Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Jawab Soalan Dan Dapat Duit Dengan Google Opinion Rewards



Assalamualaikum dan hai semua.


Hari ni saya nak berkongsi pasal aplikasi Google Opinion Rewards. Tahukah anda yang kita boleh dapat duit hanya dengan menjawab soalan survey sahaja? 



Untuk 1 survey, tak ditentukan berapa akan dapat. Selepas selesai menjawab soalan barulah akan tahu nilainya. Dan duit ini akan dimasukkan ke dalam akaun Google Play anda. 











Duit yang saya maksudkan di sini bukanlah berpuluh-puluh ringgit untuk sekali jawab survey. Kebiasaannya, boleh dapat sen sen sahaja lah untuk 1 survey yang dah dijawab. 



























Dan yang paling banyak saya pernah dapat adalah sebanyak RM4.20 per survey πŸŽ‰. Saya pun tak ingat soalan pasal apa πŸ˜…. 



Jom saya ajarkan macam mana nak buat. 



Langkah 1:

( + ) Pergi ke Google Play. Cari Google Opinion Rewards. Download dan install.



























Langkah 2:

( + ) Biarkan saja. Apabila ada soalan survey nanti, anda akan terima notifikasi. Dan pastikan survey ni mesti dijawab secepat mungkin ya kerana ada tarikh luputnya.




























Langkah 3:

( + ) Setelah anda terima notifikasi seperti di atas, klik padanya. Nanti akan keluar paparan seperti gambar di bawah. 



Pada butang "Ok, Faham", klik situ jika setuju nak jawab soalan. 



Kalau tak nak teruskan, boleh klik "Tidak perlu". 























Langkah 4:

( + ) Setelah itu, jawab saja kesemua soalan yang ditanyakan. Tandakan pada jawapan yang anda pilih. Dah siap, klik "Teruskan".























































Langkah 5:

( + ) Akhir sekali, bila dah habis jawab semua soalan klik butang "Selesai". Dan setelah itu akan terpaparlah berapa nilai yang anda telah dapat. Kesemua nilai duit ini akan terus dimasukkan ke dalam baki Google Play anda ye.








Setahu saya, duit ini tidak boleh dipindahkan ke dalam akaun bank. Tapi anda boleh gunakan duit yang terkumpul untuk membeli aplikasi-aplikasi atau game yang terdapat dalam Google Play tu. 



Caranya seperti di bawah:



( 1 ) Pilih mana-mana aplikasi atau game yang anda suka. Klik Download dan install.


( 2 ) Selalunya untuk menikmati kesemua ciri penuh untuk sesuatu aplikasi tu, anda kena upgrade ke versi Pro. Ada aplikasi yang anda kena buat bayaran bulanan atau tahunan, dan ada juga yang hanya sekali bayar je anda dah boleh dapatkan akses seumur hidup. 


( 3 ) Pada bahagian "Settings", klik pada "Go Pro". Kalau aplikasi lain mungkin akan tulis "Upgrade To Pro Version". Mana-mana pun boleh. 







( 4 ) Seterusnya klik pada butang "Purchase Pro Version" dan terus klik pada butang "1-tap buy". Jumlah yang akan dicaj ke dalam bil telefon anda adalah selepas ditolak dengan kesemua baki Google Play anda. Contoh:



RM58.99 - RM3.98 = RM55.01



Kalau lagi banyak baki Google Play anda, maka lebih banyaklah nilai yang akan dapat ditolak. Maksudnya lagi rendahlah amaun yang anda perlu bayar untuk aplikasi yang anda suka tu.



Saya pernah beli satu game tu dengan bayar harga separuh je. Monopoly dari Marmalade Game Studio rasenye 😁. Bukan Monopoly Go yang viral tu.









Saya mula jawab soalan survey ni sejak tahun 2020 sehingga kini. Tips dari saya adalah anda kena aktifkan lokasi telefon bimbit anda dan kena rajin-rajinlah berjalan-jalan atau tengok video-video Youtube. 



Nanti soalan-soalan yang akan dibagi adalah berdasarkan tempat yang kita pernah lawat atau video Youtube yang kita pernah tengok. 



Jom tengok berapa jumlah keseluruhan yang saya telah dapat dari tahun 2020 hingga kini hasil dari menjawab soalan.










Ya. RM85.90 jumlah keseluruhan untuk 158 soalan survey. Ok la kan. Banyak ni je dapat pun sebab saya jarang tengok video Youtube dan saya pun jarang jalan-jalan. Bukan tak suka jalan-jalan. Ada duit berjalan je saya ni 😁. Kalau korang jenis ada peluang ke sana ke sini mesti boleh dapat lagi banyak kan. 




Baiklah. Anda pun dah tahu macam mana cara nak gunakan baki Google Play anda kan.



Selamat menjawab survey dan semoga bermanfaat 😊.





Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap