambil juga. Sebab masa tu wabak MERS-CoV tengah merebak di Timur Tengah. Jadi memang wajiblah diambil demi perlindungan tambahan dan sebagai langkah pencegahan.
Letter Of Consent
Mengikut kata staf Andalusia Melaka ni, untuk wanita yang dah berkahwin takde masalah pasal Letter of Consent. Surat ni merupakan surat kebenaran oleh wali bagi pihak wanita yang berusia 46 tahun dan ke bawah di mana wanita tu nak pergi buat umrah dengan mahram lelaki dia.
Dalam kes kakak aku yang dah kahwin tu, surat tu akan ditandatangan oleh suami dia. Mudah je. Mahram yang akan pergi dengan kami semua tu pula adalah abang kandung kami.
Cuma masa tu, masalah untuk wanita macam aku yang belum berkahwin di mana ayah pula dah meninggal dunia.
Mengikut staf Andalusia Melaka tu lagi (abang aku tolong tanyakan sendiri), aku kena dapatkan kebenaran dari adik-beradik kandung lelaki belah arwah abah macam datuk dan pakcik. Kalau abah masih ada, abah yang akan tandatangan sebagai wali.
Ok, kes aku ni memang masalah besar sangat bagi aku. Seksa sangat rasanya nak selesaikan masalah ni. Aku buntu sebuntu-buntunya. Langsung tak nampak jalan penyelesaian. Hanya pakcik aku yang sorang ni je yang kami selesa sikit nak minta tolong. Tapi pakcik aku ni sakit buah pinggang. Jadi dalam seminggu dia akan cuci darah beberapa kali. Jadi dia memang tak boleh bergerak banyak. Dia kena sakit macam arwah abah aku kena dulu. Tapi arwah abah aku meninggal sebab penyakit lain. Sekarang pakcik aku ni dah meninggal dunia dah. Tak ingat tahun bila.
Untuk surat kebenaran ni bukan mudah ye sebab bukan boleh tandatangan macam tu je. Pakcik aku ni kena tandatangan depan Pesuruhjaya Sumpah. Nak cari Pesuruhjaya Sumpah yang berdekatan dengan rumah pakcik aku ni pulak 1 hal. Jenuh cari kat internet tapi tak jumpa-jumpa.
Tambah buntu bila abang kata masa dah suntuk. Dan dia minta bagi je semua dokumen tu kat dia. Katanya nanti dia akan cuba tolong selesaikan. Selain surat tu, ada masalah lain lagi, semuanye berkaitan aku jugak sebab aku tak kahwin lagi....huhuhu.
Untuk dokumen nak mohon visa ni juga, kena sertakan salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan pakcik aku yang tadi tu. Yang jadi masalahnya, dokumen ni ada yang nak kena cop pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Wilayah).
Semuanya memerlukan kehadiran pakcik aku yang sakit tu bagi nak dapatkan pengesahan. Aku kesian kan dia sebab tu tak sanggup nak ambil dia bawak dia ke hulu ke hilir demi kepentingan aku sendiri.
Akhirnya aku beralah dan redha je serahkan semua dokumen yang tak lengkap tu kat abang dengan harapan ada penyelesaian lah kan. Salinan kad pengenalan dan surat beranak pakcik dah dapat dah. Cuma masih tak dapat pengesahan je lagi.
Masa ni lah aku fikir yang kalau ada orang dalam mesti dah lama selesai kan. Bila dokumen tu sampai je kat tangan abang, aku ingatkan abang ada kawan la boleh tolong setelkan hal cop tu, rupanya tak ada dan masalah ni tersangkut macam tu je sampai la kami dapat tau kena tangguhkan umrah ni sebab abang nak selesaikan urusan master dia.
Memang cabaran besar bagi aku nak pergi umrah masa ni sebab ujian datang kat aku bertimpa-timpa. Berat rasa ujian ni. Kalau aku tak kuat dah lama dah menyerah kalah. Maksudnya aku tak jadi lah ikut keluarga aku pegi buat umrah tu nanti.
Menangis tu takyah cakaplah...duduk dalam bilik...berjurai-jurai air mata sesorang. Sebab risau tak dapat ikut. Peluang bukan datang selalu. Abang pulak sebab dia masa tu banyak sangat benda nak fikir, jadi dia memang tak dapat nak tolong fikirkan penyelesaian untuk aku. Dia memang serah semuanya kat aku untuk aku selesaikan masalah aku tu sendiri.
Buntu mat. Masa ni memang tak nampak jalan keluar.
Nantikan sambungan Bahagian 2.