Assalamualaikum dan hai semua.
Saya baru je selesai membaca buku Setelah Aku Dilukai karya Balqis Sanusi. Ini adalah kali kedua saya nak buat review tentang novel. Sebelum ini saya pernah buat review novel yang lain. Tapi ada di blog lama yang memang saya dah unpublished artikelnya. Alasan buat macam tu sebab saya dah tak pakai blog tu lagi dan sekarang fokus pada 1 blog ni sahaja.
Buku setebal 208 mukasurat ini mengisahkan tentang watak utama, Hasya yang banyak kali melalui episod kekecewaan percintaan dalam hidupnya sehinggakan dia behenti berdoa tentang jodohnya sendiri. Sehinggalah suatu hari dia mulakan semula pencarian jodohnya yang telah terhenti suatu ketika dahulu. Apakah yang menyebabkan dia berhenti mencari dan kenapa Hasya berusaha mencari jodohnya semula?
==============================
Judul: Setelah Aku Dilukai
Penulis: Balqis Sanusi
Profil Penulis: Seorang guru Bahasa Melayu, Speaker Bengkel Penulisan Untuk Newbie, penulis buku Positivity, Wake Up, dan Setelah Ammar Tinggalkan Kita juga merupakan penulis ebook & artikel
Genre: Fiksyen
No. ISBN: ISBN 978-967-17031-1-3
Penerbit: Balqis Sanusi
Tarikh Terbitan: Cetakan Kedua - 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
Format: Paperback
Berat: 0.255kg
Saiz: 21cm x 14.6cm x 1.2cm
==============================
Sinopsis
Hati - apabila terluka dan disakiti, pastinya tak mudah untuk mengubati. Inikan pula untuk menerima cinta baru bertapak di hati.
Tapi satu hari, aku terfikir sendiri, sampai bila aku mahu berhenti berdoa tentang jodohku? Aku ingin pasangan yang soleh tapi setelah hatiku disakiti aku sendiri telah 'menutup peluang' itu dengan tidak lagi mendoakan untuk jodohku.
Bagaimana Allah nak bagi kalau aku dah berhenti berdoa? Bagaimana Allah nak bagi kalau aku dah berputus asa?
Takkan kerana kecewa, lantas aku menutup kebahagiaan yang lebih besar datang mendekati aku? Takkan kerana kecewa, hatiku dibiarkan beku selamanya dari menerima cinta baru dari seorang lelaki?
Fuh, persoalan-persoalan yang menerjah ini menyedarkan aku, frust menonggeng mcam mana pun, jangan berhenti untuk berdoa tentang jodoh.
Bahagiaku sudah Allah atur. Kesakitan dan kekecewaan yang dialami hanyalah pewarna saat aku menggapainya nanti.
"Terima kasih sebab sudi menjadi isteri saya." - Mr. F -
"Terima kasih sebab sudi menjaga, mencintai dan menyayangi saya." - Aku -
Ulasan Buku
Bagi saya novel ni menarik sebab dekat dengan jiwa pembaca. Buku ini merupakan suatu bacaan ringan yang intipati jalan ceritanya berkait rapat dengan kebanyakan orang. Ya berkait rapat. Mungkin tak semua, tapi majoriti. Iaitu kekecewaan dalam percintaan dan hubungan yang hanya berjaya sampai separuh jalan sahaja. Ibarat telur separuh masak. Tidak sampai dan begitu sukar nak ke jinjang pelamin. Kedengaran biasa bukan?
Penulisannya santai dan tidak banyak menggunakan kosa kata tinggi. Objektif buku yang rasanya penulis ingin sampaikan adalah kita kena berusaha dalam mencari jodoh. Usaha tapi harus kena dengan caranya. Penulis berjaya mengekspresikan perasaan Hasya dengan baik di dalam novel ini sehinggakan pembaca pun dapat merasai sama apabila Hasya rasa sedih, dikhianati, rasa takut, rasa was-was dan juga rasa bahagia yang tak pernah Hasya rasakan dalam hidup dia.
Jadi saya sarankan bagi wanita yang sedang ingin mencari jodoh terutama wanita bujang agar dapatkan segera naskhah novel ini untuk anda. Kerana dalam novel ini juga terdapat pesanan-pesanan yang berguna yang penulis telah rangkumkan dalam ruangan "Tinta" di kebanyakan akhir bab. Antara tinta penulis yang saya suka adalah....
" Jodoh - Akan tiba satu masa nanti, kita seperti tidak percaya akan percaturan indah Allah S.W.T. Setiap yang berlaku di luar jangkaan kita malah setiap urusan menjadi mudah! "
Watak yang paling saya suka adalah watak Hasya itu sendiri sebab dia seorang yang berdikari dan semangat dia kuat. Walaupun dia masih dalam pengajian, namun dia bekerja sebagai penulis juga. Dan tak lupa juga saat dia putuskan untuk berdoa semula tentang jodohnya, Hasya menjadi seorang yang tak putus asa mencuba sampai dia berjaya.
Watak yang saya paling tak suka adalah watak Rusydi. Eiii geramπ‘. Ada ke dah janji nak kahwin dengan Hasya, lepas tu boleh dia kahwin dengan orang lain. Nak tau lebih lanjut korang baca sendiri ye. Memang jahat dan faham dunia realiti memang wujud orang macam ni. Minta dijauhkanlah....
Betul. Jodoh tu kita kena usaha dengan pelbagai cara. Kalau tak, jadilah seperti watak Hazwan ni. Suka dalam diam tapi tak nak bertindak cepat. Awak tu kan lelaki. Bagitau je lah kalau dah suka. Bila Hasya dah nak kahwin, barulah kata nak melamar bagai. Dah terlambat ok!
Walaupun begitu, saya perasan terdapat ayat tergantung pada mukasurat ke 52. Namun, bagi saya ini hanyalah merupakan kesilapan kecil sahaja dan harap penulis boleh perbaiki pada masa akan datang.
Secara keseluruhan, konten penulisan yang baik sebab boleh memberi manfaat kepada pembaca yang sedang mencari jodoh. Terdapat tips-tips yang berguna untuk saya juga π. Moga kerjaya penulis akan lebih berkembang lagi selepas ini ya.