Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Kali Pertama Jejakkan Kaki Di Darussyifa'


Sabtu lepas aku beranikan diri pergi sorang-sorang kat pusat rawatan Islam Darussyifa' ni. Ada 2 bangunan sini. Tempat rawatan tu kat bagunan belakang. Parking penuh sampaikan aku nak letakkan kereta pun kena menyelit-nyelit kat tepi pagar.



Ingatkan kat dalam dah ramai. Rupanya ada 2 orang je pesakit kat dalam tu tengah buat rawatan. Giliran aku yang ketiga la.


Tujuan aku pergi sini sekadar nak minta perawat tu check kalau-kalau aku ada gangguan jodoh. Sekurangnya part ni aku dah usaha dan pastikan memang ada gangguan ke tak. Alhamdulillah takde gangguan cumanya mungkin jodoh aku terkunci. Jadi ustaz tolong check dan sekali bacakan doa jodoh untuk aku.



Sebenarnya segan tau. Tapi aku tebalkan aje muka. Aku pergi sorang je. Malulah bawak kakak. Kebetulan kakak pun ada urusan lain pagi semalam tu.


Kat pusat rawatan ni yang aku puji sebab ada sistem giliran. Nama pesakit akan terpapar kat skrin di lobi. Kekurangan sini, nak infaq tu takde QR kod. Kena bagi cash. Nasib baik bawak cash. Takde paksaan untuk infaq sebab ustaz kata mereka takde gaji dan tak ambik apa-apa bayaran pun untuk rawatan. 


Rawatan dibuat kat dalam bilik. Sini ada banyak bilik rawatan. Dan kalau sorang-sorang jangan risau, pintu dibuka luas-luas semasa rawatan. Ruangan bilik kecik je. Ada 3 kerusi dan 1 meja kecik.


Owhh lupa. Semasa pendaftaran, kena bagi dan tulis nama penuh, nombor telefon dan nama mak. Ni semua untuk tujuan rawatan. Sebab tu la kita jangan sesuka hati tunjuk kat umum nama penuh kita dengan nama mak kita. Bahaya. Orang yang berniat jahat boleh kenakan kita. Tapi ni untuk tujuan rawatan. Takpela bagi pun. 


Mula-mula ustaz tanya kenapa datang. Macam mana boleh tiba-tiba aku nak datang situ. Aku cakap nak check gangguan jodoh je sebab umur pun dah macamni. Sekurangnya kalau dah check bab ni, aku dah puas hati. Ustaz kata takpela dia akan check dan doakan jodoh untuk aku. 


Ok. Untuk gangguan jodoh ni, ustaz ni cakap  kebiasaan petandanya seseorang tu pernah bermimpi menyusukan anak dan rasa kat bahu tu sakit dan berat macam ada sesuatu menumpang duduk kat bahu kita. Tambahan, ustaz Aqib pernah cakap seseorang tu akan mimpi bersetubuh jugak. Alhamdulillah aku tak pernah alami benda-benda ni semua.


Owhh ye. Ustaz Aqib ni la asal dan sebabnya aku datang pusat rawatan ni. Aku memang ada join group rukyah dia. Dan kalau baru-baru ni selalu jugaklah masuk live rukyah dia kat tiktok. Saja join sebab nak dirukyahkan (dibersihkan) diri aku ni. 


Aku pernah tanya dalam live pasal nak check gangguan jodoh. Ustaz Aqib kata yang ni aku memang kena jumpa perawat berdepan. Kat online tak boleh. Patutla pun sebab untuk tujuan ni biasanya perawat akan bacakan air untuk bagi kita mandi dan minum air tu sampai habis. Kita panggil tu air penawar la kot. 


Dan aku cerita lagi kat ustaz perawat ni, apa jadi masa dengar rukyah live tu. Masa dengar tu aku takde apa-apa pun. Tapi sekejap lepas minum air penawar tu dan sapu air tu kat muka dan kedua belah tangan, rasa sesuatu bergelodak kat perut (bukan sakit perut). Lepastu badan aku berangin dan aku jadi pening. Padahal pukul 7 tu aku dah makan. Biasanya kalau jadi camni sebab aku tak makan apa-apa. Ustaz Aqib suruh habiskan je air tu.


Bila aku cerita ni, ustaz perawat tu jadi berminat tau nak tau. Dia tanya berapa lama aku jadi camtu. Aku cakap aku ikutla cakap ustaz Aqib tu. Aku habiskan air penawar tu malam tu jugak. Dan terus tidur lepas tu. Pening masih ada lagi. Tapi malam tu je aku jadi camtu. Keesokan dan seterusnya ok dah aku. 


Haaa ustaz ni berminat nak tau pasal ustaz Aqib pulak. Dia cuba ingat-ingat tapi tak dapat. Ustaz Aqib ni bukan dari mana-mana institusi perawat pun. Dia bergerak sendiri je. Memang ramai nak buat rawatan dengan ustaz ni. Kalau dah respon ustaz tu macamtu dengan ustaz Aqib ni, maknanya ustaz Aqib ni memang baguslah. 


Haaa lepas aku dengar live rukyah ustaz Aqib haritu, aku dengar lagi dalam 3 hari lepas ni. Lepas dengar rukyah aku rasa badan ringan. Taktau nak cakap ringan dia camne. Ok la. Mungkin korang akan cakap kebetulan je. Atau mungkin psikologi. Ok tak kisah. Terpulang masing-masing.


Ok sambung balik dengan rawatan aku ni. Ustaz ni tanya dengan berminatnya, bila aku dengar live ustaz Aqib tu. Aku cakap dalam minggu ni jugakla. Aku taktau la apa ustaz tu tengah fikir. Yang pastinya dari cara dia, dia approved ustaz Aqib sebagai perawat. 


Habis je rawatan, ustaz terangkan cara nak mandi dan minum. Memang rawatan dia berlandaskan Al-Quran la. Lepas rawatan ustaz ni aku takde rasa apa-apa pun. Mungkin sebab ustaz Aqib dah lebih awal rawat kot semasa live dia. Dan nak minum pun ustaz ni suruh ikut cara ustaz Aqib tu ajar. Hurrmm ok la kan. Aku tak salah ikut live rukyah orang. Aku follow ustaz  perawat yang betul 😊


Haaa pastu kan, malam tadi kucing aku tenung je mata aku. Bukan dengan pandangan biasa. Macam dia tengah nampak sesuatu. Lepas tu dia tengok tepi aku pulak. Lama. Pandangan sama jugak. Mungkinkah ada benda dari pusat rawatan tu ikut aku balik??? Tapi aku dah singgah banyak tempat kot sebelum balik rumah. Entahla weh. Malas nak takut. Sebab aku tau Allah tu lagi besar dari makhluk-makhluk tu dan Allah akan lindung aku. Takde apa yang perlu dirisaukan.








Gadis kampung yang cintakan ketenangan dan damai. Mudah terhibur. Salam dan hello kepada semua 👋🏼

Ulasan

© 2020 Farah Manap