Twitter

Categories

Tags

About

About Me
Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul! Have something to ask me? Click here →

Popular Posts

Langkau ke kandungan utama

Jalan-Jalan Di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu


Ni sambungan kami hantar anak buah masuk Uitm Dungun tu. Hari esoknya seawal pukul 7.15 pagi, dari Dungun, kami bertolak ke Kuala Terengganu pulak. Cadangnya nak pergi ke Pasar Kedai Payang, lawat Jambatan Angkat KT dengan singgah ke Masjid Kristal. Perjalanan ambil masa selama lebih kurang 1 jam setengah.



Sesampainya kami di Pasar Kedai Payang, terus kami bersarapan dulu. Kat sini aku patutnya cubalah nasi dagang kan... Tapi tak. Aku nak makan yang goreng-goreng jugak. Aku order nasi goreng dengan popia satar. Kedai ni sedap weh. Lupa nama kedai apa. Tapi depan kedai dia camni la. 






Owner dia perempuan...aku rasa tu owner dia. Dia yang amik order. Kedai dia tak ramai orang. Tak macam kedai sebelah dia ramai orang. Mungkin sebab kedai sebelah tu ada nasi dagang kot. Kat kedai makan ni, aku order Bihun Goreng dan Nasi Goreng Kampung. Dua-dua sedap. Popia satar yang dia jual pun sedap. Mak aku pun puji bihun goreng kedai ni sedap.





Popia satar dia punye la sedap sampai kami sanggup tunggu dia goreng baru. Dia letak je cepat je habis. Hahaha. Anak buahla yang tukang tunggu tu. Sebab sebelum tu nampak dia baru letak, kami biar je kejap. Bila pergi sana..."aikkk...habis 😲". Cepat betul sold out.








Habis bersarapan, kami jalan kaki sikit ke jeti, tak jauh dari Pasar Kedai Payang. Cadangnya nak naik bot pergi ke Seberang Takir untuk pergi ke kilang pembuatan keropok lekor







Dalam perjalanan bot, kami dapat tengok Jambatan Angkat KT tu dari jauh. Jambatan ni ada waktu-waktu tertentu dia akan terbuka di tengahnya untuk bagi kapal lalu bawah dia. 



Tapi bila sampai jeti sana, kami tak jadi turun bot sebab kebetulan ada orang tempatan dalam bot tu bagitau kalau nak pergi kilang keropok lekor kat situ....jauh. 



Bayangkan, nak ke kilang keropok lekor tu je kami kena sewa kereta. Punyalah jauh. Dalam fikiran kitaorang, ingatkan boleh jalan kaki je. 



Dan kilang keropok kat tempat ni takde apa yang menarik sangat pun. Dia kata kalau nak tengok orang buat keropok lekor, banyak lagi tempat lain yang lagi dekat dan katanya lagi sedap.





Dah dia kata macam tu, kami pun tak jadilah nak pergi jalan-jalan sana. Jadi sekadar ronda-ronda dalam bot je. 



Dari tempat kami naik bot sampai ke Seberang Takir ni takdelah jauh sangat pun. 



Oleh sebab kami takde nak turun, bot pun patah balik. Masa bot patah balik tu, kami lalui kawasan yang ada banyak kapal-kapal. Salah satunya kepunyaan pihak Universiti Malaysia Terengganu. Aku rasa ni mungkin kapal yang digunakan pihak universiti untuk buat kajian marin sebab sana ada tertulis RV Discovery





Ada juga bot-bot lain yang nampak macam bot peribadi dan ada juga banyak bot-bot nelayan. 




Selain itu, dalam perjalanan balik tu juga kami ada lalui perkampungan nelayan. Boleh nampak kat tepi kampung tu ada beberapa bot nelayan yang ditambat di situ. 





Dan yang ni aku tak pasti. Kapal korek ke ni? πŸ€”



Mak...walaupun dia berkerusi roda dan bertongkat, tapi kira ok la dia seronok sepanjang perjalanan ni. Dan sporting. Mak memang sporting selagi badan dia tak sakit. 



Alhamdulillah mak sihat. Dan dia pun tak bergantung dengan ubat tahan sakit. Dia makan pun sebiji je malam sebelum tu sebab ada rasa sakit sikit. 



Dalam bot tu, kerusi roda mak dilipat dan dibaringkan kat kawasan lapang depan bot. Tak perlu risau. Kerusi tu takkan jauh dalam laut sebab bot dibawa perlahan. Bunyi enjin je yang kuat.





Aku pulak, syukurlah tak mabuk laut. Sebab dulu aku mabuk laut weh....naik feri. Feri goyang sikit je aku dah mabuk pening-pening. Yang bot ni ada goyang jugak tapi tak pening pulak aku.



Selesai aktiviti naik bot, barulah kami pergi membeli-belah kat dalam Pasar Kedai Payang. Sini ada dijual macam-macam barangan berasaskan keropok dan seumpamanya. Keadaan lebih kurang macam Pasar Siti Khadijah yang kat Kelantan tu jugak. 





Kat sini keropok Seameq tu murah tau. RM13 je sebungkus. Kalau kat Dungun RM18. Ok ni aku nak kongsi review sikit dari kakak aku yang merupakan penggemar keropok. Dia tau bezakan mana yang lagi sedap. 



Bagi dia, keropok Seameq yang jual kat Keropok Sura, Dungun tu lagi sedap. Katanya mungkin bergantung cara orang yang menggoreng keropok tu kot. Yang Pasar Kedai Payang ni  punya, kurang sedap kata dia. 





Entahla weh. Aku bedal je 😁. Kalau orang tanya aku pasal cendol, aku bley bagi review mana yang lagi sedap. Setakat ni 1 tempat je yang sedap. Tempat lain semua rasa macam minum air gula je...errkkk  





Kat kawasan Pasar Kedai Payang ni ada 2 bangunan tau. Yang ada jual barang berasaskan keropok, yang ada pasar dan seumpamanya tu kena pergi kat bangunan yang dekat jeti ni. 



Manakala bangunan yang kami letakkan kenderaan tu, kat belah bawah bangunan dia ada jual macam anak patung, cenderahati, dan kedai emas pun banyak. Tingkat atas baru ada jual macam-macam pakaian.  Ada lif dan tangga. Jangan risau kalau ada bawak ibu ayah yang berkerusi roda. Lif ada disediakan. 



Sementara menunggu yang lain-lain tu habis menyoping, elok pulak ada pentas kat tengah bangunan ni. Jadi kami tunggu diaorang dan berehat kat sini je. 









Selesai je kat sini dalam tengahari macam tu, kami bergerak ke destinasi seterusnya pula. Jumpa di post seterusnya πŸ˜‰








Just an ordinary girl living her simple life. Love blogging, photography, and reading. Salam and hello beautiful soul!

Ulasan

© 2020 Farah Manap