Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Percutian Ke Kundasang



Assalamualaikum dan hai semua.



Aduhaii rindunya hati nak ke Sabah lagi terutamanya nak pergi kat Kundasang tu. Saya ni selain suka tengok pemandangan pantai, suka juga tengok hamparan pemandangan bukit-bukau dan gunung-ganang.



Rasa tenang je. Bak kata orang...healing gitu.



Percutian kami sekeluarga ni merupakan perancangan saat-saat akhir punya. Ini pertama kali saya jejakkan kaki ke Borneo tau. 














Kami bertolak ke Sabah pada 23 Februari 2018. Teruja tu takyah cakaplah. Mana taknya. Sebab tak sabar nak tengok Gunung Kinabalu dan pergi ke tempat lembu kat Kundasang tu. 



Sebelum pergi tu seingat saya, saya ada buat carian sikitlah mana-mana tempat menarik nak pergi melawat nanti. Antara dalam perhatian adalah Mesilau Cat Village. Tapi sayanglah kami tak sempat nak pergi sebab masa tu dah lewat petang sangat. 



Ini sebab kami banyak habiskan masa sebelum tu bersantai-santai kat Ladang Teh Sabah kat Ranau. Tu lah. Masing-masing tak ingat yang lepas tu ada tempat nak pergi lagi.



Jadi untuk post ni saya saja nak kongsikan pengalaman bercuti kami sekeluarga masa kat sana. Patutnya saya tulis sebaik je balik dari sana kan. Sebab fresh lagi ingatan tu. Tapi tak ingat masa tu nak buat. Itulah. Mungkin nak suruh pergi lagi agaknye....hihihihi. 



Jadinya, post ni saya akan tulis setakat yang saya ingat je lah ye. Sayang kalau tak tulis pengalaman semua ni. Bukan selalu dapat pergi sana walaupun tak semua ahli keluarga ada. Famili abang je yang takde.



Pergi Sabah kali ni takde perancangan pun nak daki Gunung Kinabalu. Satu...sebab bawak mak dan kedua saya memang tak pernah daki bukit langsung. Inikan pula nak daki gunung. Hahaha. Pancit saya nanti. 



Selalunya orang akan latih stamina dulu dengan daki bukit kan. Ni terus-terus nak daki gunung memang pengsan la. Rugi duit pun ye sebab tak mampu nak naik sampai ke puncak. 



Minat tu ada. Nantilah bila ada modal, kesihatan dan kesempatan nanti bolehlah nak cuba. Lepastu nanti bolehlah saya kongsi pengalaman dengan korang pula kann...haaa nice.



Pergi sana ni yang uruskan tiket kapal terbang dengan tempahan penginapan, semuanya kakak-kakak saya yang tolong buatkan. Jadi tak dapatlah saya nak kongsikan apa-apa. 



Kami sekeluarga bertolak ke Sabah seawal pagi seingat saya. Dah tak fikir mengantuk masa tu sebab teruja walaupun muka mengantuk. Hihihihi.... 



Saya tak ingat pukul berapa kami sampai sana. Tapi sampai je di lapangan terbang Kota Kinabalu tu cun cun masa tu waktu awal pagi. Jadi sejuk dan tak panaslah.



Berkenaan pengangkutan kat Sabah, abang ipar pula yang uruskan. Kami tempah van. Kata pemandu van tu kalau nak memandu ke Kundasang tu, kalau tak kena gaya boleh rosak kereta tengah jalan. 













Memang betul pun, ada beberapa kereta tersadai tepi jalan semasa kami sedang dalam perjalanan nak naik ke atas. 


















Kundasang ni kedudukan dia dekat dengan puncak Gunung Kinabalu. Jadi nak ke sana kena memandu ke atas ke arah gunung. 












Dalam perjalanan tu kan tiba-tiba ternampak... subhanallah....indahnya ciptaan Allah. Rezeki kami masa perjalanan naik tu boleh nampak puncak Gunung Kinabalu dengan jelas batu-batuan dia. Tak dilindung awan. Pemandu tu cakap rezeki kami lah dapat tengok masa tu. 














Alhamdulillah syukur sebab bukan selalu boleh ke sini kan.




Rumah Terbalik ( The Upside Down House Of Borneo )



Oh ya. Terlupa nak cerita. Sebelum kami naik ke Kundasang tu, kami singgah terlebih dahulu ke destinasi pertama kami iaitu di Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli. Lokasi ini berada pada ketinggian 14.48 meter dari aras laut. 













Tempat ni takde dalam perancangan pun tau. Sebab dah alang-alang lalu kan, jadi kami singgahlah kejap. Pemandu tu yang cadangkan dan kami semua setuju.

















Sebelum kami dibenarkan masuk untuk melihat-lihat bahagian dalam rumah, kami telah diberikan taklimat oleh seorang staf di situ. 







Pengunjung hanya dibenarkan berjalan di atas laluan karpet merah yang disediakan sahaja. Mungkin atas sebab keselamatan agaknya. 














Tak boleh menyentuh barang-barang yang ada di sana. Dan tak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalam rumah. Sebab tak silap saya rumah tu milik individu punya. Jadi kita hormat je lah privasi dia. 













Di bahagian luar rumah, kami semua dibenarkan bergambar sepuasnya. Sempat jugalah ambil gambar tempat parking terbalik. Tu je lah bahagian dari rumah terbalik yang dapat saya ambil gambar pun. 




















Sebelum balik, saya ada beli fridge magnet sebagai tanda pernah datang ke sana. Mana-mana tempat yang saya pergi bercuti pun, memang saya akan beli benda tu untuk buat tanda pernah sampai. Keychain saya tak minat. 



Kalau tengok kat rumah saya ni, tak banyak pun fridge magnet yang saya dah dapat kumpul. Sebabnya saya jarang sangat berjalan-jalan. 



Bukan tak suka, tapi kekangan modal dan kekangan masa juga. Ada duit lebih jalan je saya ni hehehe... Sebab saya suka jalan-jalan makan angin. Suka ambil gambar semua. Siapalah yang tak suka kan. 



Eh...ada..ada.. Ada juga orang yang tak minat jalan-jalan ni tau. Apa-apa pun terpulanglah....minat masing-masing. 



Kami singgah tak lama kat sini. Sebab nak cepat-cepat naik ke Kundasang...yeehaa. 



Sebenarnya kat sini selain Rumah Terbalik, ada 1 tarikan lagi. Tapi kami tak nak masuklah. Saya pun tak ingat apa dia 1 lagi tarikan tu.



Bagi yang berminat nak mengunjungi Rumah Terbalik ni, waktu operasi dan harga tiket seperti di bawah ye. Tapi ni harga masa tahun 2018 punya tau. Harga terkini saya tak tahu. 













Waktu Operasi: Setiap Hari (8 pagi - 5 petang)

Harga Tiket (Dewasa): RM12.70




Pekan Nabalu



Sepanjang perjalanan ke Kundasang, mata kami disajikan dengan pemandangan nan hijau serta hamparan bukit-bukau yang indah. Tenang rasa hati. 














Angin sejuk menampar-nampar muka sebab kini kami dah berada kat tempat tinggi kan. Sesampainya kami di Ranau, kami singgah sebentar di Pekan Nabalu yang berada pada paras ketinggian 1,013.42 meter dari aras laut.

 










Di sini ada pelbagai jenis buah-buahan tempatan dijual seperti buah nenas, durian belanda, pisang, serta durian pun ada. 













Setahu saya kat Sabah ni ada musim durian isi merah tu kan. Tapi yang penjual ni jual adalah durian biasa je. Pemandu kami tu cakap masa ni bukan musimnya Durian Merah. Kalau tengah musim, bolehlah kami rasa. 



Takpelah takde rezeki kami masa tu nak dapat rasa buah durian yang isi dia merah tu. 




















Setelah selesai masing-masing bergambar semua, kami pun beredar untuk sambung perjalanan lagi.


























Restoran Puteri Nabalu



Kami tiba jua akhirnya di Pekan Kundasang, Ranau pada waktu tengahari. Masa ni perut kami masing-masing sudah pun mulai rasa lapar. 




















Jadi pemandu tu bawa kami singgah makan tengahari di Puteri Nabalu. Restoran ni terletak dekat je dengan Gunung Kinabalu tu dan ianya berada pada ketinggian 1,286.48 meter dari aras laut. 














Memang puncak gunung tu boleh nampak dengan jelas la dari restoran ni. Rasa macam dekat je rasa macam nak pergi je tapi jauhhh sebenarnya.














Untuk perbandingan, Gunung Kinabalu berada pada paras ketinggian 4,095 meter dari aras laut. Yang restoran ni baru seribu lebih je ketinggian dia. Bayangkan betapa jauhnya yang saya rasa macam dekat tadi tu. Tapi serius, memang boleh nampak puncak gunung tu la.



Waktu Operasi: Setiap Hari (8 pagi - 10 malam) KECUALI Selasa 
                         



Sabah Tea Resort (Ladang Teh Sabah)



Selesai makan, perut pun dah kenyang, kami tak pergi tempat penginapan dulu tau untuk letak barang-barang. Pemandu terus bawa kami ke Sabah Tea Resort (Ladang Teh Sabah) yang terletak di Ranau. 














Sebabnya kami tak tinggal lama kat Kundasang ni, 1 malam je. 1 malam lagi bermalam kat Kota Kinabalu nanti. Jadi 3 hari 2 malam yang padatlah percutian kami ni.














Memang saya layanlah pemandangan sepanjang pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Memang indah, sejuk dan cantik-cantik pemandangan. 












Untuk pengetahuan, ladang teh yang kami pergi ni terletak pada ketinggian 439.49 meter dari aras laut. Kiranya kami turun ke bawah la ni. Sebab tadi Kundasang lagi tinggi kan.














Kami high tea je kat sini sambil menjamu mata melihat hamparan daun-daun teh di sekitar ladang. Tak masuk dalam ladang teh tu pun, hanya berehat-rehat di sekitar restoran tu je. 

















Sebenarnya tak tahu pun boleh jalan-jalan masuk ke tak kat ladang tu. Kalau boleh pun saya tak naklah...hihihi. Risau ular main cak cak je. Haaaa.....naya pak karim. Melainkan kalau ada yang temankan takpe. 



Kat sinilah kami banyak buang masa sebenarnya sebab lamanya bersantai-santai.














Restoran ni jenis terbuka. Kami tak high tea dalam bangunan maksud saya. Saya pun tak ingat ada disediakan ke tak tempat makan di dalam bangunan. Maklumlah dah lama punya cerita dan saya pun tak tanya.



Waktu Operasi: Setiap Hari (8 pagi hingga 7 malam)




Ladang Tenusu Desa Cattle



Oleh kerana kami lama sangat lepak kat ladang teh tu, kami dah terlambat nak ke tempat lembu ni. 



Ye la, percutian singkat, masa padat, leka sikit je habis. Nasib baik pemandu tu pandai kawtim dengan penjaga kat situ. Sebenarnya tempat tu dah nak tutup. Ada dengar dia kata kesianlah kat kami sekeluarga ni. Datang dari jauh. 









Akhirnya dapat juga masuk....yeayyy



Perancangan saya kat tempat lembu ni sebenarnya adalah nak merasai kesedapan aiskrim Desa Gelato kat sini. Sebab baca kat blog orang lain katanya sedap. Yang pastinya halal. 














Jadi alang-alang dah sampai Sabah kenalah cuba kan. Tapi sayang sebab tak sempat nak beli sebab kami nak cepat. 



Bergambar tu paling penting. Bukti dah pernah sampai...hehehe. Bukan nak tunjuk bukti kat orang pun. Lebih pada memang sejenis orang yang suka ambil gambar dan buat kenangan. 

















Kat sini korang boleh ambil gambar berlatarbelakangkan puncak Gunung Kinabalu tu tau. Tapi sayang, pada masa ni puncaknya dah dilitupi awan nano. Ehh...nano pulak ye 🀭














Sebab dah lewat kan, rasanya lembu-lembu tu  pun dah masuk kandang agaknya sebab tak banyak lembu yang boleh nampak kat padang ragut tu pada masa ni.

















Nak beli cenderahati kat sini pun tak sempat weh. Huhuhu...memang kena pergi lagilah nampaknya ni. 

















Untuk pengetahuan, ladang lembu ni terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu di Kundasang. Ianya berada pada paras ketinggian 1,582.97 meter dari aras laut.














Banyak benda boleh lawat kat sini sebenarnya kalau tengok blog orang lain. Hari keesokannya tak boleh nak pergi lagi sebab kami nak bertolak ke Kota Kinabalu dah dan ikutkan perancangan akan singgah kat tempat-tempat menarik yang lain pula on the way ke sana. 



















Takpelah. Lain kali pergi. In sha Allah. Mission saya not accomplished kali ni.



Waktu Operasi: Setiap Hari (8 pagi - 5 petang)
Harga Tiket: Tak pasti sebab abang ipar yang uruskan
















Kinabalu Pine Resort



Dalam perjalanan nak ke tempat penginapan di Kundasang, kami ada melalui Mesilau Cat Village tu. Tempat ni kena naik bukit sikit. Waktu dah lewat sangat. Takpelah. 



Ni pun lain kali lah pergi bila ada kesempatan nanti.















Pasal check-in semua abang ipar saya uruskan untuk kami sekeluarga. Yang saya tau dapat kunci bilik je 😁. 

















Saya sebilik dengan mak. Adik beradik lain dengan pasangan masing-masing. Diaorang duduk bilik atas. 



Mak sakit kaki masa ni. Kesian dia. Akan datang kalau nak pergi bercuti lagi kena beli lah kerusi roda untuk mak. Bila mak tak larat nak jalan, tolak je mak dengan kerusi roda 😁



Bilik kami kat resort ni memang menghadap view Gunung Kinabalu. Indahnya ciptaan Allah. Ditambah pula dengan sapaan angin sejuk yang lembut ke kulit. Damai rasa.



Suhu pada waktu malam kat Kundasang ni...fuhh sejukk. Tak pasti suhu sini berapa. 














Kami makan malam kat resort ni je. Itu pun sebenarnya mak tak larat jalan sebab kaki dia sakit sangat. Tapi mak gagahkan jua. 



Kinabalu Pine Resort yang terletak di Kundasang ni memang kenalah dengan namanya. Sebab sini memang ada banyak pokok Pine. Resort ni berada pada paras ketinggian 1,264.67 meter dari aras laut. 














Kami bersarapan pagi di resort ni juga sebab dah termasuk sekali dalam bayaran pakej.  Kalau malam tadi kami makan di dalam bangunan, pagi ni kami pilih untuk menikmati sarapan di meja makan yang disediakan di sebelah luar pula.

















Selepas selesai sarapan, kami masing-masing bergambar di situ sebelum van sampai. Ambil gambar dalam resort ni pun dah cantik sebab tambah lagi ada pemandangan gunung tu kan.

 






Setelah puas bergambar kami pun check-out lalu bergerak turun ke arah Kota Kinabalu. Kami menggunakan perkhidmatan van yang sama dengan pemandu yang sama.















Jambatan Gantung Tamparuli



Perjalanan turun memang mengujakan. Ini kerana suasananya yang berkabus semasa perjalanan nak turun tu. Sejukk. Sebab kami gerak awal pagi lepas semua dah selesai bersarapan. 

















Kami ada lalu la tempat kalau siapa nak daftar pergi mendaki Gunung Kinabalu tu. Dari tepi jalan nampaklah kena naik tangga tinggi. 



Kami tak singgah sebab nak cepat. Nanti jadi lagi macam semalam kalau leka lagi πŸ˜….














Kami singgah ke Jambatan Gantung Tamparuli yang terletak di Tamparuli. Ketinggian adalah pada 12.38 meter dari aras laut. Haaa...dah kat bawah dah ni. 















Pertama kali saya naik jambatan gantung. Berhayun-hayun. Lagi keluarga saya tu saja je henjut-henjut bagi jambatan tu bergoyang....sabar je lah πŸ˜‘














Tapi entahlah masa ni saya tak berani weh nak naik jambatan tu. Siap marah kat adik beradik saya lagi sebab diaorang saja je goyangkan jambatan tu. 
















Padahal rendah je jambatan tu. Dekat je dengan sungai bawah tu. Kata pemandu tu, pada suatu ketika dulu, sungai tu ada buaya. Haaa mungkin sebab ni kot saya tiba-tiba jadi takut πŸ˜‚.



Waktu Operasi: Setiap Hari (8 pagi - 6 petang)




Muzium Sabah



Sebelum kami sampai ke Kota Kinabalu untuk makan tengahari, kami singgah sebentar ke Muzium Sabah terlebih dahulu. 














Pada asalnya takda dalam perancangan pun. Tapi takpelah. Singgah je. 



Ada tulang rangka binatang dan manusia weh dalam muzium ni. Tak silap macam aku ada baca yang  tengkorak manusia tu macam asli punya....😨























Yang tulang binatang tu adalah tulang rangka Ikan Paus Bryde yang terbesar dijumpai di Pulau Gaya. Besar weh memang besar. 



Jalan-jalan kat dalam muzium ni macam biasalah kita boleh tengok pelbagai pakaian tradisi masyarakat Sabah dan macam-macam lagi. Apa lagi ye yang saya tengok. Saya pun dah lupa dah. 



Tu la. Sepatutnya balik dari Sabah saya patut terus tulislah kan. Ini tak, saya biar je. Yang saya tulis ni hanya cebisan ingatan je...cehh cebisan.














Kat luar muzium ni ada beberapa kereta antik tau. Macam Rolls Royce, Vauxhall, kereta kodok pun ada. Apa ye jenis kereta kodok ni? 



Sebab saya memang jenis tak kenal jenis kereta. Volkswagen ye? Sebab ada cari internet macam sama rupa dengan Volkswagen tu. 














Manalah tahu kan kot kot ada banyak jenis. Yang saya tahu panggil kereta kodok je πŸ˜….



Kat luar muzium ni lagi, kat sebelah bawah, ada kelihatan anak tangga menurun ke bawah. Terdapat beberapa rumah kat situ. Mungkin model rumah zaman dahulu agaknya. 



Saya tak pasti sebab tak pergi sana. Abang ipar seorang lagi tu je yang turun tengok. Lagi pun tempat tu dilindungi rimbunan pokok-pokok. Jadi redup sikitlah situ ditutupi kanopi pokok. Sebab tu malas nak turun. 



Waktu Operasi: Setiap Hari (9 pagi - 5 petang)




Kota Kinabalu



Selepas selesai makan tengahari, kami terus dibawa ke tempat penginapan di Kota Kinabalu. Saya tak ingat nama hotel tu. Nama kedai makan tengahari tu pun saya tak ingat.














Jadi untuk sebelah malam, kami makan malam kat tepi laut bersebelahan dengan tempat perahu-perahu ditambat. Menu dah semestinya dari makanan laut yang segar. 













Kami berjalan kaki je ke sana. Selepas kenyang tu, kami terus balik ke hotel. Hantar mak kat bilik sebab mak nak berehat. Kaki mak sakit lagi. 



Setelah itu, saya keluar dengan adik beradik pergi jalan-jalan kat pasar sekitar. Selain beli barang-barang sendiri mana yang berkenan tu, adalah beli juga cenderahati sikit buat kawan-kawan ofis. 



Belikan keychain Sabah untuk diaorang. Kerepek pun ada beli juga.



Hari keesokannya, kami jalan-jalan lagi kawasan sekitar. Ada masuk pasaraya juga sekejap rasanya. Lepas tu meronda pula kat tempat jualan rantai tangan kristal. 



Jauh juga jalan kaki ke sana. Sajalah beli buat kenangan. Nak beli yang mutiara tu mahal pula. Bajet dah lari πŸ˜…...




Waktu Pulang



Tengahari tu kami ke lapangan terbang untuk balik ke Semenanjung. Bye bye Sabah. 



Nak keluar ni seingat saya kena pulangkan semula Visit Pass kat kaunter. Saya pun tak pastilah kalau hilang kertas ni nanti apa yang jadi. 







Jadi ingat. Simpan baik-baik ye. Visit Pass ni hanya perlu untuk perjalanan ke Sabah  dan Sarawak sahaja. 



Memori yang indah telah pun tercipta. Bila kita pergi kat sesuatu tempat tu kan, memang selalunya banyaklah yang kita akan lalui. 



Sebab itulah saya suka ceritakan semuanya kat blog. Boleh cerita panjang lebar dan terperinci. Bila 5 tahun akan datang atau pada bila-bila masa, boleh baca balik dan akan jadi seronok je baca pengalaman sendiri yang dituliskan. 



Perasaan memang seronok sebab saya memang jarang dapat peluang bercuti macam ni. Harap lepas-lepas ni dapat la pergi lagi atau pergi ke tempat lain pulak. 



Ada yang nak sponsor tak? 🀭 Hehehe gurau je.








Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap