Setelah sekian lama. Dekat 10 tahun jugak la aku tunggu nak dapat pc yang ok kat ofis ni. Daripada monitor besar gajah tu sampailah aku usaha mintak dan tukar sendiri (cabut pasang sendiri) ke monitor skrin flat.
Bayangkan nak buat kerja kat komputer punyalah slow. Tapi barang pulak diaorang nak cepat. Dan semenjak Julai hari tu, memang aku sibuk giler lagi-lagi tempat aku kerja ni diaorang pindah sistem baru pada bulan yang sama jugak.
Memang sejak kerja bos bagi aku pakai pc yang lembab. Aku kena pakai 2 pc. Dua-dua slow. Mananya tak slow. 1 pc pakai Windows XP (pc lama aku). 1 lagi pakai Windows tahun masa aku lahir. Kita boleh check kat My Computer tu. Klik kanan dan klik properties. Nanti sana boleh tahu la pc kita ni pakai Windows apa. Ni la pc yang guna Windows tahun masa aku lahir tu. CPU dia kat bawah meja. Ni CPU lama pc aku 1 lagi tu.
Hahaha kalau difikir-fikirkan memang lawak betul. Diaorang masih bagi staf guna pc lama. Kalau kat pejabat lain kebiasaannya pc yang lama-lama ni diaorang akan lupuskan. Mungkin tak semua pejabat la. Kena lupuskan sebab dah tak boleh support sistem yang sedia ada. Ni kakak aku la bagitau.
Tapi tempat kerja aku ni tak lupuskan pun. Diaorang bagi je aku pakai sampai aku dah tak tahan dah. Jadi stress tau. Terus je aku cakap kat bos pc aku ni slow. Selama ni aku diamkan je. Bila mula nak pindah sistem baru ni, barulah aku bersuara. Tapi tu pun macam ketuk paku. Kena ketuk berkali-kali baru jalan.
Bila flashback balik kan, kalau la aku tak usaha minta tukar monitor atau CPU lain, aku rasa sampai sekarang aku masih pakai pc gajah tu dengan terpaksa hadap sistem pc yang slow amat. Kebetulan skrin monitor gajah tu jadi warna kekuningan. Tu yang baru bos tukar lain. Monitor gajah ni monitor besar yang aku pakai masa zaman aku belajar dulu.
Alhamdulillah sekarang dah dapat up to date punya CPU. Windows 11 terus dia bagi. Semua laju. Tapi sebelum nak dapat ni bukan cepat dan senang. Bos aku macam saja dia lambat-lambatkan. Dia kata dia sibukla. Takde masa la nak buat bla bla bla.... Bila aku dah jadi direct cakap pc ni lembab barulah dia bagi aku 1 senarai panjang apa kena buat sebelum tukar ke pc baru. Aku tukar CPU je. Monitor maintain.
Ni dia senarai. Tapi masa dia bagi senarai ni masa tu aku dah memang mula sibuk sangat. Terlalu banyak kerja. Kalau awal sikit dia bagi, boleh la nak buat. Tak susah. Cuma nak spend masa je la buat. Dan masa tu la aku takde masa sebab kerja lain banyak nak siapkan.
Tapi walaupun dia dah bagi aku senarai panjang ni, bos masih lengah-lengahkan nak bagi aku pc baru. Aku tak faham betul la bab ni. CPU baru tu dia kata ada dah. Cuma katanya dia sibuk nak buat. Jadi dokumen-dokumen nak kena key-in tu semua aku kena buat guna laptop dia bagi.
Lepas tu, ada 1 hari tu bos kata minggu depan boleh la nak install sistem baru kat pc aku ni. Pastu aku cakapla. Pc ni dahla lembab. Lagi nak install?? Hahaha direct je kan aku cakap kat bos. Aku cakap elok-elokla. Ye la kan. Common sense la. Pc dah lembab, lagi nak install sistem baru. Lagi la bertambah parah lembab pc aku tu. Mula-mula aku tak bagi. Lepastu hari berikutnya aku sendiri cakap takpela. Install je la. Dalam hati aku redha je la nak hadap pc yang akan makin slow tu.
Kebetulan, pc aku ni pun menyebelahi aku. Bos cuba install sistem baru. Berjaya. Tapi bila aku nak guna ada keluar pop up mesej. Aku ringkaskan je la ayat mesej tu yang berbunyi... "Sistem baru takleh masuk ngan pc ni. Windows sedia ada tak compatible. Tukar pc baru la woii.." π Tapi sayangla. Lupa pulak nak capture mesej tu π€
Hahaha ketawa aku. Yang kelakarnya bos aku pun gelak jugak tapi gelak kontrol la sebab dia berdiri kat sebelah aku sambil tengok mesej tu kat pc aku π€£. Maka tamatlah usaha aku nak push bos supaya bagi aku pc baru. Lepas jadi camtu, tau pulak bos kelamkabut nak cepat-cepat check dengan aku dan suruh aku bagi semua apa dia nak ikut senarai tu.
Cepat je setel weh. Di mana ada kemahuan di situ ada highway kan. Kalau orang kita push tu dah takmo, ko push la kuat mana sekalipun dia takkan bergerak. Jangan harap. Ada je alasan dia bagi.
Camtu lah. Sekian saja kisah aku dan pc kat ofis. 10 tahun jugaklah aku hadap.




hahahhahahha cute
BalasPadam