Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Makan-Makan Sebelum Puasa

Semalam kami sekeluarga keluar pergi makan tengahari bersama kat IOI Putrajaya sempena besday si Iki. Kedai makan ni jual masakan Thai. Nama kedai pun aku tak amik port. Yang aku tau kedai ni sebelah kiri kedai makan Myeongdong Topokki. Takde buat apa pun setakat makan-makan dan potong kek. Takde nyanyi besday pun. 









Tak pasti kakak ipar beli kat mana. Tapi kek ni sedap la sebab ada kacang kat dalam kek tu. Kacang dia pun tak lemau, tak tau nak terangkan macam mana. Tapi memang sedaplah kacang dia. 











Lepas selesai makan kami semua pun balik ke destinasi masing-masing. Tak dan nak jalan-jalan sekali sebab dah petang. Esok budak-budak nak sekolah kan. Jadi, biar je lah diaorang balik uruskan apa yang patut. 












Kami ni pulak perancangan asalnya nak terus balik ke rumah je. Tiba-tiba dalam perjalanan pukul 3 lebih macamtu dapat panggilan dari kedai langsir tu yang mengatakan tempahan langsir kitaorang dah siap. Jadi terus je lah ke Nilai 3 ambil langsir yang dah siap tu. Nilai 3 dengan rumah kami ni tak jauh sangat pun. Sebab ada jalan pintas.



Tak plan pun nak beli langsir. Ingat nak survey je. Lepastu abang cakap order je terus n tong tong sorang sikit nanti. Berkongsi 4 orang ok la kan. Sekarang ni apa-apa hal rumah semua kongsi 4 beradik je. Syukurla lah semua sepakat dan takde pentingkan diri sendiri bila libatkan hal rumah dan mak. 



Sekarang ni kan musim panas terik kan. Memang rumah aku bahang je rasa. Rasanya rumah korang pun kan. Kalau dah rumah menghadap matahari tu, pasang ekon pun tak terasa sangatlah sejuk dia. Suam-suam gitu.



Dari sinilah timbul idea aku sekarang ni rumah kami elok pasang langsir tebal supaya matahari tak masuk. Takpelah keluar duit sikit supaya rumah kami kurang panas waktu siang panas terik. Kesian kat mak je masa bulan puasa ni nanti. Bilik mak aku pun silau dan panas waktu siang jadi memang elok sangatlah pasangkan langsir tebal untuk tingkap sahaja. 



Aku bab-bab langsir ni takde idea sangat. Abang aku tau jadi memang biarkan dia je berborak dengan orang kedai tu. Aku ingatkan langsir tebal mesti kena ada ring tu. Rupanye tak perlu. Sangkut pakai penyangkut besi yang biasa tu pun boleh je. Kurang la sikit kos kan. Sebab batang kayu tu kos dia lain pulak. 



Jenis langsir pun ada berjenis-jenis. Ada yang memang takkan nampak cahaya langsung dan ada juga yang boleh nampak sikitlah cahaya. Yang tak tembus cahaya ni sesuai jadi langsir tingkap dan yang cahaya boleh tembus sedikit tu sesuai jadi langsir pintu bilik. Ye lah. Takkan pintu bilik nak pakai langsir jarang kan. 



Apa-apa pun terpulang pada poket masing-masing. Jangan diikutkan sangat kehendak. Kalau ada lebihan, barulah boleh nak tukar itu ini. Kalau takde lebihan, pakai je lah apa yang ada. Langsir nipis pun ok je. Asalkan ada langsir. Kena belajar bersyukur dengan rezeki yang ada.









Kebaikan langsir tebal bagus untuk privasi. Orang luar tak nampak dalam. Tapi kekurangannya bila tutup lampu nak tidur malam, memang gelap pekat. Tangan pun tak nampak.



Aku dah lah tak suka pasang lampu bila tidur. Suka gelap je. Setakat cahaya samar-samar lampu luar bilik tu boleh diterima lah. Kalau aku tertidur sambil lampu terbuka yang ni lain cerita. Nanti malam ni nak cuba je lah tidur tak buka lampu meja tu. 



Petang lepas dah berehat-rehat kejap, kami teruskan aktiviti pasang langsir. Aku tukang pasang, mak aku, aku minta tolong dia masukkan penyangkut besi tu. 



Masa ni lah muka mak aku dah berkerut-kerut. Siap kata kalau boleh nak ajak pergi kedai tu semula. Memang tak la kan nak pergi semula. Penat dah. Sebenarnya mak aku tak faham cara nak masukkan penyangkut besi tu kat langsir. Langsir yang kami dapat tu lebar. Sambil kakak aku tolong fikir sama dengan mak aku, aku pula teruskan pasang penyangkut besi kat untuk langsir pintu bilik mak pula. 



Langsir pintu bilik pun lebar tau. Kalau tak pasang penyangkut tu, lebarnye 2 kali pintu. Biasa langsir yang mak aku buat sendiri tu tak lebar sangat macam ni. Itulah yang buat mak aku pening tu macam mana nak masukkan penyangkut tu. 



Akhirnya tunggu punya tunggu aku pun dah siap pasang penyangkut besi untuk pintu bilik tu πŸ˜‚. Cun cun je bila sangkut langsir tu. Aku pun bagitaulah cuba jarak-jarakkan sikit. Adalah kiraannya. 



Untuk langsir tingkap, untuk 1 penyangkut besi tu kena jarakkan 1 ruang. Manakala jarak antara penyangkut besi dengan yang lain kena jarakkan 3 ruang. 



Untuk langsir pintu bilik pula, untuk 1 penyangkut besi tu, kena masukkan keempat-empat besi dia. Tak perlu jarakkan ruang. Manakala jarak antara penyangkut besi dengan yang lain kena jarakkan1 ruang sahaja.



Hehehe....takpe takpe. Yang penting aku faham. Saja tulis sini. Akan datang nanti tak kalut bila nak pasang semula langsir nanti. Dah ada kiraan matematiknya πŸ˜„.



Siap pasang semua langsir tingkap bilik dan pintu bilik lebih kurang pukul 7.30 malam. Penat giler. Bayangkan kalau buat masa bulan puasa nanti. Tak boleh bayang nak hadap. Jadi tinggal langsir ruang tamu je belum pasang lagi. Takpe, tu lain kali boleh buat. Jadi, selesailah aktiviti di hari Ahad yang lepas. 



Beberapa jam lagi akan masuknya 1 Ramadhan 1445H. Di kesempatan ini saya memohon kemaafan seandainya ada tersalah kata atau terlebih dalam berbicara. Selamat berpuasa buat semua yang beragama Islam. Doakan juga untuk Palestin agar mereka dapat segera hidup bebas merdeka tak lama lagi tahun ini. Aamiin..🀲🏽




Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap