Assalamualaikum dan hai semua.
Setelah berhempas pulas untuk 2 hari majlis kenduri, tibalah masanya untuk kami ke majlis bertandang pula pada 1 Jun 2024 yang lepas. Keluarga pihak pengantin lelaki tu buat kenduri kat dewan di Bangi. Dekat je dengan dewan anak buah aku kahwin haritu.
Asalnya boleh pakai baju kurung kaler apa saja. Dah ada dah dalam fikiran ni nak pakai warna apa. Lepastu last minit Along aku mintak kami semua ni pakai semula baju masa anak buah bertunang haritu. Warna mint tu. Takpela sebabkan majlis anak dia, kami ikutkan aje. Cuma keluarga abang je warna lain sebab diaorang dah tertempah baju tu ikut perancangan asal iaitu terpulang pada masing-masing nak pakai baju warna apa.
Sebagai rombongan pihak perempuan, kami kena berkumpul dulu kat luar dewan. Bila semua dah ada, barulah pihak pengantin datang dan kami berarak masuk beramai-ramai ke dalam dewan tak lama selepas tu.
GgggghhhSddddfff
Ddddfffffff
Meja makan VIP dah disediakan dan kami pun duduk situ dekat je dengan pelamin.
Ggvvgv
GggggJjj
Dan masa ni la aku cuba pertama kali nak buat live kat FB personal aku. Tapi tak pandai nak flip kamera. Aduhh.. Jadilah beberapa minit je aku live. Cadangnya nak tunjuk suasana majlis. Tak jadi nampaknya.
Gggggg
Dddd
Untuk majlis bertandang ni, pengantin memilih baju pengantin berona coklat. Cantik. Pandai anak buah aku pilih. Yang majlis kat belah perempuan yang haritu pengantin mengenakan busana pengantin warna biru. Cantik jugak.
Sssssss
Bbbbbb
Fggghhj
Anak buah aku memang bab-bab ni dia teliti. Majlis dia haritu pun teratur dan berjalan dengan lancar. Kawan-kawan dia pun ada tolong sekali. Ada potensi jadi wedding planner la diaorang ni. Mana la tau kan suatu hari nanti.
Ggggg
Ggggg
Sambung semula. Abang dengan kak ipar kali ni kena ikut makan beradab. Haritu mak. Sekarang giliran diaorang pulak.
Sddd
Selain makanan yang dah sedia terhidang kat meja ni, pihak keluarga pengantin ada buat juga makanan sampingan macam kuey teow goreng dan kuih muih. Apa lagi ye. Sebenarnya aku tak habis explore haritu. Rasanya ada banyak lagi makanan sampingan haritu.
Hhhhh
Hhhhhh
Hhhhh
Selesai makan tibalah sesi bergambar pula. Kejap je pun. Sebab kami yang datang tak ramai. Kami sekeluarga serta adik beradik dan anak-anak saudara belah abang ipar je. Selesai majilis dan dapat doorgift, kami pun pulang ke destinasi masing-masing.
Hhhhhh
Sekian saja kenduri kahwin anak buah yang pertama. Didoakan agar jodoh mereka berdua kekal bahagia dunia hingga ke syurga...aamiin π€²π½