Assalamualaikum dan hai semua.
Umum kita mengetahui bahawa Malaysia sekarang sedang menuju ke arah pendigitalan dokumen. Melalui aplikasi myJPJ, kita boleh dapat akses kepada maklumat peribadi sendiri yang terkini seperti Cukai Jalan (Road Tax), insurans kenderaan juga maklumat lesen memandu. Dan pelbagai maklumat lain korang boleh semak sendiri ya.
Bulan ni lesen memandu saya akan tamat tempoh. Dan kebetulan saya ada kelapangan masa pada hari ini disebabkan tempat kerja saya tutup sempena perayaan Tahun Baru Cina pada hari esok. Memang kalau nak senang, saya renew lesen kat Pejabat Pos je. Tapi disebabkan saya ada masalah semasa nak renew lesen secara online hari tu, jadi saya terpaksa ke JPJ berdekatan juga.
Hari tu Road Tax saya dah renew online. Jadi lesen memandu pun memang cadang nak renew online juga sebenarnya. Maklumlah sekarang semuanya di hujung jari kan selain dapat menjimatkan masa, saya boleh fokus buat benda lain pulak.
Tapi tahun lepas saya saja je cuba nak renew walaupun belum sampai tamat tempoh lagi. Tapi bila sampai kat satu bahagian tu, katanya tak boleh renew sebab gambar takde. Dan ada nota situ tulis kena pergi ke cawangan JPJ yang berdekatan. Saya cubalah telefon JPJ dan memang mereka kata kena pergi JPJ jugak. Buat masa sekarang ni, masih boleh lagi renew di Pejabat Pos. Jangan risau ye π.
Saya tak tahu samada saya bernasib baik atau memang ada kaunter khas untuk renew lesen kat situ. Sebab saya dah lah sampai JPJ pukul 10 pagi lebih. Nombor giliran untuk pagi pulak terpapar dah habis. Yeah alang-alang dah sampai saya tanya je lah kat kaunter Perkhidmatan Pelanggan tu. Saya ceritakan masalah saya tak boleh renew lesen sebab takde gambar tu, terus pegawai tu bagi nombor giliran kat saya. Terkejut jugak.
"Bukan ke situ tulis nombor dah habis?.... Oooo mungkin ada kaunter khas kott..." Fikir saya.
Tak sempat nak duduk memang nombor giliran naik terus. Kat kaunter ni, pegawai akan minta kad pengenalan dan dia terus minta saya buka aplikasi myJPJ. Haaa....untuk pengetahuan korang, kalau nak buat urusan macam saya ni, kena siap-siap download dan install aplikasi myJPJ dalam telefon korang tu tau. Dan login siap-siap. Jadi takdelah nanti terkial-kial nak login. Lepas tu terlupa password pulak....haruu π
Urusan sangat cepat tau. Pegawai tu nanti akan minta korang klik Jana Semula kat aplikasi tu. Ikut je arahan dia. Dan alang-alang tu boleh renew lesen memandu terus. Setahun kena bayar RM25 je. Terpulanglah korang nak renew untuk berapa tahun.
Dan perasan tak kat aplikasi myJPJ tu takde gambar korang pada asalnya? Jadi lepas je buat macam saya ceritakan kat atas ni, terus ada dah gambar tu. Kalau tak kat ruangan gambar kat lesen memandu tu...kosong. Mana nak tengok ye kat aplikasi myJPJ tu? Korang klik je kat Profil. Nanti terus terpapar Lesen Memandu dan sebelah dia Lesen Kenderaan Motor. Kalau gambar takde, klik je Jana Semula tu.
PERINGATAN. Bayaran kat sini semua pakai kad ye. Takde dah bayar pakai cash. Dekat pintu masuk pihak JPJ dah tampal siap-siap dah. Kat kaunter pun ada juga bagitau. Jangan kata akak tak payung ye π.