Assalamualaikum dan hai semua.
Lamanya aku tak pergi kat pantai. Dan bila kami sekeluarga datang beraya dan bermalam di rumah abang aku kat Melaka, aku ambil kesempatan ni minta dia bawa kami semua ke Pantai Puteri. Masa ni bulan Mei tahun 2022.
Pantai Puteri ni terletak di Melaka. Dan ianya memiliki pantai yang sangat panjang berbanding dengan pantai di Pengkalan Balak. Dengan pemandangan kapal-kapal laut yang kelihatan agak dekat, menjadikan hati aku ni lagilah tertarik-tarik nak ke sini.
Kalau nak dibandingkan dengan pantai di Port Dickson, kapal-kapal laut yang ada kelihatan jauh dan nampak kecil je. Tak syok la kan.
Apa yang menarik di pantai ni, ada pembentukan beting pasir....beting pasir la kot π
yang mana ada longgokan batu-batu besar di atasnya. Jadi, kita boleh jalan-jalan kat situ dan healing sambil buat kerja sekolah pun boleh (ni anak-anak buah aku lah yang gugurl tu buat camtu). Syok je nampak diaorang layan kena angin laut menampar-nampar muka.
Selain tu, masa ni, di bawah pokok-pokok rhu tu, ada orang buat sewa ATV. Ramai je yang naik termasuk aku. Ni pertama kali aku nak naik ATV. Dahlah ATV untuk budak-budak. Ni makcik budak nak naik π. Diaorang bagi je sebab kita dah bayar kan. Dan ATV ni disponsor oleh kakak ipar aku. Dia tak naik. Dia biarkan kami semua je yang naik.
Mula-mula tu gabra jugak. Lagi-lagi diaorang kata jangan sampai termasuk laut. Hahahaha naya kalau termasuk laut sebab cuak tak tekan brek.
Alhamdulillah, langkah pertama dimulakan. Dan tak susah pun sebenarnya. Ia memerlukan keberanian bawa ATV budak-budak di tepi pantai. Bayangkan dengan pasir pantai yang loose tu. Kalau kat atas tanah atau atas jalan tar, tayar grip. Ni atas pasir pantai....mengewai ngewai (eh korang faham ke)...ala ATV tu jadi ke kiri ke kanan gitu. Akuu....takkanlah nak bawa pelan-pelan. Mestilah bawa lajuuu. Hahahaha.
Dan seingat aku ada 2 pilihan nak brek. Brek kaki atau brek tangan. Aku pakai brek tangan je sudah. Macam bawak beskal. Lama aku tak bawak basikal sejak dah besar ni. Nak bawak motor apatah lagi. Motor pun takde π. Lesen motor, aku ada, cuma motor tu kalau ada pun aku dah tak biasa bawa. Alah..mula-mula je kan. Entah-entah lama-lama nanti bila aku dah biasa, silap haribulan lagi laju aku ride dari korang π€.
Setelah puas bermain dengan ATV yang aku pun tak ingat entah berapa pusingan dah aku buat....barulah kami sekeluarga pulang ke rumah di Selangor. Lewat petang jugaklah. Tapi puas hati sangat dapat buat aktiviti luar ni.
Ini adalah pengalaman kali pertama aku ke Pantai Puteri. Kali kedua aku pergi bulan Mac tahun 2023. Yang ni tunggu ye. Aku akan ceritakan di lain post nanti. Masa ni alaaa....1 tempat tu je yang boleh lepak-lepak dan berpiknik. Sebab tempat yang kami pergi main ATV ni dah takde dah orang yang punya ATV tu. Dah takleh main dah.
Kak Long aku ber ala ala bila tau ATV tu dah takde. Sebab dia cadang nak naik ngan laki dia. Alololo cian dia π
Kebanyakan pokok-pokok kat sana pun dah ditebang semua menjadikan tempat tu panas sangat kalau waktu siang dengan matahari terik lagi. Mungkin samada ada kes atau pokok-pokok tu ditebang atas faktor keselamatan pengunjung. Dah tua mungkin.
Akhir kata, aku memang rekemen untuk korang berkunjung ke Pantai Puteri ni tapi seeloknya pergi pagi-pagi atau pergi pada lewat petang sebab sejuk sikit. Pokok besar banyak dah takde sekarang ni nak bagi redup. Kalau nak tunggu tumbuh, mesti ambil masa kan.










