Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Sejenak di Pantai Bagan Lalang


Assalamualaikum dan hai semua.



Ahad lepas kisahnya aku bawak mak aku pergi berjalan-jalan kat Pantai Bagan Lalang kat Selangor ni je. Dah terbayang dah ombak kecil memukul-mukul pantai dengan suasana yang redup. Sebab sebelum pergi tu aku ada tengok ramalan cuaca kat google, "partly cloudy". Aku fikir reduplah. Dan aku ada tengok sorang youtuber ni bagitau yang air laut kat situ akan surut mulai pukul 12 tengahari sampailah pukul 3 atau 4 petang. 



Kali ni aku memandu sendiri berpandukan maps. Aku bawak mak. Dan kakak aku memandu ikut aku dari belakang. Sebab suami dia tak sihat, risau kalau kami 1 kereta nanti berjangkit penyakitnya dengan mak pulak. Lagi pun untuk perancangan hari ni, aku sendiri yang ajak. Sebab tu mereka biarkan aku yang memandu kat depan. Kesian kat mak cuti-cuti panjang macam ni, kena duduk rumah je. Sebab tu aku usahakan jugak nak bawak dia jalan-jalan.












Pagi Ahad tu, tiba-tiba hujan lebat. Siap ada pakej guruh lagi kat kawasan rumah aku ni. Terus blank kepala nak fikir plan B bila kakak aku tanya. Sebab tengok gaya macam nak batalkan je plan nak ke pantai tu. Kalau hujan takkan nak ke pantai kan. 
























Cuba jugak check kat google ramalan cuaca kat pantai tu, tengok tak hujan pun. Waktu yang kami akan sampai tu nanti dijangka "partly cloudy". Tapi biasalah. Tu ramalan je kan. Sebab masa kami sampai kat sana masa tu tengah gerimis. Takpela pun. Payung ada. Setakat gerimis je pun. 



Perjalanan ke Pantai Bagan Lalang mengambil masa 1 jam lebih. Tu pun sebab aku bawak perlahan je. Kalau laju patutnya kurang sejam dah boleh sampai. Lagi pun aku ikut maps bulat-bulat. Dan dia bagi aku jalan jauh. Tau tu sebab bila sampai separuh jalan, abang ipar aku yang ikut belakang dari tadi tu potong kereta aku. Jalan yang dia bawak tu jimat masa 10 minit berbanding jalan maps yang aku ikut tu.






Lebih kurang pukul 10.58 pagi, sampailah kami kat Pantai Bagan Lalang. Seronok rasa nampak pantai. Kami ikut simpang  kiri Avani Goldcoast tu dan letak kereta berdekatan situ.  Ramai orang pasang khemah kat tepi pantai tu. Yang buat BBQ pun ada. Kami hanya bawak tikar dengan kerusi healing je. Sebab tak rancang nak duduk lama pun. Cadangnya lepas makan tengahari, nak balik rumah teruslah. 











Masa nak bentang tikar tu lah cuaca dah mula panas. Takpela. Payung kan masing-masing ada. Lagi pun nak duduk kejap je. Mungkin yang pasang khemah ni diaorang nak tunggu air pasang petang tu kot. Syok apa. Layan view petang sambil mendengar bunyi ombak kecil memukul pantai dan menunggu matahari terbenam. 



Memang ramai orang semalam dengan keluarga masing-masing. Semua pergi bercuti kan sebab cuti panjang. Tapi ramai-ramai sangat ni pun aku jadi serabut jugak. Seeloknya kalau nak pergi masa kena masa hari orang bekerja. Haa masa tu bley la nak layan view pantai sepuas-puasnya. Orang tak ramai mana pun. 






Aku cadang sebenarnya nak jalan-jalan kat gigi air tu. Tapi tak boleh la nak buat masa tu. Jauh sangat air dia. Lagipun cuaca panas. Dapat pijak pasir pantai je la. Memang tak lepaskan la peluang tu. Kotor kaki takpe, boleh cuci. Tandas ada cuma kena beratur je la. Kalau tengok orang share, untuk tahun lepas, masuk tandas situ kena bayar. Ahad lepas tu, aku masuk percuma je. 
















Tak lama kami duduk tepi pantai tu, pukul 12 tengahari kami dah cari kedai nak makan tengahari. Untuk pengetahuan, waktu-waktu macam ni kedai-kedai ikan bakar belum buka lagi. Kedai-kedai masakan Melayu bukak la macam yang jual goreng-goreng. Kuih muih pun dah ada. Macam kedai yang ada jual kerabu maggi, claypot, mee dan seumpamanya tu bukak lewat sikit aku tengok. Mungkin tuan kedai tu dia ada hal kot sebab tu dia bukak lambat tu. 



























Selesai je makan, cuaca nampak dah redup. Tapi air laut masih lagi surut. Kami teruskan je lah perjalanan balik. Aku balik rumah dulu dengan mak sedangkan kakak aku dan suami dia aku rasa diaorang pergi melencong jalan mana-mana la kot. Sepanjang perjalanan kat Sungai Pelek ni banyak nampak gerai yang jual buah naga kat tepi-tepi jalan tu. Taktau la harga dia tawarkan tu murah ke tak. Murahla kot. Sebab situ banyak ada ladang-ladang buah naga dan dari tepi jalan besar je dah boleh nampak.





















Kami sampai kat rumah dalam pukul 2.30 petang setelah 1 jam setengah perjalanan. Oyen kami tinggalkan kejap kat rumah sebab kami pergi balik hari je. Aku rasa tak lena dia tidur kat rumah tu sebab kami semua takde. Biasalah Oyen kan kucing manja lagi pun dah jadi sebahagian keluarga kami dah. Kalau dia takde (kena duduk wad kat vet) kami rasa sunyi, macam tu la jugak dia, bila kami tinggalkan dia, dia pulak rasa sunyi. Gitulah. 








Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap