Lirik: Maassalamah Ya Andalus
Penyanyi: Far East
==================
Andalusia....kehancurannya menjadi iktibar buat kita
Namanya begitu masyhur suatu ketika dahulu
Akhirnya musnah kerana kekufuran dan kealpaan
(Lirik Arab)
Maka tersebutlah (Andalusia) suatu daerah (kehancurannya)
Tersergam megah (hilang cahaya) azannya bergema (di Andalusia)
Keagungannya....kemasyhurannya..... merentas seluruh dunia fana
Dan bersemaraklah cahayaMu Yang Esa
Bagai azimat untuk seluruh umat
Kehancuran yang mendatang
Kerna alpa dan prasangka jiwa lara
Harus kau beringat dari musibahmu
Datang bencana kerana kau lupa
Andalusia tinggal sejarah
Kekufuranmu terkubur semua
Andalusia tinggal sejarah
Kekufuranmu terkubur semua
(Lirik Arab)
Ada teladan dari kegagalan
Untukmu insan jadikan pedoman
Kehancuran yang mendatang
Kerna alpa dan prasangka jiwa lara
Harus kau beringat dari musibahmu
Datang bencana kerana kau lupa
Andalusia tinggal sejarah
Kekufuranmu terkubur semua
Andalusia tinggal sejarah
Kekufuranmu terkubur semua
Selamat tinggal Andalusia (Oooo...Andalusia...)
Yang rebah tersungkur ke dada bumi
Selamat tinggal Andalusia (Oooo...Andalusia...)
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu