Tadi aku ada tertengok 1 vtt ni. Dia bagitau ciri-ciri wanita baik (solehah). Ok dan aku faham dia nak menegur kaum hawa. Semoga hati-hati kita semua tergolong dalam golongan mereka yang hatinya lembut dan mahu menerima nasihat.
Perubahan ke arah kebaikan itu bagus. Cuma aku nak melontarkan sedikit pandangan.
Kalau nak berubah menjadi baik, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Kerana apa, jika namanya berubah sebab seorang lelaki atau perempuan, percayalah, saat mereka berpaling dari kita, ketika itu jugalah kita akan kembali kepada perangai asal.
Tapi tidak sekiranya kita nak jadi baik sebab kita memang nak jadi versi diri yang terbaik di hadapan Allah, kita nak jadi di kalangan orang yang Allah cinta. Jadi apa pun ujian kita lalui, perubahan ke arah kebaikan itu akan tetap kekal. Kalau korang faham yang ni, korang akan faham kenapa bila masa masih suami isteri seseorang tu bertudung, tapi lepas je bercerai terus hilang tudungnya.
Ni contoh.
Satu lagi, biasa kita dengar kan. Macam mana jahatla lelaki tu tapi kalau nak berkahwin, dia akan cari wanita yang baik-baik dan solehah. Macam tak adil kan? Tapi inilah ramai yang kita tengok berjodoh.
Isteri solehah tapi suaminya jahat. Yang lain pula, suami baik sangat-sangat, tapi isterinya jenis tak reti bersyukur. Ada je tak kena dan bergaduh. Kenapa diaorang berjodoh? Bukan ke
"Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat"
Maksudnya kena sekufu la kan. Baik dengan baik. Jahat dengan jahat. Tapi realiti ada yang tak macam ni. Berbeza. Baik dapat ke jahat. Yang jahat ni pulak senang-senang je dapat yang baik. Macam tak faham kan.
Berbalik semula pada sekufu.
Mereka berjodoh sebabnye mereka itu tetap sekufu walaupun sorang baik sorang jahat.
Iaitu sekufu pada pandangan Allah. Bukan sekufu macam apa yang manusia faham dan nampak dari segi logik.
Sekufu yang sebenar tu hanya Allah je yang tahu. Kita takkan faham. Kalau tak, takkanlah Asiah boleh berjodoh dengan Firaun. Kita takkan faham maksud sekufu sebenar.
Dan ustaz cakap jodoh ni dah ditetapkan. Takkan pernah tertukar jodoh seseorang. Jadi apa yang perlu kita buat adalah memperbaiki diri, memperbaiki hati ke arah lebih baik. Insya Allah. Mungkin takde jodohnya di dunia. Mungkin barangkali jodohnya sorang je atau mungkin jodohnya beberapa orang. Kita takkan pernah tahu bila dan siapa sebab jodoh tu tetaplah rahsia Allah.
