Sebenarnya lama aku dah tak merekod macam ni sebab laptop aku ni slow bebenor. Sekarang ni macam dah laju jugakla. Kira ok la. Insya Allah aku akan mula balik nanti. Nak buat cara macam ni la sebab bley pantau. Cuma Bluecoins tu tak pasti nak guna ke tak. Post ni pun aku dah tulis masa awal-awal dulu.
![]() |
Pada mulanya, memang susah nak istiqomah rekod perbelanjaan setiap hari. Ada saja yang tertinggal nak direkod. Akhirnya akaun jadi tak seimbang. Bila tiba hujung bulan terpaksalah buat adjustment nampaknya. Sebab itu, sekarang ini setiap kali keluar berbelanja, saya akan terus rekod kat Bluecoins. Barulah rekod di aplikasi nanti sama dengan baki di akaun saya yang sebenar.
Apa pentingnya sangat untuk rekod kewangan peribadi?
Senang cerita kita tahu duit kita banyak bocor ke mana. Bila dah tahu, bolehlah buat bajet untuk setiap kategori setiap bulan atau cukup hanya cuba kawal saja perbelanjaan itu sebaik boleh.
Selain itu, dapat juga tahu berapa jumlah duit yang masuk setiap bulan. Pentingnya kita pantau setiap transaksi duit keluar masuk ini supaya kita tahu tahap kewangan kita berada di mana. Macam kita nak pakai 'Waze' untuk cari arah, terlebih dahulu mestilah kita kena tahu kita sekarang berada di mana bukan.
Apabila kita boleh urus kewangan peribadi dengan lancar, tak kisahlah sikit atau banyak jumlah wang yang masuk itu, in sha Allah mudahlah nanti kita nak urus kewangan yang lain pula.
Idea nak rekod kewangan ini bermula sejak dari bermain permainan online Cashflow di laman web Rich Dad. Dan seterusnya saya bermain pula permainan Money Race di telefon yang saya muat turun dari Play Store. Konsepnya lebih kurang sama. Ada Penyata Kewangan, Aset dan Liabiliti yang mana tujuan akhir kedua-dua permainan cuma satu iaitu adakah pemain dapat capai kebebasan kewangan atau tidak.
Bila bermain kedua-dua permainan ini, saya terinspirasi pula nak buat benda yang sama untuk kewangan peribadi saya pula. Seronok juga kalau dapat hasilkan Penyata Pendapatan, senarai Aset dan Liabiliti sendiri. Ibarat bermain Money Race, tapi versi realiti punya.
Selepas saya lakukan sedikit kajian maklumat, maka terhasillah Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira peribadi. Di mana dari kedua-dua laporan ini, saya boleh tahu cashflow, net worth, dan adakah saya sudah berjaya capai kebebasan kewangan atau belum.
Haa... Mungkin ada yang dah biasa dengar. Tapi mungkin ada juga yang belum pernah dengar.
Sebelum saya bercerita lebih mendalam, jom berkenalan dahulu dengan terma-terma kewangan yang saya sebutkan sebelum ini tadi:
•••••••••••••••••••••••••••••••••
➡ Penyata Pendapatan
= Senarai pendapatan dan perbelanjaan
•••••••••••••••••••••••••••••••••
➡ Kunci Kira-Kira
= Senarai aset dan liabiliti*
( *Hutang-piutang )
•••••••••••••••••••••••••••••••••
➡ Cashflow
= Aliran tunai (Jumlah pendapatan - Jumlah perbelanjaan)
•••••••••••••••••••••••••••••••••
➡ Net Worth
= Nilai kekayaan (Aset - Liabiliti)
•••••••••••••••••••••••••••••••••
➡ Financial Freedom (Kebebasan Kewangan)
= Apabila pendapatan dari real asset melebihi senarai perbelanjaan
•••••••••••••••••••••••••••••••••
Semua orang mengimpikan kebebasan kewangan. Saya pun sama. Tambahan lagi di musim pandemik Covid-19, ramai orang bersusah payah nak teruskan kehidupan. Ramai dah dibuang kerja. Simpanan pun makin menyusut. Jadi mungkin sasaran nak capai kebebasan kewangan itu agak sukar sedikit sebab simpanan yang ada terpaksa digunakan untuk teruskan kehidupan.
Tapi dengan pengurusan hutang dan kewangan yang baik tidak mustahil suatu hari nanti impian itu boleh dicapai.
Insya Allah...
Ok. Sekarang saya akan kongsi serba sedikit langkah-langkah merekod kewangan peribadi cara saya.
Ada 4 langkah:
1) Rekod transaksi di 'Bluecoins' setiap hari
2) Cetak 2 laporan format pdf dari 'Bluecoins'
3) Masukkan rekod 2 laporan tadi ke dalam format 'MS Excel' Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira
4) Carta bar Cashflow dan Net Worth
Jom kita semak satu persatu.
1) Rekod Transaksi di Bluecoins Setiap Hari
- Segala duit masuk dan duit keluar kena rekod
- Setiap 1 haribulan kena pastikan semua transaksi bulan sebelumnya sudah habis direkod
2) Cetak 2 Laporan Format PDF Dari 'Bluecoins'
- Kena beli Bluecoins versi premium untuk dapatkan laporan
- Untuk dapatkan rekod bagi Kunci Kira-Kira, di Balance Sheet, klik Timeline-Accounts dan seterusnya klik Advanced Filter
- Pilih tempoh laporan untuk sebulan
- Klik ikon 🖨. Pilih PDF Or Send To Printer dan klik OK
- Untuk dapatkan rekod bagi Penyata Pendapatan pula, di Net Earnings, klik Timeline-Categories dan seterusnya klik Advanced Filter
- Pilih tempoh laporan untuk sebulan
- Klik ikon 🖨. Pilih PDF Or Send To Printer dan klik OK
3) Masukkan Rekod 2 Laporan Tadi Ke Dalam Format 'MS Excel' Penyata Pendapatan Dan Kunci Kira-Kira
- Ini saya buat di komputer. Lagi mudah. Bluecoins itu saya rekod di telefon saja
- Masukkan saja rekod-rekod ke dalam format MS Excel yang saya sudah sediakan mengikut laporan masing-masing
- Terdapat senarai Aset, Nilai Aset dan Income.
- Di Senarai Aset ini saya akan senaraikan ikut Available Money, Persaraan (KWSP), dan senarai aset yang lain seperti kereta, saham dan sebagainya.
- Semua duit simpanan termasuklah duit di dalam dompet, saya akan rekod di Nilai Aset untuk Available Money
- Sementara Nilai Aset bagi kereta pula, saya akan rekod nilai pasaran semasanya. Ini saya semak secara online saja
- Jika saya ada main saham, selagi tak jual, saya akan rekod nilai semasa saham di Nilai Aset
- Sekiranya saya ada dapat pendapatan dari senarai aset-aset tadi, saya akan masukkan pula rekod di bahagian Income. Selalunya tiada pendapatan untuk Available Money dan KWSP. Sekiranya saya ada buat Grab, bolehlah jadi pendapatan untuk kereta pula. Begitu juga saya akan rekod keuntungan (sekiranya ada) jika saya lakukan jualan saham
- Terdapat senarai Liabiliti, Nilai Hutang, dan Bayaran
- Untuk senarai Liabiliti, saya akan senaraikan segala pinjaman dan hutang yang ada
- Berapa jumlah pinjaman dan hutang semasa, saya akan rekod kat Nilai Hutang
- Dan setiap kali selesai buat pembayaran hutang, saya akan masukkan rekod kat bahagian Bayaran pula
- Selesai merekod semuanya, saya boleh dapat tahu nilai Net Worth semasa. Sekiranya bernilai positif petunjuk akan keluar GOOD
- Saya bahagikan kepada beberapa kategori:
- Sekarang ini saya bekerja dengan makan gaji. Jadi duit gaji bulanan ini merupakan Earned Income saya. Apa-apa saja kerja yang boleh mendatangkan upah, saya akan rekod di sini
- Sekiranya saya ada melabur di saham dan kemudian peroleh untung hasil jual beli saham, saya akan rekodkan ini sebagai Capital Gain di Portfolio Income.
- Passive Income pula saya khaskan untuk Pendapatan Dari Aset saja. Rekod pula saya ambil dari senarai Income (MS Excel Kunci Kira-Kira)
- Terdapat Bayaran Liabiliti dan sebagainya
- Jumlah hutang yang saya dah bayar, saya akan rekod di bahagian Bayaran Liabiliti ini. Data pula saya ambil dari bahagian Liabiliti dalam (MS Excel Kunci Kira-Kira) sebelum ini
- Segala rekod perbelanjaan yang lain dari 'Bluecoins', saya akan rekod juga di sini mengikut kategori masing-masing
- Setelah selesai memasukkan rekod pendapatan dan perbelanjaan saya untuk sebulan, di bahagian bawah sekali, saya boleh dapatkan nilai Cashflow untuk bulan semasa. Masa inilah boleh tahu cashflow saya positif atau negatif
◼ Carta Bar Kebebasan Kewangan
- Merupakan perbandingan data dari Pendapatan Dari Aset dan Jumlah Perbelanjaan
- Perlu ada carta bar untuk tentukan samada saya dah capai kebebasan kewangan atau belum.
- Sekiranya pendapatan real asset ini melebihi dari belanja, maka saya dah pun mencapai KEBEBASAN KEWANGAN. Sesuatu yang saya idam-idamkan sejak dari dulu lagi. Rasa-rasanya semua orang pun impikan juga. Moga-moga akan tercapai hendaknya suatu hari nanti. Aamiin.…
4) Carta Bar Cashflow dan Net Worth
- Akhir sekali, saya akan buat 2 carta bar masing-masing untuk cashflow dan net worth bagi setiap bulan
- Melalui carta bar ini saya boleh nampak kenaikan atau penurunan yang ditunjukkan setiap bulan
- Jika terdapat peningkatan dari bulan ke bulan seterusnya, semakin baguslah tahap kewangan peribadi saya nampaknya
- Jika makin menurun, itu petanda tahap kewangan yang tak baik. Jadi saya mungkin kena tambahkan pendapatan atau kawal perbelanjaan

















