Alhamdulillah urusan hari pertama kami ni berjalan dengan lancar. Mak pun setakat ni seronok. Ye la mak kan ada masalah tulang belakang tapi berkat along aku belikan tempat duduk beserta tempat sandarnya dan juga tongkat 3 kaki untuk mak kami guna, nampaknya memang sangat-sangat membantu.
Untuk trip bulan lepas ni apa yang kami risau adalah kesan perjalanan jauh ni kat kesihatan mak. Ye la. Jauh tu dari Selangor ke Terengganu. Satu lagi risau sebab katil yang ada kat hotel ni nanti jenis katil biasa. Sedangkan mak sekarang kat rumah tidur guna katil hospital. Ni adalah jenis katil yang doktor x-ray tu sarankan suruh beli sebab tilamnya keras. Sebab mak tak boleh tidur katil biasa lagi dah sebab tilam lembut.
Perjalanan ke Terengganu ni mengambil masa selama lebih kurang selama 7 jam. Kami bergerak konvoi 2 kereta. Ini adalah kali pertama aku dan keluarga datang bercuti ke sini. Lama tak tengok pantai. Seronok rasa.
Sesampai je kat Dungun, kami makan tengahari kat gerai yang ada. Aku makan nasi putih gulai daging. "Eh...ke gulai kawah"π€. Sedap. Dan daging dia lembut je. Aku belikan mak yang sama juga memandangkan buat masa tu mak tak nak makan ayam. Mak pun puji sedap sebab lembut dagingnya. Sesetengah kedai masak lauk² daging ni liat. Macam mak aku dia susah nak makan daging liat sebab gigi dia dah tak kuat.
Sebelum kami check-in, kami singgah kat universiti tu dulu. Depan dia ada pantai dan kami lepak-lepak sana dulu. Bestnye tempat belajar depan pantai je π.
Dan kat pantai ni ada sediakan hammock tau. Aku tak pernah naik. Tu pertama kali cuba. Mula-mula kekok dan rasa nak terjatuh. Tapi bila tau cara, hammock paling tinggi aku naik dan baring situ π. Ada jugak la terjatuh tergolek sebab salah landing tapi nasib baik hammock rendah je. Takpe.
Dah puas berehat kat hammock, kami terus pergi hotel nak check-in. Kami menginap kat Hotel Pesona Timur. Rekabentuk hotel ni macam rumah tapi ada banyak bilik.
Mak dan aku dapat bilik bawah dan yang lain-lain dapat bilik atas. Hotel ni tepi laut je dan bilik kami boleh nampak pantai. Sebabkan bilik kami tingkat bawah, jadi nampak pantai tu sikit je sebab ada tembok.
Belah petang dalam pukul 5 macam tu kami cari kedai celup tepung pulak untuk makan malam. Kami makan kat Qimly Celup Tepung. Aku macam tak lapar sangat sebab tu aku order maggi telur special je. Dia ada letak macam-macam la dalam tu. Selain tu aku order sosej sebab lama tak makan. Sosej pun dia celup tepung jugak.
Selesai je makan sini, kami jalan-jalan tepi laut kejap tapi dalam kereta je. Tak pasti sebenarnya diaorang nak pergi mana. Lepas dah sampai hujung pantai, kami patah balik dan terus balik hotel. Malam tu entahla kenapa aku mengantuk sangat. Awal aku tidur malam tu.
Hari esoknya kami semua jalan-jalan. Tunggu post seterusnya π. Nak cerita semua sini panjang sangat.





